Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri)
Mungkin ramai yang tidak menyedari kemunculan iSuri.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat mulai hari ini (Rabu-15.8.2018).
Apa itu iSuri?
Insentif Khas Kerajaan untuk Suri Rumah yang Berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih)-Caruman Sukarela KWSP. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia baru yang berusaha memberi yang terbaik kepada suri rumah dan golongan yang memerlukan inisiatif sebegini.
Mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KSWP di seluruh negara.
Siapa Yang Layak?
Golongan suri rumah SUMBANGAN KERAJAAN yang berdaftar dalam eKasih setakat 30 Jun 2018, termasuk :
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
- KIR – Balu, bercerai atau bujang
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Mencarum sekurangkurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun
Manfaat iSuri
Sumbangan Kerajaan RM200 untuk tahun 2018.
Sumbangan RM480 setahun bagi tahun berikutnya!
Sumbangan Kerajaan (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan) ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi
tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun.
Pembukaan pendaftaran i-Suri ini adalah susulan pelancaran Insentif Suri Rumah oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018.
Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat sama seperti ahli KWSP iaitu dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian.
Statistik eKasih menunjukkan 221,890 suri rumah, 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal daripada segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif kerajaan itu setelah mendaftar untuk i-Suri.
Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000.
Penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KSWP boleh didapati dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman sesawang www.kwsp.gov.my serta kunjungi mana-mana cawangan KWSP.
iSuri untuk Simpanan Hari Tua.
Pada aku, inisiatif mewujudkan akaun iSuri ini sangat kena pada waktunya. Walaupun tak banyak, tapi insyaAllah sedikit sebanyak akan membantu mencapai target simpanan hari tua nanti. Berbanding dengan memberi bantuan tunai yang 90% berkemungkinan habis dibelanja pada hari ini, iSuri membantu suri rumah atau ibu tunggal menyimpan untuk kegunaan pada masa akan datang.
Semoga program iSuri ini akan memberi manfaat yang berpanjangan kepada mereka yang layak.
Peluang Gandakan Dana Persaraan
Manakala untuk korang yang memang dah ada caruman KWSP, dan ingin menggandakan lagi pulangan untuk dana persaraan nanti, boleh PM atau tinggalkan no kontek korang untuk dihubungi.
Klu suami sy oku….dia xde potong kwsp…sebab dia kerja part time….sy sebagai Suri rumah adakah sy layak dpt I Suri?
Bagus ada carumah kwsp untuk isteri tak bekerja ni. ada duit nak simpan sikit sikit untuk hari kemudian
Serious bagus info ni sebab ramai yg tak cakna
Ramai tak cakna bila tak memerlukannya. bila dah terasa rugi, pasti ramai yg huru-hara nak ambil tahu kan
Alhamdulillah..satu inisiatif terbaik dari kerajaan untuk surirumah..good job kak jijah
Oh ini Yang diwar-warkan sebelum ni. Sebenarnya bagus ISuri ni dpat membantu golongan suri rumah Yang tak bekerja. Atleast dorang ada duit simpanan untuk masa depan.
Ini lah skim baru untuk suri rumah tu ya. Bagus juga ada skim macam ni. Tak adalah kosong tak ada persediaan kan
Moga ia dapat membantu para ibu dan suri kat Malaysia untuk perancang masa depan mereka bila dah tua nanti sebab nak harap harta suami pun tak dapat banyak betul tak..
Senang sekarang suri rumah dah ada KWSP memang sangat membantu dan sangat mudah bila hari tua mereka nanti. Tapi kalau tak ada suri macam kita ni macam mana nak bagi kat sapa hehehehe… Ada sudi jadi suri kita ker wakakaka..
Kita surirumah, tapi mesti tak daat punya..hahha..syok dapat ni..adelah simpanan..hahaa
Tiba2 teringin nak tahu kita layak ke? Sebenarnya lama menanti pelan seperti ini diperkenalkan oleh kerajaan. sebabnya surirumah juga perlu hak mereka biarpun hanya tinggal di rumah 👌
Ikutkan kelayakkan rasanya sis dah boleh dapat ni, nak cuba apply gak lah.
Sebelum2 ni try apply BRIM dan mcm2 apply x tak pernah lps..tgok yg ni lepas ke idok
Warga emas.
Bagus insentif kerajaan yang ni. Sekurangnya golongan wanita yang layak ni ada jugak simpanan masa depan kan.
Wahh, seronok lah golongan suri rumah lepasni ye heheh. Kalau bujang tu maksudnya yang belum kawin pun boleh apply ke?
Alaaaa…ada yang tak faham la pasal ni..nak plak kita ni bukan suri rumah..nak tuntut for sure tak leh tuntut kan…
Ok Liez kena apply la.. sejak jadi surirumah ni.. hihihi bagus actually ada bantuan mcm ni.. apa2 nnt suami isteri juga dapat merasa duit tu
Kena banyak input lagi la pasal ni sebab kata pengkalan data kemiskinan. Surirumah isi rumah golongan pertengahan layak ke?. Surirumah ya….tapi tak tergolong dalam kemiskinan….
Tu la..kena semak balik psl golongan pertengah.mungkin perlu ada penambahbaikan.