Sate Celop Warisan, Melaka

Sate Celop Warisan, Melaka

Sate Celop Warisan, Melaka

Sate Celop Warisan dianggap makanan warisan kepada kaum Tionghua di Melaka. Banyak restoran bukan muslim yang menyediakan menu ini dan sentiasa dipenuhi pelanggan. Kini, pengunjung muslim sudah boleh menjamu selera sate celop halal tanpa was-was di Restoran Celop-celop di Taman Lagenda, berdekatan dengan AEON Bandaraya Melaka.

Apa itu Sate Celop Warisan?

Bahan yang digunakan seperti masakan stimbot. Cuma berbeza dengan sate biasa, cara makan sate celup dengan mencelup makanan tersebut ke dalam kuah kacang yang disediakan supaya rasa rempah diserap ke dalam sate untuk rasa lebih seddaappppp.

 

Di Restoran Celop-celop, setiap meja disediakan dengan periuk khas untuk pelanggan memasak sendiri sate celop. Celop lebih kurang 5 minit je, pastu dah boleh terus makan.

 

Rasa rempah kuah sate ni memng unik. Sedikit pekat dan agak pedas. Jadi, bagi mereka yang kurang makan pedas atau anak-anak, boleh bagitau krew restoran. Nanti diorang akan sediakan satu bekas air panas kosong, jadi boleh celop balik ke situ untuk hilangkan rasa pedas.

 

Ada 3 pakej set disediakan untuk pilihan pelanggan Celop-celop. Memandangkan famili kami kecil, aku memilih Family Set untuk hidangan makan malam pada hari itu. 30 cucuk tu aku ingatkan, ngam-ngam kenyang, rupanya terlebih kenyang. Sate boleh pilih sendiri. Dan tambahan sate akan dikenakan cas yang berlainan.

 

Tips aku, plan awal-awal untuk ambil set mana. Sebabnya, kalau tak cukup, harga RM1 sebatang untuk 2 ketul fishcake bintang(Ayyan pegang dalam gambar di atas) tu agak mahal. Kalau terlebih takpe, boleh bungkus sambung makan kat rumah kan?..

Burpp..alhamdulillah..

Alamat Restoran Celop-celop Melaka: 

Depan AeonBandaraya Melaka – Sebelah Seng Heng Taman 1 Lagenda

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam