October 1, 2020

Malaysia Social Media Week 2014 memang Havoc!

Havoc!

Itu yang boleh aku katakan untuk hari pertama persidangan World Bloggers and Social Media Summit yang diadakan sempena Malaysia Social Media Week 2014 . Persidangan yang dikendalikan oleh panel-panel hebat dari luar negara dan dalam negara ini berlangsung selama dua hari di Sunway Pyramid Convention Centre.

 

World Bloggers and Social Media Summit terdiri daripada beberapa sesi dengan topik menarik merangkumi cerita-cerita hebat dalam dunia media sosial. Untuk hari pertama ni, ada 5 sesi yang terdiri daripada:

  1. Sesi pertama – Money For Honey
  2. Sesi kedua – Glitter on Twitter
  3. Sesi ketiga – SMARKETING.
  4. Sesi keempat – Vote’s App
  5. Sesi kelima – SOCIALIZING.

Dan antara panel-panel hebat yang dijemput khas untuk Malaysia Social Media Week 2014 seperti;

  • Evan Carmichael – Social Media Strategist dari Evan Carmichael Communication Group, Canada.
  • Julian Tol – Executive Director dari Brandscreen, Australia.
  • Marcus Ho – Social Media Director dari SocialMetric, Singapore.
  • Nellie Chang – Director of Marketing Solution dari Linkedin.
  • Scot Eddy – Managing Director dari nine9nine, United States.

dan ramai lagi daripada syarikat-syarikat hebat seluruh dunia…

 

Gambar cantik oleh Eizil menggunakan kamera Sony Alpha5000

MSMW2014 lebih hebat dengan sokongan sepenuhnya oleh para penaja yang terdiri daripada organisasi hebat seluruh dunia.

 

Persidangan ini bermula dari jam 8.30pagi hingga 6.00 petang diselangi dengan sesi mengopi, makan tengah hari dan mengeteh di sesi petang. Pelbagai ilmu baru dalam media sosial yang aku sedut dapat dipraktikan untuk kegunaan harian. Yela kan, daripada berfesbuk, bertwitter, berinstagram dengan menggunakan masa tanpa sebarang pulangan, eloklah juga dengan ilmu baru dalam social media marketing ni, dapat menjana pendapatan tambahan untuk poket aku. Mana tahu kot-kot pasni boleh dijadikan pendapatan utama lak kan. Everything is possible.

Hmm ni kiranya update teaser luh untuk MSMW2014 kali ni. Tak sabar lak nak tunggu hari kedua dengan topik-topik lebih hangat. Nanti dah setel sumer, baru aku share outcome yang aku dapat semasa persidangan World Bloggers and Social Media Summit ni ye.

Untuk hari kedua esok, ada lagi 5 sesi dengan ilmu-ilmu baru yang bakal disedut;

  1. Cyber Security
  2. App-solutely Right
  3. Viral Fever
  4. Flogging the BLog
  5. Show Whiz!

 

Terima kasih kepada DenaiHati Network atas jemputan yang kali ini.

Jumpa lagi di hari kedua esok, pasti lebih havoc!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Malaysia Social Media Week 2014 memang Havoc!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *