Melaka, antara tempat feveret kami untuk dikunjungi, tak kira masa. Lagi pun, jarak antara Selangor-Melaka takdelah terlalu jauh dan dekat. Ngam-ngam untuk habiskan masa bersama famili di hujung minggu atau cuti pendek.
Setiap tahun aku ambil peluang untuk bermalam di negeri yang penuh dengan sejarah Kesultanan Melayu ni. Seperti baru semalam kami berseronok di Pool Side Suite Hotel The Pines Melaka (2016) dan juga melayan telatah Dayyan di Holiday Inn (2015) sebelum bergelar ‘abang’.
Untuk tahun ini, sekali lagi kami berpeluang bermalam di Melaka tanpa dirancang. Kisah bermula semasa perjalanan pulang dari Segamat selepas majlis perkahwinan saudara di sana, akibat terlalu penat dan mengantuk, aku membuat keputusan untuk exit PLUS Highway menuju ke Bandar Hilir, Melaka. Memandangkan keadaan kesihatan aku yang tak berapa bagus dan dipendekkan cerita, aku meminta isteri untuk melakukan online booking di mana-mana bilik hotel yang available pada masa tu.
Tak sampai setengah mencari di booking.com, isteri memilih untuk menginap di Hotel Wana Riverside (sebelum ni Best Western Wana Riverside Hotel). Bila ditanya sebab memilih Hotel Wana Riverside ni, 2 jawapan yang diberikan. Pertama, tak pernah stay di hotel ini, Kedua, lokasinya di tepi Sungai Melaka, Ketiga, Ada karpet+Wifi+termasuk Breakfast. Aku iya kan sahaja.
Hotel Wana Riverside Melaka..Berbaloi atau Tidak?
Selepas selesai urusan check-in, kami terus ke bilik yang terletak di Tingkat 4. Impresi pertama, aku rasa berbaloi dengan harganya. Cuma aku tak berpuas hati sebab buat online booking untuk bilik Superior Double, bila nak check in, staff bagitau yang tinggal hanya bilik untuk 2 single bed. Ok fine. Bisa diaturrr.
Untuk harga RM146.23 satu malam termasuk breakfast, bagi aku, bilik ni sangat berbaloi dari segi kebersihan + keluasan bilik di Hotel Wana Riverside Melaka ini. Lagi pun, jam 5 petang lebih baru kami check in. Isu katil tu, aku just rapatkan. Jadilah katil bersaiz Queen. Setel. Barulah aku boleh baring dan lelap sejam dua untuk refresh balik tenaga yang hilang.
Memandangkan aku ada 2 orang anak yang masih kecil, aku lebih gemar memilih bilik yang mempunyai karpet/alas, tempat pemanas air dan juga saluran TV yang mempunyai siaran kartun seperti Disney Channel etc. Untuk aku, biarlah Wifi yang bagus dan laju. Yang ni aku kecewa dengan Hotel Wana Riverside Melaka ni. Tak tahu aku seorang jer yang ada masalah sambungan Wifi atau semua. Sepanjang malam aku kat sini, sambungan Wifi di tingkat bilik aku ada, tapi langsung tak boleh nak browse. Nak kata salah password, bila konfem balik dengan staff di lobby, dah betul dah..hmmm..
Kampung Maznee ni. Memang laea. Hehe
Akak pun suka melaka..tak juah tak dekat just nice then makan pun banyak sedap..ehh..makan lagi!
pernah juga tp tak best. sbb tgh mlm, nk tido tetiba aircond padam. bila report kat kaunter, depa suruh tukar bilik, gila. tengah malam kena kemas beg berangkut naik next level. sekali tu je la sy check in sana. serik.
owh kalau kena macam tu, memang serik la kan..
Harganya agak berpatutan juga lah kalau just main terjah je kan. Cuma bab wifi tu memang hampa lah jenis orang yang memang kerjanya 24 hours wajib ada internet.
yup, mmg berbaloi..tp tu la..wifi lak jadi isu..kitakan perlukan sambungan internet yg laju utk update blog hehehe
cantik juga tempatnya tu
cantik..nak nak bila malam..meriah dgn lampu2