Pejam celik pejam celik, dah nak habis cuti hujung minggu edisi pertama di bulan Disember 2011 kan. Bosan la kan kalau hujung minggu sekadar dihabiskan dengan tidur, bangun, tidur, makan je kan. Jadi, Sabtu semalam, separuh hari aku dihabiskan di The Garden&Midvalley bersama Cik Nunu, jalan-jalan cari makan dan juga cari-cari barang hantaran..dan bulan Disember ni kan, dah perlu start melakukan persiapan..hukhuk..
Masa jalan-jalan, pusing-pusing, terjumpa lak kiosk Mochi Sweets:Japanese Luxury Deli yang baru je dilaunchingkan. So, sempena perlancaran kiosk tu, ada la diskaun 50% untuk first 222 person. Belum je aku sempat ushar mochi apa yang best, tup-tup Cik Nunu dah siap Q..bagus..baru aku ingat, feveret dia benda mochi nih..
Opening Sale hanya untuk 3 hari ajor. Ada kat tengah-tengah The Garden tu, betul-betul kat depan EDC store. Kalau beli masa Opening Sale ni, untuk 6 bijik boleh dapat RM12, dah RM22 untuk 12 bijik. 50% la lebih kurangnya kan. Dan kalau beli sebijik-sebijik, kena RM3.50 / RM4..so memang berbaloi-baloi la kan.
Punyalah ramai yang dok beratur nak membeli. Setiap customer boleh beli satu kotak je, takleh beli lebih-lebih. Ok la kan. Kitorang grab yang kotak 6bijik je..
Ni la rupa mochi tu. Sebenarnya mochi ni adalah kuih tradisional orang Jepun yang diperbuat daripada beras berkanji/berpulut. Inti kat dalam mochi ni lak ada macam-macam, ada red bean, potato, cokelat dan macam-macam lagi. Bila makan tu, ada rasa-rasa liat, manis-manis dan macam-macam lagi woo. Sedappp…~
Untuk korang yang penggiler mochi ni, leh terjah kiosk diorang. Aku rekeman! Series sedap weih..layan weih kunyah mochi ni, sambil drive pon leh kunyah-kunya, terus telan! Burp…
kahkah..
oh ye. kiosk Mochi Sweets ni pon ada kat Pavilion gak kan..
Moshi moshi, mochi.. 😉
gapo dio??
cik nunu dan sushi tak blh berpisah..hu2x..skrg ni tambah lagi product baru kesukaannya..he2x..dia kena sawan kot !!
sushi dia ok lg..mochi ni mmg dia melahap sesungguhnya..hahah
Wahh macam menarik jeeeeeeeeeeeee. Sedap je, nak kena try ni 😀
sodappp..try le..hehehe
mochi…rsnye camner ek..oh dkt je ngan opis pavilion tu
dia cam kenyal2..bila gigit, ada rasa manis..try le..sedap..nyummy..
kenapa mochi tuh nampak sedap….nyum2
nmpk sedap sbb mmg sedap pon..heheh
aku pegi juga semalam dekat MID valley tu.. asal tak jumpa ko bro.. hehehe.. aku g bawa cik malarang makan laksa dekat JUSCO.. dah tu pusing cari pasal.. hehehe
haha..aku pon pusing gk dlm jusco tu..igt nk singgah pekena laksa kat situ gk..bau di semerbak woo..