April 27, 2024

Homestay Terbaik Di Malaysia Untuk Percutian Keluarga

Mencari penginapan yang best menjadi cabaran hebat bagi memastikan percutian yang dirancang bersama keluarga akan meninggalkan kenangan indah sepanjang hidup. Ianya tidak menjadi masalah untuk percutian yang melibatkan suami isteri bersama seorang atau dua orang anak. Menginap sahaja di bilik hotel yang memuatkan 2 katil single atau 1 katil bersaiz queen.

Tetapi tidak bagi percutian yang melibatkan lebih ramai ahli keluarga seperti ibu bapa dan adik-beradik lain. Pendek kata ‘family gathering’. Untuk menjimatkan kos yang pastinya lebih tinggi jika menginap di hotel dan untuk lebih selesa, kami biasanya akan mencari rumah banglo yang dijadikan homestay dengan saiz yang sesuai, bilik yang mencukupi untuk semua ahli keluarga dan mempunyai fasiliti tambahan seperti kolam renang dan tempat untuk aktiviti BBQ.

Contohnya rumah seperti gambar di atas ini. Siap ada kolam renang, besar pula tu. Ada laman luas untuk buat BBQ. Memang terbaik untuk luangkan masa bersama keluarga besar.

Memandangkan kes Covid-19 sekarang ini masih aktif, banyak kekangan untuk melancong ke luar negara. Ini adalah masa yang terbaik untuk kita merancangan aktiviti melancong di dalam negara. Selain dapat kenal lebih dekat lagi tempat menarik di Malaysia, boleh juga menjana ekonomi tempatan. Untuk makluman, industri pelancongan adalah penjana kedua terbesar dalam ekonomi Malaysia. Ramai yang memilih untuk melancong ke destinasi popular yang tidak asing lagi seperti Melaka dan Cameorn Highlands.

Kita lihat dahulu apa yang ada di Melaka.

Homestay Melaka Paling Popular

Melaka menjadi destinasi yang sentiasa menjadi pilihan kami untuk meluangkan masa di hari cuti. Selain banyak tempat menarik dan bersejarah, kami mempunyai banyak pilihah tempat penginapan yang mempunyai keunikan tersendiri. Untuk makluman, terdapat banyak pilihan hotel dengan variasa harga berbeza dan juga pilihan homestay sebagai pilihan lain. Bagi anda yang mempunyai keluarga besar, moleklah untuk menyewa homestay mengikut selera masing-masing.

Homestay murah di Melaka untuk percutian bajet.

Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan homestay murah dan lengkap di Melaka. Jujur kata, banyak pilihan di Melaka ini. Kami juga percaya, lebih ramai yang suka menginap di homestay berbanding hotel.

Antara sebab utama ialah di sini ruangnya lebih luas, selesa dan lengkap. Kemudahan yang disediakan juga sama seperti hotel. Ada iron baju dan pemanas air. Setiap bilik ade aircond. Ada swimming pool. Kawasan pon lapang kalau nak buat family day. Nak buat aktiviti berkumpulan pon sesuai sebab tempat yang lapang dan luas. Paling best, biasanya harga yang ditawarkan lebih murah.

Hasil carian kami menerusi Google, kami tertarik dengan satu Homestay murah di Melaka yang menawarkan sewaan rumah rekaan Melayu lama. Muslimah Homestay Rumah Melaka terletak di Batu Berendam, Melaka. Jarang kami menemui tawaran sebegini rupa. Ini salah satu keunikan yang pastinya akan menarik lebih banyak perhatian. Pastinya, jika harga yang ditawarkan lebih tinggi, akan tetap ada peminat untuk menginap di sini.

Muslimah Homestay Rumah Melaka

Di sini juga ada unit rumah baru yang dibina dengan sentuhan rumah lama. Turut dilengkap pelbagai kemudahan untuk keselesaan penyewa. Rekaan ini sangat menarik perhatian kami kerana gabungan reka bentuk lama menggunakan material terkini.

Ini hanyalah salah satu contoh tempat penginapan murah yang terdapat di Melaka. Anda boleh membuat carian sendiri mengikut kawasan yang dihajati, pasti akan terjumpa dengan homestay menarik.

Homestay Tepi Pantai di Melaka.

Ada orang yang suka mencari penginapan di sekitar bandar, ada yang lebih suka menginap di kawasan sedikit jauh dari bandar. Lebih tenang katanya. Pada kami, jika tidak menginap di kawasan bandar, kami lebih suka menginap di homestay dekat dengan pantai. Keseronokan ini lebih kepada anak-anak yang boleh bermain pasir pantai dan mandi-manda air laut.

