Pertama kali melihat risalah tentang perumahan baru, Eka Height, terdetik di hati, “Wow..rumah impian semua orang!!..”
Pembangunan eksklusif ini oleh Matrix Concepts Sdn Bhd ini bukan sekadar tempat untuk tinggal. Eka Height direka sebagai hamparan kanvas untuk bab seterusnya. Ianya menggabungkan ketenangan, kehidupan moden, dan pelbagai kemudahan yang menjadikannya tempat yang sempurna untuk dipanggil rumah.

Tentang Eka Heights
Bayangkan anda bangun setiap hari di persekitaran yang tenang dan hijau, dengan bunyi alam dan kemudahan kehidupan moden di depan pintu anda. Eka Heights merangkumi lebih dari 371 ekar hartanah utama di Seremban Barat dan merupakan pembangunan utama dalam Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV), sebuah projek gah yang bertujuan untuk mengembangkan kawasan Kuala Lumpur Raya. Direka untuk mereka yang mementingkan komuniti.
Eka Heights turut menawarkan sebuah tempat perlindungan di mana keluarga tinggal bersama dan mencipta kenangan sepanjang hayat.

Kisah Kejayaan Eka Heights
Eka Heights telah membuktikan daya tarikannya dengan kejayaan pelancaran Precinct 3 dan Precinct 10, yang menawarkan rumah pautan satu dan dua tingkat. Permintaan yang tinggi menyebabkan semua unit terjual dengan cepat terutama kepada pembeli rumah yang mementingkan keselesaan, kemudahan di kawasan perumahan dan juga pembangunan di sekeliling.
Ciri Utama Tarikan Eka Heights
Eka Heights menawarkan bukan sekadar rumah. Ia turut menawarkan gaya hidup yang memenuhi pelbagai keperluan. Sama ada anda mempunyai keluarga yang lengkap, seorang profesional muda, atau seseorang yang mencari tempat percutian yang tenang, semua itu ada di sini.
- 371.79 ekar tanah yang lengkap dengan pembangunan terkini
- 3,620 unit kediaman yang menawarkan pelbagai pelan, memastikan ada sesuatu untuk setiap gaya hidup dan saiz keluarga.
- 25 unit komersial yang membawa kemudahan terus ke depan pintu anda dengan perkhidmatan dan runcit yang penting.
- Taman Mageka seluas 15.5 ekar, pusat komuniti yang menawarkan ruang hijau subur untuk bersantai, rekreasi, dan bersosial.
- Keselamatan adalah keutamaan di Eka Heights. Pagar perimeter dan Pondok Rukun Tetangga yang ditempatkan secara strategik memastikan penduduk menikmati ketenangan fikiran, persekitaran yang selamat untuk anda dan keluarga.
Lokasi Utama dan Aksesibiliti
Lokasi adalah segalanya. Eka Heights berada pada lokasi yang terbaik. Terletak di Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV), pembangunan ini dikelilingi oleh kawasan kejiranan yang matang dan menawarkan sambungan yang cemerlang.
Lebuhraya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jaringan KLIA memudahkan akses ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan destinasi penting lain. Sama ada anda ke tempat bekerja atau berjalan-jalan di kawasan bandar, Eka Heights meletakkan anda di tengah-tengah semuanya.
Ruang Hijau: Taman Mageka – Alam Semualajadi di Depan Pintu Rumah Anda

Di tengah-tengah Eka Heights terletak Taman Mageka, sebuah oasis hijau seluas 15.5 ekar yang direka untuk memupuk kehidupan komuniti. Ia lebih daripada sekadar taman, juga adalah tempat di mana penduduk berkumpul untuk berehat, bermain, dan membina hubungan yang berkekalan. Taman ini menawarkan:
- Sebuah tasik seluas 8 ekar, tempat terbaik untuk beriadah santai di waktu petang atau berkelah di tepi air.
- Kawasan bermain seperti buaian gergasi, rumah pokok, dan gelongsor arnab , ideal untuk pengembaraan kanak-kanak.
- Plaza Sundial, menawarkan lokasi terbaik untuk bertemu rakan atau menikmati perhimpunan keluarga.
- Kemudahan rekreasi yang menggalakkan gaya hidup aktif, daripada berbasikal hingga berjoging.

Ika Heights: Kediaman Yang Disesuaikan dengan Gaya Hidup Anda
Di Eka Heights, bukan sekadar mencari rumah. Ia adalah tentang kediaman yang melengkapi gaya hidup anda. Sama ada anda tertarik dengan ketenangan alam atau keceriaan kehidupan komuniti, Eka Heights ada segalanya untuk anda. Dari unit yang luas untuk keluarga yang makin membesar hingga rumah moden dan pintar yang direka untuk kecekapan, setiap rumah mencerminkan inovasi dan keselesaan.
Untuk merealisasikan semua ini, anda mempunyai 2 pilihan kediaman di Eka Height.
1# FERRA – 2-Storey Link Homes

Kediaman berkonsepkan “Epitome of Contemporary Living”.
Ditawarkan dengan keluasan 20’ x 70’ / 2,142 sq.ft dan dilengkapi 4 bilik tidur & 3 bilik mandi. Setiap rumah di Ferra mempunyai Smart Homes System dan pemilik disediakan keahlian Clubhouse.

2# MEORA – 2-Storey Link Homes

Kediaman berkonsepkan “Where Modern Living Meets Natures’s Embrace”
Ditawarkan dengan keluasan 22’ x 70’ / 2,245 sq.ft dan dilengkapi 4 bilik tidur & 4 bilik mandi. Setiap rumah di Meora adalah berstatus Pegangan Bebas, kediaman yang luas, mempunyai Smart Homes System dan pemilik ditawarkan Kemudahan Komuniti Eksklusif.

Kepada mereka yang sedang mencari rumah baru yang serba lengkap, moden dengan harga berpatutan, bolehlah mula mengorak langkah pertama dengan pihak Matrix Concepts. Beli rumah di Eka Heights dan nikmati hidup sebenar.
Pada mereka yang berminat, boleh hubungi pihak MATRIX untuk maklumat lanjut di Whatsapp: https://wa.link/ghtaxx
Instagram @ matrix_concepts
Facebook @ matrixconceptshomes
Konsep yang menarik, ha boleh masuk wishlist ni!
Fall in love with all the facilities and the layout!
Wahhh… Eka Heights ni bukan ‘biase-biase’. Rumah moden luas dan selesa dengan sistem pintar, dikelilingi kehijauan…. dah tentulah buat setiap hari rasa tengah ber holiday!
Seronok la sape beli rumah kat sini.. Siap ada taman yang cantik. Rumah pun ada smart home features 🤗
Ferra tu cam sesuai je untuk I. Tawaran dia pun menarik dan kemudahan dia memang terbaik.