Ho Chi Minh City – Cyclo City Tour.
Menaiki beca/cyclo pusing-pusing bandar Ho Chi Minh, satu lagi aktiviti yang patut korang cuba semasa berkunjung ke bandar yang sentiasa dipenuhi dengan motosikal di setiap jalan utamanya. Cyclo City Tour mengambil masa lebih kurang 1-2 jam dengan bayaran kurang VND250,00 (USD12) untuk setiap seorang.
Cyclo Tour City kami bermula selepas aktiviti menonton Vietnamese Puppet Show. Sebenarnya, aktiviti Cyclo Tour City ni dah termasuk dalam pakej oleh ejen kami. Jadi, sebaik habis Puppet Show, ‘rider’ beca dah siap sedia kat depan main entrance. Kalau korang beli pakej asing-asing, rider cyclo ni boleh ambil di hotel penginapan, bawa pusing-pusing then hantar balik ke hotel.
Perkhidmatan Cyclo Tour City diadakan sepanjang hari. Untuk lebih selesa, lebih baik ambil masa pagi atau lewat petang untuk elakkan cuaca panas. Kalau hujan, takleh buat apa la kan. Right timing bagi kami.
Kami bermula sewaktu matahari on the terbenam. Jadi sempatlah pusing-pusing bandar Ho Chi Minh dari siang ke malam.dari District 5 ke China Town, then ke District 10 sebelum ke District 3 sebelum tamat di Central Post Office.
Jangan cuak apabila cylco rider dok cilok-cilok sama seperti motor-motor di sana.
Note: Jangan lupa hulurkan sedikit tips untuk cyclo rider selepas tamat penjelajahan bandar Ho Chi Minh ye.
Photography by JMR|| Nikon D750 Nikkor 50mm F1.4
tak merasa plak naik benda alah ni sebab jalan kaki je hehe
Ho Chi Minh city,, kota wajib yang harus dikunjungi kalau ke Vietnam..
Fuyooo.. bestnye berbasikal di negara orang pulak tu
ramai betul menunggang basikal
Kenapa ye tak boleh hulurkan tips untuk cyclo rider selepas tamat penjelajahan bandar Ho Chi Minh?
Typo daa..hehe..
best juga cilok dengan beca ni ya..