Lebih syok bila tiba waktu malam. Boleh lepak di tepian pantai sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa bersama keluarga. Ada juga homestay yang menyediakan kawasan khas untuk berBBQ di pantai. Best! Tapi pastikan anak melakukan ‘housekeeping’ selepas selesai untuk memastikan kebersihan pantai sentiasa terjaga.

Di bawah ini kami kongsikan homestay yang betul betul berada di tepi pantai. 

Casa Rasa Sayang

Bagi yang bercuti bersama kelurga besar, bolehlah menginap di banglo ini.

Luar dan selesa! Siap ada swimming pool menghadap ke pantai. Hiasan dalaman pun dah macam rumah somebody kan. Dah puas mandi kolam, boleh berjalan ke pantai untuk mandi air masin pula. Sangat strategik tempat sebegini, berhampiran dengan pantai dan tidak jauh dari jalan utama. Harga? Pastinya lebih mahal berbanding homestay lain di tepian pantai ini, tetapi ianya berbaloi!

Kalau anda ada tanah tepi pantai, boleh buat bangle glasshouse macam ni. Dah macam resort, dari ruang tamu boleh jamu mata sepuas hati dengan tingkap yang besar.

Boleh tengok pelan rumah tu di sini – https://www.dawaibesi.com/2020/07/pelan-rumah-2-tingkat-2-bilik-tidur-glasshouse.html

Homestay Terbaik di Melaka Yang Cantik & Mesti Puas Hati.

Menginap di kediaman yang cantik, halaman bersih dan kemas pasti memuaskan hati. Contohnya, menginap Yunus Homestay Kg Morten terletak di Kampung Morten. Kampung Morten merupakan sebuah kampung tradisional Melayu bersejarah di bandar Melaka. Rumah ini masih mengekalkan reka bentuk rumah lama Melayu dengan ukiran kayu-kayu yang cantik.

Walaupun ini adalah sebuah rumah tradisional, tuan empunya juga menyediakan 2 bilik berhawa dingin dan kemudahan dapur yang lengkap.

Lokasi homestay sangat cun sebab berhadapan dengan Sungai Melaka dan view waktu malam memang sangat lawa. Bila lagi kan nak merasai pengalaman sebegini.

Homestay Yang Ada Swimming Pool di Melaka.

Jika tidak berpeluang menginap berdekatan dengan pantai, boleh juga mencari homestay yang mempunyai swimming pool. Anak-anak pasti seronok dapat ‘terjun kolam’. Lagi best jika swimming pool yang ada khas untuk dewasa dan kanak-kanak. Keselamatan anak-anak terjamin, dalam masa yang sama, ibu ayah boleh juga berenang bersama.

Kami tertarik dengan Limastiga Homestay yang terletak hanya 15 minit pemanduan dari Bandar Hilir, Kota A Famosa, Jonker Street, Mekaka River Cruise. Konsep penginapan di sini adalah rumah kayu lama Melaka, sebijik seperti suasana zaman Hang Tuah. Menariknya, apabila melangkah masuk ke dalam, ibarat berkunjung ke hotel bertaraf 5 bintang! Landskap menghijau di sekeliling tempat ini juga sangat mendamaikan, sesuai untuk mereka dari kota mencari ketenangan.

Limastiga Melaka

Di Limastiga, terdapat 6 buah unit bilik keluarga mewah. Setiap bilik ada 2 buah katil jenis queen dan lengkap dengan kemudahan dapur dan balkoni. Di tengah-tengah antara bilik ini, terdapat kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Kemudahan BBQ serta bilik karaoke turut disediakan. Sangat lengkap kemudahan di sini dan pastinya ianya berbaloi dengan bayaran yang dikeluarkan.

Homestay di Ayer Keroh Melaka

Selain menyewa di tepi pantai atau mempunyai kolam renang, anda juga ada pilihan untuk menginap di sekitar Ayer Keroh Melaka. Anda boleh melakukan lebih banyak aktiviti di sini kerana lokasi homestay lebih dekat dengan pelbagai tempat tumpuan ramai seperti Taman Rama-rama, Zoo Melaka, Melaka Wonderland Theme Park, Taman Burung Melaka dan banyak lagi.

Salah satu homestay yang boleh kami cadangkan ialah Homestay Terbaik Melaka yang terletak di Jalan TU 18, Ayer Keroh. Kalau dilihat pada rating di Google adalah 4.8 dari 5.0. Harga yang ditawarkan juga berbaloi dengan lokasi yang strategik. Kemudahan dan kualiti rumah yang juga terbaik.

Homestay di Cameron Highland, Sejuk dan Nyaman.

Dengan suhu sekitar lebih sejuk berbanding tempat lain di Malaysia, Cameron Highland menjadi satu lagi destinasi perlancongan menarik di Malaysia. Setiap minggu, Cameron Highland akan menjadi tumpuan kunjungan ramai. Jalan di sana pun boleh tahan sibuk setiap kali tiba hari cuti. Maklumlah, penduduk tempatan juga yang rata-rata terlibat dengan industri pertanian pun sudah ramai, ditambah pula dengan kehadiran orang luar.

Hotel, rumah tumpangan dan homestay sentiasa fullybook, terutama di musim cuti. Sentiasa ada permintaan.

Kalau banyak duit boleh la buat rumah macam ni kat tanah tinggi. Lawa, bumbung guna genting jenis shingles dan dibina dengan senibina tudor English. Mesti laku kalau buat homestay.

Homestay Murah di Cameron Highland

Banyak pilihan homestay yang boleh disewa di Cameron Highland. Cuma pencarian anda mungkin sedikit mencabar apabila tiba musim puncak. Harga homestay mungkin akan lebih tinggi. Namun, jika anda pandai mencari & tawar-menawar, anda boleh dapat menginap di homestay murah yang biasanya diselia oleh penduduk tempatan.

Haseena Homestay yang terletak di Tanah Rata menjadi pilihan ramai untuk disewa.

Rumah in mempunyai 3 bilik tidur & 2 tandas amat selesa untuk keluarga kecil, tambaha pula ianya turut dilengkapi dengan fasiliti lain seperti tempat letak kereta percuma, sofa, TV LCD, astro NJOI, heater, seterika, peralatan memasak. Ruang tamunya juga luas dengan sentuhan minimalis. Homestay ini hanya menerima tetamu muslima sahaja. Jadi, segala perkakas memasak serta pinggan mangkuk boleh digunakan tanpa was was.

Homestay di Kampung Taman Sedia Cameron highland. Milik Muslim

Ada yang sangat mengambil berat kesucian sesuatu peralatan yang digunakan di tempat penginapan semasa melancong. Jika ada rasa was-was mereka akan membawa peralatan sendiri dari rumah.

Untuk makluman, Kampung Taman Sedia adalah penempatan Melayu pertama di Tanah Tinggi Cameron. Di sini ada banyak homestay milik muslim dengan suasana kampung. Makanan halal yang sedap pun banyak! Pastinya anda akan lebih tenang bercuti di sini.

Anda boleh membuat semakan di artikel 6 Homestay terbaik di Kampung Taman Sedia. Dari sini, ianya membantu anda membuat keputusan untuk menginap di homestay yang terbaik. Jom sokong perniagaan muslim!

Pizza home made dalam oven ala Italy di Tiny Boutique Habitat

Homestay Terbaik di Cameron Highland.

Cameron Highlands menjadi pilihan utama bila bercuti dengan keluarga besar. Percutian akan lebih bermakna dan manis bila dapat menginap di homestay yang serba-serbi lengkap, dan memenuhi ‘demand’ setiap ahli keluarga.

Jujur cakap, anda mempunyai banyak pilihan homestay yang best-best belaka. Anda hanya perlu bijak mencari.

Di bawah ini, kami kongsikan beberapa penginapan di Cameron Highlands yang boleh dimasukan dalam senarai anda. Bolehlah anda membuat tempahan dengan pemilik sebelum ke sana.

Cameron Muslim Apartment by Nurul
Iman’s Homestay Cameron Highlands

Penting Untuk Kita Merancang Yang Terbaik Untuk Keluarga

Harta duniawi seperti hartanah, wang ringgit adalah mustahil untuk kita bawa ke alam kubur. Semua ini perlu ditinggalkan. Namun, harta ini semua boleh dijadikan mesin penjana pahala, dan dalam masa yang sama boleh membawa musibah jika tidak dikawalselia dengan baik dari peringkat awal.

Bila harta dah banyak, kena ambil tahu tentang undang-undang Islam. Contohnya harta sepencarian, wasiat dan faraid. Ini semua penting. Jika anda membuat 10 buah homestay sekali pun, ianya tidak bermakna jika anak-anak bergaduh berebutkannya selepas pemergian anda akibat tidak diurus-selia dengan baik semasa kehidupan anda.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →