December 14, 2024

Rugi Beli Rumah Masa Muda? Ini 10 Sebab Anak Muda Perlu Beli Rumah Hari Ini?

Better late than never“.. ini pepatah Inggeris yang selalu digunakan untuk elak daripada rasa menyesal apabila terlambat melakukan sesuatu. Ya betul. Dalam hidup ini, jangan pernah ada rasa kesal jika lambat menemui jalan untuk berjaya. Mungkin ada hikmah kerana sebaik-baik perancang ialah Allah SWT.

Kali ini kami ini berkongsi tentang pembelian rumah ketika muda. Ada yang bersetuju dan ada juga yang kurang bersetuju. Antara sebab utama kurang bersetuju ialah terikat dengan komitmen sedari awal. Ye la, pinjaman perumah ni bukan takat 5, 10 tahun kan. Melainkan anda adalah seorang anak muda yang kaya-raya. Atau anak kepada seorang yang kaya-raya. Itu lain cerita.

Namun, jika anak muda fikir lebih panjang, atau mendengar pengalaman mereka yang membeli rumah ketika sudah lanjut usia, anda pasti bersetuju dengan anak muda perlu beli rumah segera.

10 Sebab Anak Muda Perlu Beli Rumah

Di bawah ini, kami senaraikan 10 sebab kenapa anak muda perlu beli rumah hari ini:

1# Harga Sentiasa Naik

Fakta dan data menunjukkan harga rumah tetap naik setiap tahun.

Harga rumah pula meningkat saban tahun. Makin tunggu makin tak mampu. Betul harga rumah ada penurunan pada tahun 2018. Ramai yang kongsikan berita ni. Seolah-olah rasa ‘validated’ bila harga jatuh. “Tu la hang, beli lagi rumah. Tengok harga dah jatuh”.

Sekalipun harga turun, majoriti harga rumah masih mampu tengok. Bukan mampu beli.

Jika kita tidak beli hari ini, semakin susah anak-anak kita nanti untuk beli rumah kerana harga semakin mahal. Kitaran “menyalahkan” orang terdahulu sudah lama berlaku dan kesannya adalah seperti hari ini di mana ada yang tidak mampu beli rumah dan menyalahkan orang terdahulu kerana dulu harga lebih murah.

2# Bijak kewangan

Untuk melabur dalam hartanah, anda perlu menjadi seorang yang bijak menguruskan kewangan anda. Data juga menunjukkan ramai yang muflis kerana masalah hutang dan gagal mengurus kewangan dengan baik. Seorang yang bijak kewangan biasanya akan menjaga setiap perbelanjaan dan mempunyai simpanan yang baik. Maka, tiadalah perbelanjaan yang tidak penting seperti kereta yang mahal, smartphone yang mahal dan juga pakaian yang mahal.

3# Kebebasan kewangan

Selain perniagaan yang hebat, salah satu cara untuk mencapai kebebasan kewangan di awal usia adalah melalui pelaburan hartanah. Pencen awal dengan pendapatan pasif melalui “cashflow” sewa rumah, capital gain melalui penjualan hartanah dan juga refinancing mampu menampung perbelanjaan kita.

4# Hartanah Boleh Jadi Satu Insuran

Bila kita beli hartanah, ambil insuran MRTT atau Mortgage Reducing Term Takaful. Ada beberapa bank yang tak wajibkan. Tapi anda disarankan untuk membeli polisi.

Pastikan juga ianya berbentuk takaful. Ini kerana ada polisi yang tak patuh syariah. Bila ada insuran ni kita dilindungi.

Andai nauzubillah kita tak panjang umur, baki pinjaman akan dibayar oleh insuran. Jumlah pinjaman yang dibayar mungkin bukan semua, tetapi cukup untuk meringankan beban dan menjadi aset kepada pewaris.

Sekurang-kurangnya anak isteri terbela selepas ketiadaan kita. Rumah tersebut boleh disewakan atau dijadikan bisnes homestay. Ianya akan menjadi pendapatan tetap mereka. Ianya juga boleh dijual kalau perlu.

Hartanah merupakan perlindungan tambahan kepada polisi insuran hayat. Insuran hayat masih perlu. Jangan harap kepada hartanah sahaja. Bila kita dah tiada misalnya, anak dan isteri mungkin perlukan wang dengan segera untuk kelangsungan hidup. Ini adalah peranan insuran hayat.

Hartanah tak sesuai untuk jangkamasa pendek. Ye lah nak cari penyewa atau nak jual mungkin memakan masa. Jadi buatlah pilihan bijak. Dapatkan insuran hayat. Beli hartanah. InsyaAllah keluarga akan terlindung di hari sukar.

5# Kompetetif dan berdaya saing

Sebagai seorang yang makan gaji sahaja, anda mungkin agak susah untuk berniaga kerana kekurangan masa, tiada minat dan tiada darah niaga dalam diri. Tapi, itu bukan alasan untuk kita tidak boleh tambah pendapatan kita. Dan melalui pelaburan hartanah, ia adalah cara terbaik kerana pengurusannya yang lebih mudah.

6# Konsep 1 Rumah, 1 Anak

Salah satu punca kenapa ramai yang membuat “personal loan” adalah untuk perbelanjaan barang keperluan anak-anak seperti
susu, lampin dan lain-lain. Kuasa beli anak-anak lebih tinggi dari orang dewasa. Oleh itu, dengan menjadikan rumah sebagai aset untuk anak, lebihan tunai dari sewa boleh dijadikan duit perbelanjaan bulanan mereka. 

kesilapan beli rumah pertama

7# Yuran pembelajaran

Melalui pemilikan hartanah, teknik “refinancing” atau “topup loan” mampu memberi tunai kepada pemilik rumah. Tunai tersebut boleh dijadikan sebagai yuran pembelajaran di sekolah atau di universiti. Dan lebih baik lagi, kita mampu untuk menghantar anak ke universiti yang lebih baik lagi.

8# Kenaikan Gaji Tidak Selinear Kenaikan Harga Rumah

Dikatakan sepanjang 10 tahun lepas pendapatan permulaan untuk yang baru berkerja tidak banyak berubah.Bahkan ada sektor mengalami penurunan kerana persaingan dan lambakan graduan. Yang dah berkerja, kenaikan tahunan pula mungkin sangat minima. Kadar masa sama kenaikan harga hartanah boleh mencecah 6-12% setahun.

Kalau ikut statistik ini, untuk rumah berharga RM200,000 misalnya, anda perlu bayar mungkin sekitar RM212,000 untuk beli rumah sama pada tahun berikutnya. Bayangkan terlewat dua atau tiga tahun. Impaknya nahh! Nak lagi dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat. Walaupun gaji kita RM5000, tahun berikutnya RM5000 tersebut mungkin nilainya dah susut. Harga barang naik, bil naik, yuran tadika anak naik. Semua naik. Yang turun..mungkin baki akaun bank sahaja. Maka kalau tak beli rumah secepat mungkin, makin sukarlah nak kejar harga rumah tersebut.

9# Beli Rumah Sebagai Forced Saving

Ada orang cakap, nak ada duit, menyimpan sajalah sejak kecil. Hakikatnya berapa kerat sahaja yang mampu menyimpan secara konsiste dan tidak bocor? Tak ramai.

Kalau anda ada kesukaran nak menyimpan, belilah rumah. Ianya suatu bentu simpanan paksa atau forced savings. Hujung bulan mesti kena bayar.

“Tak bayar aku lingkupkan hang”, bank kata. Sekalipun anda duduk rumah tersebut dan tiada pendapatan sewa, ianya bakal menjadi ‘forced savings’ dengan kenaikan harga rumah yang bakal diperoleh. Misalnya jika anda beli rumah RM100,000 dengan bayaran bulanan RM500. Walaupun setahun bayar RM6000, anda boleh dapat balik bayaran tu dengan kenaikan harga rumah.

Tapi kena beli rumah yang betul la. Beli yang mengarut ke laut juga nanti. Ada yang beli rumah terutama underconstruction, dah siap nilai rumah berkurang RM100,000. Itu bukan forced savings. Itu cari bala. Bila terbeli terpaksa tunggu lama untuk dapat balik RM100,000 yang hilang tu.

10# Jadi Orang Yang Lebih Ilmu

Paling penting, melalui pelaburan hartanah kita mampu menjadikan diri kita seorang yang lebih berilmu dan boleh memberi manfaat kepada orang lain. Pengurusan kewangan yang baik akan menggalakkan satu “environment” yang sihat. Juga, kita mampu mendidik keluarga kita sendiri yang masih lagi tidak tahu akan pengurusan kewangan yang baik.

Anak muda yang bijak dalam menguruskan masa depan akan memikirkan kesemua 10 perkara di atas ini.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *