September 21, 2020

Kaunseling Bersama Dr.Kartini – Mari Belajar Mengenai Ekzema

Tahniah kepada ibu bapa yang telah menyertai sesi Mari Belajar Mengenai Ekzema bersama Dr Kartini Farah Rahim pada 8 Disember 2018 lepas. Dr Kartini merupakan seorang pakar dermatologi dari Hospital Pakar Avisena Shah Alam. Ada ibu bapa yang datang bersama anak kecil yang sedang mengalami kesukaran akibat Ekzema dan memerlukan tunjuk ajar daripada pakar.

Kehadiran sangat menggalakkan pada sesi kali ini, pada yang tidak berkesempatan, jangan sedih. Sesi seterusnya insyaAllah akan ada lagi.

Sesi 2 jam yang bermula dari jam 3 ~ 5 petang ini, pastinya telah banyak memberi input yang bermanfaat untuk menjaga anak atau diri sendiri yang meghidap Ekzema.

Hospital Pakar Avisena

Konten Kaunseling Bersama Dr.Kartini – Mari Belajar Mengenai Ekzema.

Kenali Ekzema Dengan Lebih Dekat

Masih ramai yang keliru antara Ekzema dan penyakit kulit lain. Ekzema adalah masalah keradangan kulit yang lazim, berulang-ulang dan gatal.

Ekzema boleh dikenali melalui bentuk awal seperti bintik-bintik halus atau kasar, gatal, merah, kering atau bersisik.

Aku ingatkan, Ekzema ini hanya ada satu jenis sahaja.

Ekzema Atopik, Ekzema Diskoid, Ekzema Allergy Contact, Ekzema Tangan adalah antara jenis yang sering dihadapi. Ada juga yang fikirkan anak mereka mengalami Ekzema tetapi sebenarnya tidak. Itu adalah Psoriasis atau Tinea Corporis.

Punca Dan Pencetus Ekzema

Pastinya ramai ibu bapa yang bingung kenapa anak mereka boleh ada Ekzema. Antara sebab yang selalu difikirkan adalah pemakanan dan juga persekitaran.

Ye betul.

Itu antara punca dan pencetus Ekzema. Ada juga disebabkan oleh peluh, debunga, bulu haiwan, hama rumah, udara kering, sabun berbuih, pencuci, pewangi, pengawet dan sebagainya. Semua ini dikongsikan oleh Dr. Farah dalam sesi kaunseling.

Masyarakat juga perlu dididik dengan pengetahuan tentang Ekzema. Ekzema tidak boleh berjangkit dan boleh dikawal dengan baik.

Yang penting, pesakit Ekzema hendaklah dibawa berjumpa dengan pakar dermatologi atau pakar kulit untuk nasihat selanjutnya.

Perlukah Pesakit Ekzema Berpantang Makan?

Menurut Dr Kartini, persoalan ini sering ditanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak Ekzema.

Namun jawapan dan teori yang diperoleh terlalu banyak dan berkontroversi. Terutama yang melibatkan doktor homeopati atau perubatan alternatif.

Berpantang secara rawak TIDAK digalakkan terutama sekali pada ibu mengandung, ibu menyusu dan kanak-kanak. Berpantang secara rawak TIDAK digalakkan terutama sekali pada ibu mengandung, ibu menyusu dan kanak-kanak.

hospital pakar avisena

Apakah Rawatan Terbaik Ekzema?

Pelbagai cara dan kaedah yang dikongsikan oleh pakar-pakar kulit.

Tiada ubat penyembuh jika jenis atopik ekzema – 60% kanak-kanak akan pulih dengan sendiri apabila dia meningkat remaja

Sapuan pelembap adalah paling penting. 

Pemilihan pelembap bergantung kepada:

 

  • Tahap kekeringan kulit (atau basah)
  • Cuaca
  • Kesesuaian bayi
  • Kos
  • Pelembap yang baik mesti mengandungi minyak (galian atau tumbuhan)
  • Tambahan glycerin, ceramide, kolestrol, free fatty acids. Bahan-bahan yang membantu: squalene, Sodium Hyaluronate, Glycyrrhetic acid, palmitoylethanolamine, telmesteine, vitamin E

Sapuan steroid dan calcineurin inhibitor penting untuk mengawal keradangan.

Steroid adalah kaedah yang selamat dan efektif untuk mengawal keradangan ekzema bila digunakan dengan betul.

Dr Kartini juga menunjukkan cara terbaik untuk sapuan pelembap dan juga ubat steroid.

Sebenarnya, kalau aku nak ulas di sini tentang input Kaunseling Bersama Dr.Kartini – Mari Belajar Mengenai Ekzema, memang panjang lebarlah. Walaupun sesi ini hanya 2 jam, tetapi aku pasti setiap peserta berpuas hati dengan ilmu baru yang mereka dapat.

Korang bolehlah baca cerita tentang sesi ini di blogpost rakan-rakan yang turut serta:

  1. Mommy Irra
  2. Mommy Yaya
  3. Daddy Sohoque

Bagi mereka yang terlepas sesi kali ini, boleh dapatkan update terkini tentang sesi kaunseling seterusnya di Facebook: Avisena Specialist Hospital.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

25 thoughts on “Kaunseling Bersama Dr.Kartini – Mari Belajar Mengenai Ekzema

  1. Program sebegini memang baik kita boleh kaut banyak info . Dulu my niece kena eczema teruk juga dan kami pun tak berapa tahu bagaimana nak mengatasinya coz ibunya passed away masa baby tu baru 3 months. This info is very good !

  2. Bagusnya ada sesi kaunseling untuk pesakit ekzema macam ni. Lagi beri pendedahan secara mendalam Dan pendekatan kepada ibu bapa. Ibu bapa juga boleh mengenali Dan mempeljari dengan lebih mendalam penyakit Yang dialami anak mereka.

  3. Baru Qiss tahu terdapat banyak jenis ekzema ni. Kadang-kadang tetsalah pulak dengan sakit gatal kulit yang lain tu. Betullah nak kena rujuk pakar. Kalau pandai-pandai sapu ubat taktau jadi ape nanti kan. Info yang bagus ni.

  4. Ilmu basic tentang eczema ni memang perlu ada bagi setiap individu, bukan sahaja ibu bapa. Yela, eczema ni menyerang tak kira usia. Sesekali baca info pasal eczema bagus juga, boleh tambah pengetahuan

  5. Nad cuma tau ekzmea ni penyaklit gatal je..kesian tengok baby yang kena ekzema ni..mesti pedih kan..kalau kita dah gatal pun garu, inikan pulak anak-anak. Bila ada kauseling macam ni, dapatla belajar sikit-sikit kan pasl ekzmea..tak sangka banyak jenis ekzema ni ye

  6. ooo baru tahu punca penyakit ekzema , anak buah pun ada jugak yang kena ekzema yang teruk masa baby, tapi alhamdulillah sekarang dah nampak macam nak baik tapi tetap kena pantau juga …nanti nak sharelah artikel ni dengan kakak supaya diorang boleh tahu apa perlu dibuat…thanks info

  7. Bagus entry ni. Cx tak pernah tahu ilmu tentang eczema dan tak pernah mengkaji. Tp skrg cx dpt jlmu baru di sini . Semoga anak² eczema mendapat perlindungan sewajarnya oleh masyarakat yg masih kurang peka dengan golongan ini. Sungguh cx pon takde ilmu pasal ni.

  8. Betul tu, menjaga kelembapan kulit tu sangat penting kan, terutamanya bayi ataupun kanak2. Kulit yang nipis dan sensitif. Kena guna produk yang betul dan sesuai. Jika terdapat kesan sampingan, kena berhenti kegunaannya dengan serta-merta.

  9. Sangat bagus dengan perkongsian ini…BC pun punyai maslaah eksema…session mcm ni sgt baik untuk create public awareness tentang penyakit kulit ni…semoga kita semua dpt maklumat yang dpt membantu menangani masalah eksema….

  10. Bagus ada bengkel mcm ni…create awareness for public tentang Ekzema…mmg xramai ibu bapa yg faham tentang penyakit ini….termasuk lah BC…BC pn mempunyai masalah Ekzema juga…terima kasih atas perkongsian ini…teringin juga nk join group session dgn dr pakar ni…

  11. Betul lah ibu bapa yang ada anak Ekzema kena pergi seminat macam ni dan dengar seidiri dari pakar jangan hanya buat andaian sendiri tentang penyakit kulit macam ni. Yang menarana anak kita juga eeehhh dah ada anak ker pandai nasihatkan orang kan wakakakaka…

  12. Terima kasih sdh sharing informasi tentang Eksema. Ini penting banget diketahui oleh masyarakat secara meluas agar manfaatx banyak juga yg tahu. Perlu diketahu awal mula penyakit ini menyerang seperti adanya bintik bintik jadi kita bisa waspada sebelumnya.

  13. yeah important to know of baby skin care, children skin are not same as adult skin. Good to know of this as my friends too will be interest to read about it, her son is now 8 months old. Parenting is not easy but we never stop learning and caring for our children. 😀

  14. Great content. Here all information’s are very useful to everyone. Thanks for all these information. – dentist in hartford ct

  15. Dulu masa kecik2 anak pun ada ekzema. Dah dewasa ni dah takde dah alhamdulilah. Bagus kalau dapat dengar talk macam ni. Boleh la kita ajukan kalau ada persoalan kan. Biar dr yang menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *