Bermula awal tahun 2021, Google Adsense akan menghentikan pembayaran menggunakan perkhidmatan Western Union. Makluman ini sudah disebarkan kepada semua ahli pada bulan Ogos 2020.
Kepada penerima bayaran daripada Google Adsense, yang membuat tetapan pembayaran dari Google Adsense menggunakan Western Union, mereka digalakkan untuk menukar setting cara bayaran di dalam akaun Google Adsense sebelum tahun 2021 bagi mengelakkan kelewatan pembayaran hasil pengiklanan mereka sama ada di Youtube atau website.

Cara Ubah Setting Pembayaran Google Adsense
- Sign in ke akaun Google Adsense anda.
- Pilih Payment. Kemudian cari bahagian Manage Payment Method.
- Sekiranya anda masih tiada pilihan untuk Wire Transfer to Bank Account, pilih Add Payment Method.
- Pilih Add New Wire Transfer details.


Pendapat kami, lebih molek memilih bayaran menggunakan Wire Transfer kerana ianya lebih cepat berbanding memilih pembayaran menggunakan cek. Risiko cek rosak atau lambat sampai juga menjadi isu.
Kebanyakan blogger atau YouTuber memilih untuk menggunakan Western Union sebelum ini, kerana tiada sebarang cas perkhidmatan dikenakan. Cuma anda perlu rajin mencari kiosk Western Union untuk menerima wang tunai. Manakala, Wire Transfer pula lebih senang kena transaksi terus ke dalam akaun bank anda. Cuma, sedikit cas perkhidmatan akan dikenakan mengikut bank masing-masing.
Nilai pertukaran matawang USD ke Ringgit juga tidak sama antara bank. Ada bank yang mengenakan rate agak tinggi untuk jual beli matawang USD. Namun ianya bukan isu utama, kena lebih rajin anda mencari trafik masuk ke website/blog atau saluran Youtube anda, lebih banyak wang USD akan masuk.
Semoga perkongsian tentang cara keluarkan duit Google Adsense ke bank tempatan ini memberi manfaat kepada anda terutama mereka yang buat duit menggunakan YouTube dan Blog. Kami doakan anda murah rezeki dan buat duit ribu riban daripada internet ini!
Guna western union tak kena potong teruk macam wire transfer. Kalau guna wire transfer maybank caj RM5 dan Google caj $8..
mahal giler. org kata CIMB berapa caj? dgr kata murah lagi
mama set bank tranfer. mujur takyahlah nak adjust
HOnestly I prefer western union. Well guess we have to stick to their rules.
me too bro.. but what to do..