Menjadi impian setiap orang untuk memiliki rumah yang sepenuhnya menjadi hak milik persendirian. Ringkas kata, memiliki rumah secara mutlak atau bebas hutang.
Hari ini, dengan perkembangan ilmu tentang hartanah dan susunan strategi yang bijak, bukan orang kaya sahaja yang mampu membina dan memiliki rumah secara ‘cash’. Pekerja di sektor awam mahu pun swasta juga mampu membina rumah secara tunai.
Bagaimana?
Rahsia Buat Rumah Di Atas Tanah Milik Sendiri Secara Tunai.
Dengan perancangan yang betul, tidak mustahil impian untuk membina rumah di atas tanah sendiri secara tunai menjadi kenyataan.
Satu cara yang menjadi kegemaran ramai adalah membeli rumah di bawah paras kemampuan semasa muda di lokasi yang strategi. Rumah sebegini lebih mudah dijual selepas beberapa tahun. Elakkan membeli hartanah premium kerana tidak ramai yang mampu membelinya.
Sebelum membeli rumah, buatlah kajian dan analisi terlebih dahulu tentang faktor-faktor yang membantu mem’boost’kan lagi nilai hartanah tersebut di masa akan datang.
Hari ini, banyak seminar hartanah yang dianjurkan oleh mereka yang berpengalaman dalam sektor hartanah di Malaysia. Sertailah majlis sebegini demi menimba secebis ilmu.
Wajib ada ilmu beli rumah, baru dapat rumah yang naik harga tinggi dan senang dijual nanti
Apa Nak Dibuat Dengan Rumah Murah Yang Dibeli? Sewakan Atau Jadikan Homestay Untuk Pelancong.
Jika anda berasal dari Melaka dan mempunyai ramai saudara mara di sana, bolehlah beli rumah di Melaka dan tukarkan menjadi homestay. Lokasi tepi pantai atau dekat kawasan peranginan adalah bonus untuk homestay sentiasa laku. Boleh lihat contoh homestay di Melaka dalam senarai dibawah.
#1 Homestay Tepi Pantai Melaka
Homestay di tepi pantai sentiasa menjadi rebutan ramai terutama pada waktu cuti sekolah. Selain daripada suasana yang damai ditambah pula mendengar bunyi ombak, anak-anak pasti seronok dapat mandi-manda air laut pada waktu pagi dan petang.
Pengalaman menginap di homestay di tepi pantai pasti berbeza dengan menginap di tempat lain.(Rujukan dari ibusyurga)
#2 Homestay Tengah Bandar Melaka
Yang tak berpeluang memiliki homestay di tepian pantai, jangan risau. Homestay di tengah bandar Melaka juga mempunyai keunikan tersendiri.
Bagi yang selalu ke Melaka, pasti sudah tertarik dengan kepelbagaian masakan yang ada di sana. Di tengah-tengah bandaraya Melaka iaitu Bandar Hilir sahaj mempunyai berpuluh kedai makan yang sendiri menjadi carian ramai pengunjung. Ini adalah satu keunikan Melaka. Pengunjung-pengunjung ini pastinya akan mencari homestay yang berdekatan dengan Bandar Hilir atau Ayer Keroh bagi memudahkan perjalanan Jalan-jalan Cari Makan mereka. Contohnya, Homestay Terataka Kasih Bandar Hilir Melaka ini sendiri penuh dengan tempahan pengunjung dari luar Melaka.
Jangan tak tahu, homestay yang terdapat di Melaka ni antara yang terlajak laris di Malaysia pada setiap masa. Mana taknya, selain dari tempat-tempat bersejarah di Malaysia, banyak lagi tempat menarik di Melaka yang boleh dijadikan lokasi percutian untuk sekeluarga. Bukan sahaja siang, Melaka pada waktu malam juga menyediakan pemandangan yang sangat cantik.
Contohnya, menaiki Melaka River Cruise pada waktu malam di Sungai Melaka, umpama berada di Venice Itali! (Rujuk blog sukamakanjalan)
Opss..jangan kata kami ini ‘bias’ kepada Melaka kerana kami sentiasa bercuti ke sana. Sebenarnya, di tempat lain juga boleh je nak beli rumah asalkan anda mendapat manfaat. Contohnya, sekiranya anda berasal dari Cameron Highland, bolehlah mencari rumah di kawasan sana. Siapa kata homestay di Cameron Highland tidak menjadi carian ramai?
