April 25, 2025

Tips Beli Rumah Pertama

Sebelum membeli rumah pertama, anda perlu tahu ada 2 pilihan dalam market:

1) Subsale (second-hand)

2) Project (undercon)

Ini adalah 3 langkah ringkas yang anda perlu fikir sebelum membeli rumah.

Langkah 1: Tentukan kemampuan kewangan

Mesti anda pernah terfikir, “Dengan gaji RM3,000, macam mana nak beli rumah?” Sebenarnya kalau anda Google, ada beberapa calculator yang anda boleh guna pakai:

Affordability Calculator: Masukkan gaji dan komitmen bulanan, dia kirakan berapa banyak pinjaman yang mampu.

Home Loan Calculator: Kalau dah tau jumlah pinjaman dan berapa lama bayar, kalkulator ni hitung bayaran bulanan.

Secara ideal, bayaran pinjaman tak patut lebih dari 1/3 gaji kasar. Jadi, kalau gaji RM3,000, bayaran bulanan rumah tak boleh melebihi RM900 sebulan.

Jangan lupa yang lain ada lagi kena bayar seperti duit muka, yuran guaman, cukai, semua tu.

Langkah 2: Mohon Pinjaman Rumah

Nak pinjam duit, tunjuk resit bayaran tempahan (booking fee) kepada bank. Kumpul semua dokumen ini:

  • Resit bayaran tempahah
  • Kad pengenalan/pasport
  • Slip gaji 3 bulan latest
  • Penyata bank 3 bulan latest
  • Resit cukai pendapatan
  • Penyata EPF

Langkah 3: Tandatangani SPA Lepas Pinjaman Approve & bayar balance

Fahamkan step SPA dan pinjaman rumah ni betul-betul:

  • Bayar jumlah deposit (ini bergantung pada developer) dan sign OTP form (Offer To Purchase)
  • Biasanya, pinjaman approve dalam 3 hari bekerja kalau profile anda tiada masalah. Lepastu boleh sign Loan Offer letter (LO).
  • Dalam 2-3 minggu selepas sign, dah boleh sign SPA dan bayar balance downpayment. Pastikan pinjaman dah approve sebelum tandatangan SPA.
  • Kalau pinjaman tak approve, beberapa pemaju tak refund deposit. Tapi, waktu sign OTP form, boleh minta persetujuan refund kalau pinjaman tak lepas (kena ada bukti tulis dari bank).
  • Selain duit muka, kena bayar yuran lain: yuran guaman SPA, yuran guaman loan, Memorandum of Transfer, stamp duty.

Apabila anda sudah memahami langkah-langkah di atas, bolehlah mencari rumah pertama anda yang sesuai dengan anda.

1# Beli rumah yang berdekatan dengan tempat kerja. Contohnya jarak 20km ke 30km masih dikira dekat.

2# Beli rumah dekat dengan kawasan yang ada Taska / Tadika / Sekolah rendah. Mungkin anda perlukan sebab anda sedang atau bakal memiliki cahaya mata.

3# Kawasan kejiranan yang matang. Tengok ada jiran kiri kanan depan dan belakang. Bukan rumah yang selang 5 pintu, rumah kosong baru jumpa jiran.

4# Ronda waktu hujan. Untuk elakkan membeli rumah di kawasan banjir, waktu hujan adalah waktu sesuai untuk tengok kawasan adakah ia bebas banjir.

5# Kenali pemaju yang selamat untuk dibeli rumah projeknya. Jangan terbeli dengan pemaju yang telah diblacklist. Pemaju diblacklist sebab ada projek yg terbengkalai atau banyak projeknya ramai pembeli bankrupt atau projek sakit.

6# Ketahui boost factor sesuatu kawasan. Contohnya di kawasan rumah ada sekolah, masjid atau surau, pasaraya besar dan lain-lain yg menjadi penyumbang untuk penjualan semula di masa akan datang.

7# Rumah yang dekat dengan akses road adalah rumah yang disukai ramai orang. Contohnya dekat dengan akses ke Sungai Siput, jalan Kuala Kangsar atau highway Plus.

#tipsbelirumahpertama #tipsbelirumah

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *