Working style kat ofis, tiap-tiap bulan pasti ada event makan-makan untuk kami sit together, eat together and laugh together FOC tanpa diskas anything pasal kerja. At least sebulan sekali, kalau ada birthday boy/girl, celebrate with cake & birthday song! Staff perlu dohargai dan digembirakan sentiasa kan seperti cerita di Tips Menghasilkan Telur Emas.
Since ofis dekat dengan Sunway Pyramid, untuk jimat masa, any event lebih senang dibuat kat area tu. Pilihan restoran, terpulang kepada selera dan undian ramai. hehe..ni cerita untuk 2 orang September birthday boy&girl lunch celebration di Tony Roma’s Sunway Pyramid.
Apa yang aku suka ngan Tony Roma’s ni berbanding kat restoran lain adalah set lunch dia! Ada sesetengah tempat tu, memang le harga dia lebih jimat tapi portion pun separuh diorang jimat. Sikit. Tapi kat Tony Roma’s, majoriti set lunch dia adalah sampai dengan waktu-waktu lain.
Sambil menunggu main dish sampai, boleh menguyah jajan yang aku panggil ‘cempedak goreng dengan mustard‘ atau nama betulnya, Fried mushroom with mustard sauce. Series sedap. Memang recommended as appetizer/starter sambil borak-borak kan.
Menu aku bila ke Tony Roma’s masa lunch hour – medium cook Steakhouse Burger ngan chicken soup.. Ni je yang boleh buat aku kenyang sampai ke petang. Dah takyah order steak bagai, sebab patty tu pun memang dia masak ala-ala masak steak. Ada lak creamy Havarti cheese dengan rosemarry bacon. Patty tu lak ada sikit sikit juicy. Aku tak suka order ‘well done’ style sebab kering sangat, tak terasa ke’steak’an burger ni.
Harga set lunch di Tony Roma’s ni start dengan RM16.90. Tapi tak semua menu la. Tapi menu lain, still boleh order dengan harga biasa. Dah lama aku tak ke Tony Roma’s selain dari lunch hour sebab terasa rugi lak. Datang masa lain pun, aku akan order Steakhouse Burger gak which is aku boleh dapat lebih jimat kalau aku ke Tony Roma’s ni masa lunch hour kan. #petrolnaik20sen .
Eh yang birthday girl bukan yang dalam gambar tu. Yang laki tu ye. Happy birthday bro! Semoga terus kekal sihat dan kurang-kurangkanlah MC tetiap bulan tu..hahaha
Plan percutian anda dari hari ini!
macam sedap aje burger tu. grill ke?
Pernah makan sekali disini..sedap boleh TAHAN dengan harganya
Bestnya tiap2 bulan ada makan2 foc hehe tempat yang menarik lagi
Bestnya tiap-tiap bulan ada makan2 tempat best2 lak tu hehehe rezeki
Bestnya tiap-tiap bulan ada makan2 tempat best2 lak tu hehehe r
memang best makan kat sini, cuma kat sunway tak pernah, biasa makan yang kat pavilion
Jadi lapar balik aku nih..
makan malam belum lg kan/;-p
Aduyaiiii syok yer…tak pernah makan kt tony romas…asyik masak je kt rumah konon nak jimat…tp sekali sekala buat sambutan gempak cm ni kan syok…tukar mood…yeahhh tq review jmr…nak gedik ngan suami dan anak kt sini nanti hehehhe
sekali sekala ok la kan..terus nak bergedik ngan suami eh hehe
besar daging burgernya tu, sampai terjojol, nampak memang sedap dan mengenyangkan..
tu yang puas hati..kenyng smpai ke malam..
untung lah ofis dekat ngan TR.. hehe… murah dan berbaloi kalau macam nie…
untung masa lunch hour..ada cara kita save, kita just save kan 😉
SA suka Lamb rack dia….portion besar…cukup puas hati dan semestinya Medium well…hehehehe
Menarik… kalau sedap dengan harganya.. saya nak terjah juga..
ada masanya la bro..lunch hour la jom
sedap2.. bile nk lunch tony romas sma2 ni? 🙂
haha..lama gk ek tak lunch sama kt sini..eh bkn lunch je, dinner brekpes bagai sumer pun dah lama tak heheh
Memang sempoi la dapat sambut makan bezday kat restoran omputih cenggini…. p/s : kem salam kat awek tu yea… hik3x
awek tu dah ada anak 2 org bro..
Satu set RM17 bolehla..,macam murah.
bergantung pada menu dia gak bro..