Dalam artikel di blog ini sahaja, menyenaraikan 10 Homestay murah di Cameron Highland yang sentiasa mendapat tempahan penuh terutama musim cuti sekolah. (Baca lagi di blog ini)
Jual Rumah Tersebut Sebelum Pencen. Ini Cara Jual Rumah Cepat.
Cara paling cepat untuk memiliki sejumlah tunai yang banyak adalah dengan menjual rumah-rumah yang dimilikI pada usia muda, sebelum pencen. Rumah tersebut dibeli pada usia muda iaitu pada 20 tahun yang lepas, jika dijual pada hari ini, pasti akan memberi hasil yang lumayan. Hasil jualan ini akan dijadikan modal untuk membeli tanah dan membuat rumah secara tunai.
Proses menjual rumah dapat diselesaikan dengan cepat jika anda tahu caranya.
Ada 11 Langkah yang perlu diambil semasa proses menjual rumah:
- Periksa info mengenai rumah yang akan dijual. Antara maklumat penting yang perlu kita dapatkan ialah
- Semak samada rumah tersebut adalah lot bumiputera atau bukan.
- Adakah tanah tersebut berstatus pegangan bebas (free hold) ataupun pegangan sementara (lease hold).
- Periksa semula dokumen pembiayaan perumahan samada mempunyai penalti sekiranya rumah dijual dalam “lock in period”.
2. Buat sedikit analisis tentang harga pasaran rumah di kawasan perumahan yang ingin dijual. Selepas itu, letakkan harga yang kompetetif, iaitu tidak melebihi harga pasaran & tidak pula terlalu murah.
3. Pemilik rumah melantik ejen hartanah bertauliah. Pada peringkat ini kita mempunyai pilihan samada ingin menjual sendiri hartanah tersebut, ataupun melantik perunding hartanah yang mahir dengan selok belok bidang ini.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah baca artikel ini: https://www.dawaibesi.com/2020/04/proses-jual-rumah-cepat-ejen-hartanah.html
4. Lantik peguam hartanah yang berpengalaman.
5. Senarai pendek bakal pembeli yang berminat. Dapatkan yuran tempahan (booking fees) dari pembeli yang serius, yuran ini kebiasaanya adalah 3% dari nilai hartanah yang ingin dijual.
6. Menandatangani penjanjian jual beli (Sale & Purchase Agreement – S&A / S&P).
7. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan seorang perunding hartanah bertauliah, anda perlu melunaskan bayaran komisyen 3% kepada agensi hartanah selepas dokumen penjanjian jual beli (S&P / S&A) ditandatangani.
8. Sekiranya rumah yang dijual masih mempunyai baki pembiayaan yang belum dilangsaikan, bank akan memberikan pembeli tempoh selama 3 bulan supaya melangsaikan baki tersebut.
Tempoh tambahan selama 1 bulan akan diberikan oleh bank jika baki ini tidak dapat dilakukan dalam tempoh 3 bulan tersebut. Tetapi, penalti yang dikira harian akan dikenakan dalam tempoh 1 bulan tersebut, bagi setiap hari diambil.
9. Peguam akan menguruskan penukaran nama di atas geran dengan syarat pihak bank telah menerima transaksi bayaran dari pembeli.
10. Pembeli rumah mesti melangsaikan baki pembiayaan hartanah kepada penjual selepas urusan penukaran nama di atas geran selesai dilakukan peguam.
11. Pembeli akan menerima kunci dari penjual, selepas penyerahan baki wang jualan rumah telah dilakukan pembeli.
Selepas proses jual beli ini selesai, anda boleh menggunakan duit tunai yang diperolehi untuk membina rumah idaman di atas sebidang tanah milik sendiri.
Selepas Jual Rumah, Pastikan Kita Beli Tanah Yang Sesuai. Ini Cara Elak Salah Beli Tanah.
Jika anda tersalah membeli tanah untuk dibina rumah, pasti pening kepala nak selesaikan semua masalah ini.
Ini ciri-ciri tanah yang perlu diberi perhatian sebelum membeli;
- Periksa zon tanah yang ingin dibeli dari jenis kediaman.
- Pastikan tanah tersebut mempunyai geran individu
- Infrastruktur dihadapan lot tanah telah pun disiapkan.
- Saiz lot tanah yang ideal untuk membina rumah.
- Kedudukan lot tanah banglo di atas geran.
- Bentuk tanah yang ingin dibeli.
- Bentuk muka bumi.
Sebelum melakukan sebarang pembelian tanah untuk didirikan rumah, semak 7 ciri-ciri di atas terlebih dahulu. Jika anda salah membeli, pasti sejumhlah wang sehingga beratus ribu ringgit perlu dikeluarkan untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.
Contohnya, anda tidak memeriksa Ciri Ke-7 terlebih dahulu. Lalu anda terbeli tanah yang berbukit bukau ataupun tidak rata. Anda membina tembok penahan (retaining wall). Kos untuk membina tembok ini sangat mahal sekiranya tanah anda di kawasan bukit yang tidak rata. Anda bukan saja perlu bina tembok, perlu juga tambak tanah untuk mengisi tembok yang dibina. Kos untuk membina tembok ini boleh memakan sehingga ratusan ribu ringgit. Jadi, lebih menjimatkan untuk anda membeli tanah yang rata.
Rujukan: https://www.dawaibesi.com/2020/03/ciri-ciri-tanah-lot-banglo-yang-wajib.html
Tanah Mahal Sekarang Ini. Sebab Itu Ramai Bina Rumah 2 Tingkat Supaya Lebih Luas. Ini Contoh Rumah Banglo 2 Tingkat. Dapat Pelan Percuma.
Beza membina rumah di atas tanah sendiri dengan beli rumah yang dah siap adalah kita boleh menghasilkan pelan rumah impian dari tiada kepada ada sama dengan apa yang dibayangkan. Best kan.
Untuk mendapatkan design pelan rumah sebelum membina rumah di atas tanah sendiri, bolehlah consult atau berdiskusi dengan pihak kontraktor. Bincanglah sehingga anda berpuas hati dengan mahligai yang bakal anda bina. Untung-untung dapat pelan percuma seperti yang disediakan oleh pihak Nas Nuri Construction ini.
Kontraktor Rumah Yang Bagus Adalah Yang Boleh Uruskan Semua Dari A Hingga Z.
Kontraktor Rumah Yang Bagus Adalah Yang Boleh Uruskan Semua Dari A Hingga Z.
Sudah jelas dengan rahsia bina rumah di atas milik sendiri? Ianya bukan perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh waktu yang singkat dan main-main. Ianya memakan masa yang lama, modal yang besar dan ilmu tentang buat rumah di atas tanah sendiri. Namun, ianya tidak mustahil dilaksanakan.
Selain masa, ilmu dan wang ringgit, pendapat atau nasihat daripada pakar hal ini amat diperlukan supaya anda tidak mengalami kerugian di masa akan datang. Hari ini, ada banyak syarikat kontraktor yang menyediakan perkhidmatan membina rumah di atas tanah sendiri. Awas. Jangan tersalah pilih kontraktor!
Antara kontraktor banglo berkualiti yang menjadi pilihan ramai di Selangor, Nas Nuri Construction.
Nas Nuri Construction berpengalaman dalam projek membina banglo berkualiti sehingga rumah anda dikagumi para tetamu dengan kontrak yang jelas & tanpa kos tersembunyi.
Nak tengok projek-projek yang telah disiapkan oleh syarikat Nas Nuri Construction ini?
Boleh layari laman perkongsian Dawaibesi.com-Kontraktor Rumah Banglo untuk melihat banglo-banglo yang dibina di atas tanah sendiri , berserta dengan kos pembinaan.
Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah menghubungi no kontek yang dikongsikan di artikel tersebut.
Semoga impian anda untuk memiliki rumah secara tunai di atas tanah sendiri dimakbulkan oleh Allah SWT!
Ya. Tanah sekarang ni memang dah terlalu mahal. Kalau boleh binalah rumah yang 2 tingkat kan untuk maksimakan tanah yang sedia ada.