April 27, 2024

Cara Pulihkan Simpanan Usia Tua Anda Dalam KWSP

Kerajaan boleh menaikkan semula kadar caruman statutori bulanan majikan dan pekerja pada masa depan jika pengeluaran simpanan Akaun 1 dibenarkan ketika rakyat berdepan tekanan ekonomi, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

“Kadar caruman sering diturunkan pada masa ekonomi perlukan suntikan. Ini juga dilaksanakan pada Feb tahun ini apabila kadar caruman statutori pekerja diturunkan dari 11% ke 7%.

“Mereka yang mengeluarkan wang dari Akaun 1 dan Akaun 2 (melalui skim i-Lestari) boleh dinaikkan kadar caruman ini selepas ekonomi bertambah baik agar mereka boleh memulihkan simpanan usia tua mereka dalam KWSP,” katanya di Facebook, malam ini.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab membuka peluang kepada KWSP menjana keuntungan menerusi projek yang menguntungkan seperti yang dilakukan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Antara projek bernilai tinggi membabitkan KWSP adalah projek Kwasa Damansara, projek Battersea di United Kingdom dan Lebuhraya PLUS.

Katanya, 2 kaedah mampu meningkatkan kembali simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jika pencarum dibenar mengeluarkan simpanan Akaun 1 mereka.

“Hakikatnya, dividen KWSP masa saya perdana menteri adalah antara yang tertinggi sejak 20 tahun lalu.

“Sebab itu, saya tak bimbang pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak sebab saya tahu kerajaan boleh bantu memulihkan simpanan KWSP jika berniat untuk jaga kroni saya, iaitu rakyat,” katanya.

Terdahulu, Najib mengesyorkan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran ‘one-off’ dari Akaun 1 sehingga RM10,000 secara bulanan bagi tempoh 3 hingga 6 bulan, sekiranya KWSP bimbang akan tertekan dari segi aliran wang tunai jika kerajaan membenarkan pengeluaran sekali gus oleh pencarum.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa pencarum akan berdepan masalah besar pada masa akan datang jika kerajaan membenarkan wang daripada Akaun 1 KWSP dikeluarkan.

Katanya, beliau menyedari bahawa cadangan membolehkan kemudahan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP disebabkan rakyat terbeban dengan impak ekonomi susulan penularan wabak Covid-19.

Sumber: Free Malaysia Today

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Cara Pulihkan Simpanan Usia Tua Anda Dalam KWSP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *