November 27, 2020

6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Hutang Jahat

Perkara tentang HUTANG ni ramai je yang dah tahu dan pernah dengar, tetapi tidak ramai yang betul-betul faham dan sedar.

Good debt is a powerful tool, but bad debt can kill you.- Robert T.Kiyosaki

Kesannya, ada yang hidup tertekan dan terus dibebani hutang. Ada yang juga yang takut dan langsung tak nak berhutang dah. Ada yang trauma dan fobia, sampaikan nak bawa keluarga makan angin pun tak nak!

Hutang baik memberi pulangan aliran wang positif kepada anda, manakala hutang jahat pula memberi aliran wang negatif. Contohnya, membuat pinjaman perumahan dari bank. Ada yang anggap ianya adalah hutang baik. Tetapi perlu diingat tidak semua rumah beri keuntungan kepada anda. Ada juga yang terpaksa menanggung rugi akibat tersalah percaturan. Ada juga yang buat duit dengan rumah yang dibeli seperti dijadikan homestay atau rumah sewa. Semua orang pernah berhutang, bagaimana anda kawal hutang tu akan memberi kesan kepada kewangan anda. Ada orang guna kad kredit dan menjadikannya sebagai hutang positif.

1# Hutang Baik VS Hutang Jahat

Lagi banyak hutang jahat kita buat, lagi miskin kita. Lagi banyak hutang baik kita buat, lagi kaya kita akan jadi, nak nak in long term. Kita nak tambah hutang baik, bukan nak lari secara langsung

2# Maksimumum Ratio 30%

Max ratio: Hutang jahat tidak boleh melebihi 30% daripada pendapatan bulanan anda. Kiraan ini termasuklah hutang rumah yang anda tinggal sekarang. Tidak mudah untuk dilakukan. Tetapi jika berjaya buat, anda ada lebihan banyak pada setiap bulan.

3# Hadkan hutang Jahat

Hutang jahat seperti Personal Loan, kereta dan kad kredit bukannya tidak boleh dilakukan, tetapi harus ada had. Hutang ini tidak lebih RM1500 sebulan atau 30% . Jika dapat nilai sebegini, insyaAllah hidup anda akan aman.

4# Berhenti Buat Hutang Jahat

Berhenti buat hutang baru. Jika dah ada hutang kad kredit RM15K, jangan buat hutang peribadi untuk bayar kad kredit tu. Gali lubang tutup lubang bukan caranya.

5# Kawal Nafsu Berbelanja

Ada orang tak boleh tengok perkataan sale 70%. Walaupun tak ada duit, tapi nak juga beli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia dah ada barang tu dan masih boleh dipakai. Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.

6# Utamakan Penyelesaian Hutang Jahat

Hutang kad kredit adalah hutang jahat yang menyumbang kepada kadar faedah yang paling tinggi yang terpaksa anda bayar. Jika ada hutang ini, selesaikanlah segera. Jangan bertangguh.

Kaedah Terbaik Selesaikan Hutang

Ada pepatah, “hutang nyawa dibayar dengan nyawa”.. Begitu juga hutang duit, perlu dibayar dengan duit. Nak tak nak, ianya perlu dibayar dengan sesuatu. Jadi, apa cara terbaik untuk selesaikan hutang dengan segera?

Tambahkanlah pendapatan dengan melakukan kerja sampingan. Contohnya, jual barang secara online ataupun kawan anda jual barang, anda tolong promote. Kawan anda pulak promote barang anda. Sama-sama bekerjasama. Sama-sama dapat keuntungan. Jadi, duit yang dapat tu boleh la buat menampung perbelanjaan. Buat bayar hutang. Janganlah bila dah dapat duit hasil keuntungan, digunakan untuk membeli barang-barang yang bukan keperluan!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Hutang Jahat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *