March 19, 2024

Syarat Rayuan GKP 2.0

Kerajaan amat prihatin akan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya terutamanya PKS mikro.

Sehubungan itu, GKP dan GKP 2.0 merupakan komitmen berterusan Kerajaan dalam membantu PKS mikro yang terjejas.

Atas dasar prihatin kepada keluhan dan aduan yang didengari daripada 208,000 pemohon yang gagal menerima bantuan Geran Khas Prihatin 2.0 , tempoh rayuan GKP 2.0 akan dibuka dari 7 hingga 21 Disember 2020.

Ini bagi memberi peluang kepada perayu untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak/diverifikasi semula oleh LHDNM.

Individu yang ingin membuat rayuan GKP 2.0 mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
  • Berdaftar PBT atau SSM sebelum atau pada 31 Ogos 2020

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Syarat Rayuan GKP 2.0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *