July 2, 2020

Nak Buat Apa Dengan Lebihan Duit Semasa PKP?

Lebihan duit semasa PKP? Pasti ramai yang terkejut membaca tajuk posting ini kan? Apa benda merepek ini, kata semasa pelaksanaan PKP, tak boleh nak bekerja, tiada pendapatan, ekonomi meleset dan macam-macam lagi. Ya, itu yang kita banyak dengar semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac 2020 yang lepas.

Tetapi, ada juga yang bernasib baik. Ada yang masih mempunyai pendapatan tetap, ada yang mendapat Bantuan Prihatin, ada yang memohon pengeluaran KWSP i-Lestari dan ada yang mempunyai lebihan tunai melalui moratorium. Itu yang nyata.

Kalau korang sedar, ada lagi penjimatan yang menyumbang kepada lebihan tunai semasa PKP iaitu penjimatan petrol kereta kerana pergerakan terbatas, bajet tol tidak digunakan, diskaun bil elektrik, diskaun bayaran duit kelas pra-sekolah anak atau pengasuh dan lain-lain lagi.

Kira Lebihan Tunai Semasa PKP

Ada kira?

Katakan bajet petrol bulanan korang RM500, mungkin sepanjang April, korang hanya guna RM50 peruntukan petrol. Korang akan mempunyai lebihan tunai RM450.

Katakan bajet tol bulanan korang RM100, mungkin sepanjang April, korang hanya guna RM10 peruntukan itu. Korang mempunyai lebihan tunai RM90.

Daripada dua peruntukan ini sahaja, korang mempunyai lebihan tunai RM550.

Itu belum kira lebihan tunai RM500 daripada Bantuan Prihatin. Ditambah pula dengan duit KWPS i-Lestari yang mula dikreditkan pada 4 Mei 2020, katakan korang memohon RM500.

Setakat 4 Mei 2020 sahaja, korang sudah mempunyai lebihan tunai sebanyak RM1550. Ditambah pula dengan duit Bantuan Prihatin agihan kedua pada bulan ini sebanyak RM500, menjadikan lebihan tunai sebanyak RM2,050.00.

Satu jumlah yang banyak tu. Bagi mereka yang tidak terdesak memerlukan tunai segera, perlulah menggunakan lebihan tunai sebanyak ini dengan bijak.

Nak Buat Apa Dengan Lebihan Tunai?

Jadi, jika korang mempunyai lebihan tunai sebanyak RM2,050.00 ini, apa yang korang buat dengan duit ini?

Sebenarnya, banyak yang korang boleh lakukan dengan lebihan tunai semasa PKP. Tetapi..harus diingat, yang paling penting, pasti korang mempunyai dana kecemasan sepanjang tahun ini.

Mungkin ada yang akan menyimpan lebihan itu ke dalam satu akaun setempat. Seeloknya di simpanan yang susah nak dikeluarkan. Simpan sahaja di situ tanpa menggunakannya pada masa biasa.

Pastikan tunai tersebut boleh dikeluarkan bila-bila masa yang diperlukan.

Cadangan aku, simpanlah di tempat selamat seperti ASB, Tabung Haji.

Pendek kata, simpan RM1, masa nak keluar pun masih ada RM1.

Simpan Di Simpanan Rendah Risiko

Jika ada peruntukan lebih dengan anggaran tempoh masa yang lebih lama, bolehlah menyimpan di dana Unit Trust yang tidak berisiko tinggi. Simpan & peram.

Harus diingat, menyimpan atau melabur di akaun Unit Trust akan dikenakan cas permulaan. Menyimpan dalam tempoh yang singkat (kurang dari 3 tahun) adalah tidak digalakan. Ada risiko memperoleh pulangan yang lebih rendah.

Pendek kata, simpan RM1, masa nak keluar nanti, samaada akan jadi RM1.20, atau RM1, atau mungkin hanya 90 sen.

Ingat, lebihan tunai ini berfungsi sebagai dana kecemasan sehinggalah ekonomi betul-betul stabil. Pakar ekonomi mengatakan, krisis ekonomi Malaysia dan global mungkin akan berlarutan sehingga tahun depan, sekurang-kurang sehingga vaksin Covid19 tercipta dengan baik. Jadi, dana kecemasan ini amat penting kerana nasib kita pada 3,4 bulan akan datang masih belum terjamin.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Nak Buat Apa Dengan Lebihan Duit Semasa PKP?

  1. Duit lebihan yang ada saya minta suami simpan dalam akaun simpanan yang bukan ada pada saya kad nya. Ada juga masuk dalam asb, walau tak banyak tapi boleh la juga dari takde kan… sekarang minyak pun dah murah sebelum ni isi rm50 lebih baru penuh tangki myvi, sekarang 30lebih dah penuh

Leave a Reply to anakdenesor Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *