April 27, 2024

7 Tips Mudah Rancang Percutian Dengan Lebih Jimat Selepas PKPB

Dalam tempoh PKPB di beberapa tempat sekarang ini, pasti ramai yang ‘rindu’ sangat untuk melancong. Ye la kan, asyik terkurung di dalam rumah atau kawasan sendiri, pasti kenangan melancong yang lepas dan menggamit memori. Nak travel ke luar negara dalam situasi Covid-19 hari ini, ianya sangat mustahil. Entah bila pintu sempadan negara akan kembali dibuka. Selagi pandemik Covid-19 masih belum selesai, rasanya kita tidak perlu fikirkannya. Melancong di dalam Malaysia juga tidak kurang bestnya!

Apa kata, sebelum kita dibolehkan melancong ke tempat menarik di dalam Malaysia, kita buat perancangan terlebih dahulu. Percutian yang dirancang dengan teliti pasti lebih jimat!

1# Rancang Tempat Bercuti dan Bajet

Mula merancang percutian anda secepat mungkin. Anda pasti dapat menjimatkan wang melalui tawaran saat akhir di Agoda, AirAsia Go and lastminute.com dan dapatkan diskaun untuk penginapan, pengangkutan dan makan melalui tawaran ini. Namun, ia adalah langkah yang berisiko dan boleh menyukarkan anda untuk selaraskan perjalanan, penginapan dan jadual peribadi. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda membuat anggaran bajet terlebih dahulu.

Ada juga yang sediakan tabung pelancongan seawal 6 bulan atau setahun daripada tarikh anda merancang untuk melancong. Untuk tidak membebankan anda, menabung secara konsisten membuatkan anda rasa sangat selesa untuk merancang percutian.

2# Rancang Waktu Perjalanan

Kebiasaannya orang akan mula melancong setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan. Di waktu puncak seperti ini harga tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta dan segala pakej pelancongan akan mula naik dan amat berbeza dengan harga di hari-hari biasa. Cuba elakkan melancong diwaktu puncak terutamanya di penghujung tahun. Untuk waktu sekarang, kita masih belum tahu bila kita bebas untuk rentas negeri. Sentiasa ikuti perkembangan semasa.

tips bercuti selepas PKPB

3# Cari Maklumat

Anda dinasihatkan membuat sedikit carian maklumat supaya percutian anda menjadi sangat berbaloi. Baca sedikit info mengenai tempat penginapan menarik yang menjadi pilihan anda. Baca komen-komen tetamu terdahulu mengenai pengalaman mereka sewaktu menginap di tempat penginapan tersebut. Aktiviti-aktiviti juga perlu dirancang supaya percutian anda bukan hanya ‘terperap’ di bilik hotel atau homestay. Cari di talian, “things to do” di destinasi pilihan anda. Pilihlah tempat yang mempunyai keunikan, bagus dan diakui oleh kebanyakan orang. Jangan sampai anda pergi ke tempat yang tidak menyeronokkan dengan harga yang tidak berbaloi. Ini boleh menjadi mimpi ngeri dalam percutian anda!

4# Persediaan Untuk Anak Kecil

Bercuti bersama anak kecil mungkin memerlukan perhatian terutamanya untuk bayi dan kanak-kanak yang berusia 2 tahun dan ke bawah. Pastikan anda telah membekalkan mereka dengan keperluan asas seperti makanan kudap (biskut/roti/buah), lampin pakai buang yang mencukupi, dan mainan kegemaran mereka. Selalunya, bayi atau kanak-kanak2 kecil ini sukar menerima perubahan suasana yang berlainan dengan rumah mereka. Selesakan mereka sebaik mungkin, dan anda akan mendapati ianya adalah pengalaman paling bermakna untuk percutian ini.

5# Tempat Menarik Yang Kurang Dikunjungi

Banyak tempat menarik di Malaysia yang menawarkan keseronokan tanpa batasan walaupun tempat tersebut kurang dikunjungi ramai, sebagai contoh anda boleh ke Hutan Royal Belum Gerik atau Taman Negara. Atau anda boleh berihat dan menikmati keindahan pantai di pulau Tioman, Pulau Tenggol di Terengganu atau di pulau Bohey Dulang Sabah.

6# Pilihan Pengangkutan/Kenderaan Yang Betul

Yang paling seronok pergi melancong ialah dengan memandu kereta sendiri. Kita bebas ke sana ke mari tanpa batasan. Namun jika anda tinggal di kampung atau bandar kecil dan ingin melancong ke bandara-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan sebagainya, memandu kereta sendiri mungkin akan mendatangkan sedikit masalah, anda mungkin tersesat jalan atau terperangkap dalam kesesakan jalan yang teruk.

Jadi memilih kenderaan awam lebih sesuai untuk anda. Anda boleh menaiki keretapi, apabila ke destinasi pelancongan yang dituju, anda boleh menggunakan teksi atau LRT dan kandag-kandag menaiki kapalterbang lebih murah dari menaiki kenderaan darat.

Selain itu anda mungkin keletihan memandu dalam jarak yang terlalu jauh dan keseronokan melancong akan bertukar kepada kepenatan yang membosankan.

7# Masak Sendiri

Melancong di dalam negara tidak sesukar mencari makanan halal di lur negara. Namun, untuk lebih jimat, anda boleh memasak sendiri di tempat penginapan (yang dibenarkan sahaja!) atau homestay. Tips ini sangat memberi kesan kepada keluarga besar.

Contohnya keluarga yang mempunyai 6 orang atau lebih. Jika makanan di restoran (sarapan, makan tengah hari dan makan malam), perbelanjaan yang dikeluarkan pasti lebih banyak. Jadi, anda pilih menu, anda beli bahan dan anda masak sendiri adalah cara terbaik untuk satu percutian yang lebih jimat!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *