Menu sedap di U-Cafe Wangsa Walk

Hujung minggu adalah masa paling sesuai untuk luang masa bersama famili atau rakan-rakan. Sambil berborak, lagi best kalau dapat makan makanan sedap-sedap kan.

Ini kali kedua aku lepak di U-Cafe Wangsa Walk sambil makan-makan dengan Rakan Blogger yang datang dari pelbagai latar belakang. U-Cafe Wangsa Walk ni memang menjadi tempat pilihan untuk berkumpul bersama rakan, sebabnya menu makanan yang sedap dengan harga berpatutan dan juga ruang cafe yang santai. Ni tempat makan sedap yang boleh korang singgah semasa membeli-belah di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju ni.

 

U-Cafe Wangsa Walk ada ruang makan di tingkat atas dan bawah. Pelbagai menu disediakan dengan harga yang bersesuaian. Di U-Cafe Wangsa Walk ini juga ada menu Nasi Kukus Ayam Berempah yang dijual dengan harga RM3. Mana nak dapat nasi + ayam goreng + ulam + sambal belacan sedap dengan harga semurah tu di Lembah Klang sekarang ni kan?

Berkumpul ramai ramai, mestilah nak kena order menu sedap-sedap kan. Kali ni menu yang dihidang adalah menu sedap yang menjadi pilihan ramai di U-Cafe Wangsa Walk. Alhamdulillah..satu persatu aku cuba dan amat berpuas hati dengan kualiti rasa dan keunikan yang ada pada setiap menu.

Nak tahu menu sedap apa yang kami dah cuba?

Menu sedap di U-Cafe Wangsa Maju.

 

Combo Platter. Gabungan ‘fried things‘ seperti Popcorn Chicken, French Fries, Vietanamese spring roll & potato wedges. Kiranya ni menu untuk appetizer la kan, sambil tunggu menu utama siap dimasak, boleh berborak sambil menguyah isi ayam tu kan.

 

Satu lagi menu appetizer yang aku rekemen – Seafood Platter, mengandungi udang tempura, deep fried calamari, salmon dan mashed potatoes.

 

Spaghetti Aglio-Olio with Sea Scallop..peminat spaghetti aglio olie patut cuba menu ni. Ada rasa pedas-pedas sikit, ditambah dengan rasa manis isi scallop tu.

 

Deconstructed Caesar salad. Sesuai untuk korang yang sedang berdiet. Tu pun kalau tahan dengan keenakan menu lain yang terdapat di U-Cafe Wangsa Walk ni la kan..ehehe

 

Feveret aku untuk kali ni. Italian Beef Carbonara with Egg Yolk. Kuning telur yang bergoyang, sekali pecah di mulut, enaknya rasa cairan kuning tu. Sos carbonara yang ‘creamy’ dengan bau cheese yang menusuk hidung. Memang feel habis la makan menu sedap ni.

 

Signature Combo Mix Grilled..ada chicken chop, ada lamb grilled, ada beef bacon dan mashed potato. Cukup lengkap.

 

Lamb grilled kat depan mata. Pasti aku takkan ketinggalan meratah isi kambing hingga ke tulang.

 

Peminat ‘kambing’ tegarm patut cuba Lamb Rack..

 

Korang yang bukan peminat ‘western food‘, boleh order menu, Flying fish rice with Soy Sauce ni. Ikan goreng garing, dimakan bersama nasi putih panas + kicap..pun dah layan kan, terutama masa tengah lapar.

 

Fried aspragus + prawn..order yang ni satu + nasi putih pun dah mengenyangkan. Sedia maklum, potion di U-Cafe Wangsa Walk ni memang besar dan boleh makan untuk dua orang.

 

Satu lagi menu feveret aku. Egg Yolk Butter Chicken & Vegetable in Yam Basket Rice. Series suka sangat dengan rasa butter chicken tu. Tak terlalu masin tak terlalu manis..korang patut cuba menu sedap ni di U-Cafe Wangsa Walk.

 

Antara menu istimewa di U-Cafe. Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf. Harum semerbak nasi yang dimasak dalam daun teratai ni(Lotus Leaf).

 

Yang inginkan menu sarapan pagi popular Malaysia, pun ada di sini. Nasi Lemak kari ayam. Nasi lemak tu macak sikit je dengan kuantiti kari ayam tu, jangan risau, nasi boleh tambah hehehe..

 

Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice with Green Curry..curry chicken tu memang memikat nafsu makan aku. Tapi tak sepedas kari hijau di kedai-kedai original masakan Siam..hehehe..kalau dapat lagi pedas, lagi syiok ni.

 

Penang Curry Laksa untuk peminat mi kari.

 

Ni feveret isteri aku. Cantonese Kuew Teow with Seafood. Ada udang dan makanan laut lain. Saiz hidangan memang banyak, boleh dimakan unuk dua orang melainkan korang tengah lapar. hehe

Burpp alhamdulillah..aku amat berpuas hati dengan keenakan setiap hidangan di sini. Aku rasa sikit-sikit pun dah kekenyangan giler. Sangat berpuas hati dengan layanan dan servis oleh krew di U-Cafe Wangsa Walk.

Terima kasih kerana cemerlang melayan gelagat Rakan Blogger yang berkumpul di U-Cafe Wangsa Walk tempoh hari.

Korang pon boleh ‘hire’ team U-Cafe untuk handle apa-apa majlis mengikut tema tertentu. Just contact diorang di

Alamat U-Cafe Wangsa Walk:

GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Alamat U-Cafe Sungei Wang Plaza:

C025, Sungei Wang Plaza, 56100 KL.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi Rachel : +6019-3133668 .

Facebook: U-Cafe

 

Rakan Blogger yang sentiasa havoc! Harap dapat berkumpul lagi seperti episod kali ni.

JMR

JMR writes about parenting from a Dad’s perspective.
To contact JMR, please send me a message at mjdetroit83@gmail.com.
Thank you!

More Posts - Website

Follow Me:
TwitterFacebookGoogle PlusYouTube

38 Comments

  1. perghh sedapnya makanan dia.. pandai je buat org ramai lapar balikk.. huh


  2. Sedapnyaaa teringat teringat semua makanan ni. Fuhh memang puas hati kan. Tq abang jamar!

    1. Author

      saya tengok balik pon mcm lapar balik je ni hehhee

    1. Author

      ramai yang suka dengan menu tu..memang sedap kan.nak nak rasa cheese tu

  3. Kelaparan balik bila tengok gambar tu.. Especially Carbonara!!

  4. Mmg senak n sendat perut pada hari tu. Menu kat u-cafe ni mmg byk. Pasti ada yg sesuai ngan selera..

  5. Italian Beef Carbonara with Egg Yolk memang julia terpikat habis JMR, kali kedua food review kat sini memang bikin sasau, malam2 teringat balik makan huwaaaaa kena pi lagi bawa family plak nanti…JMR and wife TQ so much again invite us ber food review sini….jgn serik invite lagi ye…insyaAllah datang…alhamdulilah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam