Beberapa tahun lepas, aku ada mengambil alih satu akaun pelaburan daripada ejen lain kepada bawah seliaan aku. Pelabur ini mengambil keputusan untuk tukar ejen unit trust kerana tidak menerima servis yang memuaskan hati beliau. Tambahan pula, pada masa itu, kerugian yang dialami agak teruk, sehingga kerugian sebanyak lebih 15% daripada pelaburan hampir 6 angka beliau. Lagi menyedihkan, dana ini sudah pun berusia lebih 6 tahun.
Sedia maklum, pelaburan unit trust ini ada pasang surutnya mengikut status ekonomi terkini. Namun aku percaya, bukan kerugian itu yang dikisahkan. Pelaburan unit trust ni bersifat jangka masa panjang dan aku yakin pelabur itu masih boleh menunggu saat keuntungan yang bakal tiba.
Malangnya, ejen beliau pada masa itu tidak mengambil tindakan yang sewajarnya seperti memberi penerangan status semasa akaun pelaburan beliau dan strategi yang boleh diambil apabila pelabur menghadapai situasi sebegitu. “Bad after sales service” adalah sangat tidak disukai oleh ramai pelabur..
Jadi, setelah diselidiki, ada 3 sebab kenapa beliau rugi dalam pelaburan unit trust itu.
#1 Pemilihan Dana Yang Salah.
Ada ramai ejen yang tidak tahu cara dan strategi sebenar memilih dana pelaburan yang tepat. Dalam syarikat unit trust, ada banyak dana ditawarkan. Dana-dana ini mempunyai kepelbagaian sifat dan perlu strategi yang berlainan untuk ‘menang’ dalam pelaburan. Kebanyakan ejen hanya mengikut cadangan dalam group agency mereka tanpa mengetahui cara sebenar memilih dana yang tepat untuk pelabur mereka.
#2 Tiada Lock Profit Dilakukan
Pelaburan unit trust ada turun naiknya. Keuntungan (Profit) yang dapat pada hari ini belum tentu ‘confirm’, hanya di atas kertas(on paper). Bila-bila masa boleh bertukar Rugi (Loss) kerana perubahan harga unit yang menurun kerana beberapa faktor semasa. Sepatutnya, semasa berada dalam status UNTUNG, ejen ini membuat Lock Profit untuk merealisasi dan melindungi keuntungan semasa.
#3 Tambah Pelaburan Pada Masa Yang Salah.
Bagi pelaburan menggunakan akaun KW$P, pengeluaran boleh dilakukan setiap 3 bulan. Ejen sepatutnya mengkaji dan menganalisa dana pelaburan sebelum menambah pelaburan. Tiada simulasi harga dilakukan akan merisikokan kos per unit dana pelabur akan meningkat. Ini menyebabkan Loss semakin besar sebab gap di antara kos per unit dengan harga semasa menjadi sangat besar. Sikap ‘buta-buta’ labur setiap 3 bulan ada perkara yang tidak tepat. Mungkin ejen ini mengejar komisyen bulanan sahaja. Sepatutnya, penambahan unit dibuat pada masa yang betul bagi merendahkan kos per unit.
Kesimpulan
Walaupun pelaburan unit trust ini lebih rendah risiko dan boleh diurus, aku nasihatkan, pelabur unit trust juga perlu ada ilmu. Bukan sekadar melabur dan percaya bulat-bulat kepada ejen. Jadi, kenalah cari dan engage ejen yang betul-betul komited dan boleh berkongsi ilmu dengan pelabur. Bukan hanya tahu minta ‘tambah pelaburan’ tanpa alasan yang konkrit.
Aku lebih suka ‘educate’ pelabur aku supaya mereka lebih faham seni melabur yang sebenar. Pada awalnya, aku menyertai pelaburan unit trust ini kerana minat mendalam dalam seni pelaburan. Selepas itu, aku membuat keputusan untuk menjadi Unit Trust Consultant dan explore lebih mendalam lagi dalam industri ini di samping membantu rakan-rakan yang ingin melabur dalam pelaburan Unit Trust. Boleh hubungi aku untuk sesi diskusi (H/P: 6017-2101282)
perkongsian yang bagus untuk mereka yang nak melabur dalam unit trust