December 2, 2020

Triple Three Restaurant, Mandarin Orchard Hotel

Sambungan entri Distributor Meeting yang aku attend tempoh hari. Tapi bukan nak cerita pasal kerja atau apa-apa citer teknikal, kita citer pasal makan-makan. Meeting dan makan-makan ibarat irama dan lagu, kalau meeting takde makan, maka tak best la meeting itu..tapi selama mana aku kerja, inilah meeting yang paling banyak makan. Sumer sedap-sedap lak. Dari sarapan, tea break, lunch, coffee break membawak ke dinner, semua memang stok takleh nak tahan nafsu makan la..

Since penginapan aku & meeting adalah di Mandarin Orchard Hotel Singapore, so brekpes & tea time aku memang kat Triple Three Restauran. Cuma lunch&dinner je ke tempat lain. Yang lain-lain tu aku citer kat entri lain la kan. Sepanjang keberadaan aku di sini, sempat la layan buffet lunch & buffet brekpes di Mandarin Orchard Hotel ni.

 

Dah namanya buffet kan, so macam-macam foodie la yang boleh buat rambang mata. Kat Triple Three ni ada banyak section. Ada seafood, western, chinese food, malay food, ada japanese food ec. Aku? Macam biasa, kalau buffet, memang aku more kepada Japanese food dan western. Senang..kalau ambil nasi, cepat kenyang dan cepat mengantuk kan.

 

First plate aku masa first time aku ke Triple Three Restaurant ni. Macam sopan je first plat aku kan..haha..salmon sushi tu sedap wo! Tapi ketam sebelah tu tak sedap. Tak pasti ketam jenis apa, tapi isi dia tak manis langsung. Macam makan kertas je..haha

 

Dan..ini adalah second plate aku. Nampak macam tunjuk taring kan. Tapi tak sedar, pasni nak kena masuk bilik meeting balik. Konfem mata minta dibelai la kan. Sotong goreng tepung pon sedap. Pinggan ke tiga memang aku amik sotong celup tepung tu banyak-banyak. Sedap gak ratah lauk tanpa nasi ni kan. Patutlah aku selalu baca kisah mereka yang amalkan diet Atkins ni, diorang tak amik benda-benda karbohidrat, ratah lauk je. Eh, ada yang tak pernah tahu pasal DIET ATKINS ke? Lor, boleh baca e-book TEKNIK KURUS DIET ATKINS untuk korang amalkan ‘macam aku’ ..haha

 

Ada beef roasted. Nampak sedap tapi memandangkan baru je lepas raya haji, so aku stop luh pengambilan bahan-bahan berdaging ni. Membe cakap, daging tu lembut je, ditambah lak dengan sos BBQ yang enak. Bertambah lagi tu..

Percaya tak kalau aku cakap, tu je menu lunch hari pertama aku? haha..

Overall, not bad la menu buffet lunch kat Triple Three ni. Tapi baca review, buffet dinner nye menu lagi banyak kot..takpe, next time la kot try buffet dinner kat Triple Three ni.

Stop citer pasal buffet lunch. Kat sini, tak silap aku, nilai buffet dia ialah SGD20..nak kata mahal sangat, takde la gak. Lagi pun, section kaunter masa menu pagi pun still sama banyak dengan lunch buffet. Cuma jenis foodie je lain.

 

Pilihan aku? Cer teka? of course la setiap plate aku kena ada croissant..

 

Croissant dengan raw cheese, Sedap giler cheese tu. Makan gitu saje pun sedap hoii..Eh, nasi goreng?? aku rasa, tak pernah lagi aku amik nasi goreng kalau brekpes buffet di hotel??? sebab sedapp..

 

Croissant dengan Nutella + baked beans + pancake +strawbeery jamm.. pergh telan air liur lak aku nengok.

 

Croissant + Omelette a.k.a Telur Dadar..dari bujang sampai sekarang, aku tak terer-terer lagi masak omelette style hotel ni. Kompom barai..

Burpp…korang ingat, semua ni dah cukup mengenyangkan? Brekpes jam 8pagi, jam 10.30 pagi dah datang lak tea break..pekena lagi coffee + pie 4,5ketul..sebijik macam life kat offshore platform dah..

Burppp..

Note: Aku harap dapat isteri yang pandai buat croissant..eh?? haha

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Triple Three Restaurant, Mandarin Orchard Hotel

  1. Ketam tu namanya soft shell crab kan? mmg rasa dia x sesedap ketam segar..kalau betul la..if salah x tau la SA…hehehe…tgok kupang tu terliur..alahai lama x makan kupang besar2 dan gemuk2…terus teringin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *