August 15, 2020

Jadual Perjalanan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.

1 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
Perak
Johor
Kelantan

2 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Melaka
Pahang

3 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
Selangor
Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Terengganu

Sebagai contoh, jika anda sekarang terkandas di kampung atau hometown di Terengganu. Anda hanya dibenarkan untuk rentas negeri pada 3 Mei 2020 sahaja.

Perjalanan Gerak Malaysia adalah sehala, bukan dua hala
Gerak Malaysia perjalanan sehala, bukan dua hala

Ramai juga yang bertanya, “Mak saya sekarang terkandas di Shah Alam. Kalau saya nak hantar mak yang nak balik kampung di Johor Bahru, dan selepas itu saya nak balik semula ke Shah Alam, boleh ke?

Jawapannya, TIDAK BOLEH.

Permohonan balik kampung rentas negeri (semasa PKP)
Terlalu ramai yang bertanya, adakalah ini permohonan untuk balik kampung sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Bukan.

Permohonan Gerak Malaysia ialah permohonan balik bandar selepas terlalu lama terperangkap dan terkandas di kampung.

Secara ringkasnya:

Balik ke bandar (rumah anda) dari kampung mak ayah / mertua
Mohon melalui Gerak Malaysia
Balik ke kampung (rumah anda) dari kampung mak ayah / mertua
Mohon melalui Gerak Malaysia
Balik kampung mak ayah / mertua untuk sambut Hari Raya sempena PKP
Tidak dibenarkan
Balik kampung mak ayah / mertua untuk sama-sama berbuka puasa bulan Ramadan semasa PKP
Tidak dibenarkan
Balik kampung mak ayah / mertua untuk jumpa orang tua sewaktu PKP
Tidak dibenarkan
Contoh rentas negeri adalah seperti berikut:

Dari Terengganu, mahu balik ke Selangor
Dari Kelantan, mahu pulang semula ke Kuala Lumpur
Dari Kedah, mahu balik ke Pahang
Dari Melaka, mahu pulang ke Perlis
Dari Negeri Sembilan, mahu pulang ke Perak

Permohonan pergerakan antara negeri

Soalan lazim mengenai GerakMalaysia
Bila boleh semak status permohonan Gerak Malaysia?
Semakan status permohonan Gerak Malaysia akan dimaklumkan bermula pada 1 Mei 2020 nanti.

Bila boleh mula bergerak dari kampung ke bandar?
PDRM memberi masa tiga hari iaitu pada 1-3 Mei 2020 bagi orang ramai melakukan pergerakan antara negeri (inter-state).

Saya tak pandai guna app Gerak Malaysia. Apa nak buat?
Jangan bimbang. Permohonan Gerak Malaysia juga boleh dibuat secara bertulis di balai polis berdekatan. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia. Boleh ikuti cara buat permohonan Gerak Malaysia seperti di atas.

Adakah saya perlu kemaskini Gerak Malaysia?
Ya. Mereka yang membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia perlu kemaskini permohonan pada 29 April 2020 untuk mengesahkan destinasi perjalanan.

Saya akan gunakan highway. Kedai makan buka atau tidak?
Bagi sesiapa yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), adalah diingatkan bahawa, tiada sebarang kemudahan makanan akan disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R)

Saya nak solat di surau di lebuhraya. Boleh ke?
Surau-surau akan ditutup dan sebarang aktiviti solat berjemaah di R&R tidak dibenarkan. Ini termasuk di dalam mana-mana bangunan, kawasan lapang, tempat letak kereta dan lain-lain

Saya bawa keluarga dan anak-anak kecil. Takut anak nak terkencing. Tandas di highway PLUS buka atau tidak?
Ya, boleh guna tandas. Perlu diingatkan, hanya fasiliti tandas sahaja yang dibenarkan beroperasi.

Di R&R, bolehkah saya jalan-jalan keluar untuk rehat dan ambil angin?
Kawasan meletak kenderaan hanya dibenarkan untuk tujuan rehat sahaja. Pengguna lebuh raya tidak dibenarkan keluar daripada kenderaan semasa dalam tempoh rehat kecuali untuk menggunakan tandas awam.

Stesen minyak di highway buka atau tidak?
Stesen minyak hanya akan beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam di sepanjang lebuh raya dan dilarang melalukan sebarang aktiviti secara berkumpulan dalam tempoh perjalanan.

Macam mana nak tahu lebih lanjut tentang Gerak Malaysia?
Kenyatan media berhubung tatacara pendaftaran aplikasi Gera kMalaysia akan dikeluarkan. Ini akan diikuti dengan satu sidang media pada 29 April 2020 mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan perjalanan anda lancar dan teratur

Di ruangan Residential Address, perlu masukkan alamat kampung mak saya atau alamat rumah saya di bandar?
Residential Address ialah yang anda TERKANDAS sekarang.

Apa maksud Rentas Negeri?
Dalam Bahasa Inggeris, ia dipangil Interstate Travel. Contohnya, dari kampung di Kota Bharu, Kelantan dan mahu kembali ke Shah Alam, Selangor.

Saya guna Android rooted device. Adakah boleh download dari Google Play atau perlu download APK?
Untuk download dari Google Play Store menggunakan Android rooted device, belum dapat dipastikan lagi. Anda boleh cuba dan kongsikan dengan kami. Dan berkenaan APK, mengikut pemahaman kami, tidak ada Gerak Malaysia APK. Perlu download terus dari Google Play Store

Benarkah ada Gerak Malaysia online application form, atau borang online yang perlu diisi?
Tidak ada online application form bagi Gerak Malaysia yang boleh diisi menggunakan web browser atau sistem online. Anda memerlukan smartphone dan perlu download app Gerak Malaysia. Borang permohonan ada dalam app ini.

Hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat lanjut
Hasil penelitian kami, tidak ada nombor telefon yang boleh dihubungi.

Walalu bagaimanapun, jika anda mahu maklumat lanjut dan bantuan berkenaan Gerak Malaysia, boleh hantar email kepada alamat email di bawah:

info@gerakmalaysia.gov.my
feedback@gerakmalaysia.gov.my
maklumbalas@gerakmalaysia.gov.my
aduan@gerakmalaysia.gov.my
complaint@gerakmalaysia.gov.my
Anda juga boleh terus ke laman rasmi Gerak Malaysia di https://gerakmalaysia.gov.my. Terdapat maklumat sahih dan lengkap, termasuk FAQ yang bakal menjawab segala persoalan anda.

Akhir kalam
Manfaatkanlah kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ini.

Janganlah pula buat perkara yang bukan-bukan dan melanggar undang-undang.

Hati-hati memandu. Jika mengantuk, baca dahulu cara hilangkan mengantuk ketika memandu dan baca doa naik kenderaan.

Diharapkan agar cara permohonan Gerak Malaysia ini akan menghilangkan kerisauan anda.

Semoga bermanfaat.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *