October 6, 2024

Iftar Buffet Dim Sum HALAL @ China Treasures, Sime Darby Convention Centre

Buffet Dim Sum HALAL @ China Treasures, Sime Darby Convention Centre

Alhamdulillah, rezeki Ramadhan 2016, dapat berbuka puasa dengan dim sum HALAL.

Kali berpeluang berbuka puasa di China Treasures yang menyediakan menu Buffet Dim Sum HALAL..ye halal ye..disahkan oleh JAKIM. Terima kasih kepada MySelera yang menaja sepenuhnya sesi beruka puasa kami sekelurga..hehehe..didoakan MySelera makin murah rezeki selepas ni…

 

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, boleh pusing-pusing ruang SDCC ni. Masa ni hujan, jadinya pusing indoor je la jawabnya. Adik Danish pun dah ligat berjalan masa ni. Masuk je 11 bulan, dah lebih 10 step dia melangkah. Raya ni insyaAllah dah boleh kejar ayam kambing kat kampung..

 

Ruang makan China Treasures. Ada bahagian dalam lagi. Kami book table awal-awal sebelum datang. Kang tak pasal-pasal terpaksa berbuka di luar kalau fully booked kan.

 

Batch pertama. 15 sets pelbagai dim sum yang menjadi piliha. Dengan harga RM75/pax, boleh makan seberapa banyak dim sum yang mampu. Tapi kenalah habiskan. Kalau tak habis, cas tambahan akan dikenakan mengikut harga ala-carte..harganya boleh tahan ok!

 

Abang Ayyan pun ikut mood dia gak nak makan yang mana. Bila dah kenyang, mulalah pusing-pusing meja. Aiyoo..

 

Steamed Buttered & Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Bun yang sangatttttt sedap. Wajib order ni bila datang ke sini. Barulah rasa lengkap kunjungan ke China Treasure ni.

Alhamdulillah, berjaya gak menghabiskan 20 jenis dim sum untuk dua orang makan..ok ok abang Ayyan pun kira sekalilah. Opss..egg tart untuk dessert tak terhabis sebenarnya. Takut kena bayar punya pasal, sumbat dalam bekas makanan adik..hahaha..kan dah boleh buat bersahur 4 biji egg tart koooo…

Variasi dim sum sumer sedap-sedap (ini untuk aku je, korangnya taste aku tak pasti..)..Ruang solat ada disediakan di level bawah SDCC. Toilet cun. Parking banyak. Nak ke SDCC dari rumah kami pun senang! Nikmat mana lagi yang mahu didustakan????

Boleh baca review sesi berbuka di China Treasures di MySelera ye..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

8 thoughts on “Iftar Buffet Dim Sum HALAL @ China Treasures, Sime Darby Convention Centre

  1. untunglah ada orang taja berbuka puasa… bila orang lain tolong bayarkan, tentu makanan jadi sedap 2 kali ganda daripada biasa… hehehe.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *