Tuntutan Medical Card yang ditolak pasti akan menghuru-harakan hidup anda sebagai pelanggan dan juga ejen takaful.
Medical Card Takaful tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1) kejadian berikut:
- Deposit upon admission – Deposit adalah satu bayaran antara kita dengan hospital swasta. Nilai deposit berbeza diantara satu hospital dgn hospital yg lain. Sama ada anda guna Medical Card personal atau company, selalu ditekankan untuk prepare duit deposit, min RM300
- Ada penyakit sedia ada sebelum Tarikh Sijil berkuatkuasa dan tidak di’declare’.
- Diagnostic tool tak cover –
- Rawatan penyakit sedia ada dalam tempoh 120 hari selepas Tarikh Sijil berkuatkuasa. Penyakit Spesifik adalah seperti: Hipertensi, diabetis mellitus dan penyakit kardiovaskular, semua jenis tumor, batu dalam sistem kencing, sakit berkaitan teling, hidung & mulut (ENT), Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele, Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem Pembiakan f. Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut.
- Perbelanjaan Tukar Jantina .
- Pembedahan Kosmetik
- Rawatan Berkaitan Kongenital atau Penyakit Keturunan – Apa-apa jua rawatan atau pembedahan dijalankan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital (dari lahir) termasuk penyakit keturunan.
- Kehamilan Dan Komplikasi Berkaitan
- Kemasukan Ke Hospital Untuk Tujuan Check Semata-mata – Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.
- Sakit Akibat Tindakan Perang, Rusuhan, Kekecohan Awam Atau Pemberontakan.
- Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali diperlukan kerana Kecederaan akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful. Perbelanjaan yang timbul dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.
- Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.
- Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.
- Psikotik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyakit nyanyuk. (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).
- Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak.
- akit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.
- Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.
- Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.
- Caj-caj yang tidak Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau apa-apa pembedahan atau rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan, atau caj-caj yang melebihi Caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau caj-caj yang ditanggung kerana Dimasukkan ke Hospital, pra-kemasukan ke Hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas Tarikh Tamat Tempoh.
- ‘Miscellaneous’ items tak cover.
Sebab tu penting untuk kita semak & faham pelan yang kita ambil. Paling penting kena faham, Medical Card tak cover 100% ye.
Apa-apa details atau nak mohon Medical Card, boleh Whatsapp JMR: 017-2101282