December 7, 2024

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020. Apa Perlu Buat?

Petang ini, Perdana Menteri Malaysia telah membuat pengumuman penting iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir pada 31 Mac, bakal dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Pelbagai respon orang awam tentang pengumuman ini. Yang aku baca, rata-rata memberi respon positif sebagai tanda menyokong usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19.

Yang paling terkesan semestinya mereka yang terlibat secara langsung dengan kesan penularan wabak ini. Ekonomi pasti terjejas dan memberi impak secara langsung kepada ramai orang sama ada pekerja makan gaji atau pun usahawan.

Apa Yang Perlu Buat Bila Ekonomi ‘Downtrend’?

Nak tak nak, kita semua kena terima hakikat yang ekonomi Malaysia bakal terjejas terus akibat wabak Covid-19. Tambahan pula, harga minyak dunia jatuh teruk dan memberi kesan secara langsung kepada Malaysia. Dan juga, Ringgit Malaysia yang merosot berbanding US Dollar. perlu buat bila ekonomi ‘slow’ sekarang kesan dari COVID -19 ?

1# Jangan Panik

Aku tahu, bila diumumkan Perintah ini dilanjutkan lagi dua minggu, ramai yang terfikir-fikir nasib mereka. Jangan panik. Bukan kita sorang terkesan, ramai turut terkesan.

Susun strategi dan guna kelebihan yang kerajaan kasi sekarang untuk plan masa depan. Kita tak tahu kesan ekonomi ni sampai bila.

Semalam ada dengar tentang Bank Negara benarkan penangguhan hutang bank atau moratorium.

Contoh Loan yang ada.

Rumah = RM1,100
Kereta = RM800

Tambahan.

Duit KWSP suami = RM500
Duit KWSP isteri = RM500

Jumlah lebihan tunai terkumpul sepatutnya RM2,900.

Ini lebihan tunai yang bakal kita ada. Bagi loan bank rumah dan kereta dah boleh jimat RM1,900. Tak perlu bayar sehingga 6 bulan. Harus diingat, ini penangguhan sahaja, bayar tetap kena bayar lepas tempoh tersebut. Tambahan pula, faedah tetap kena bayar.

Pandai-pandai nak kena buat apa dengan RM2,900 tu. Eh, ada yang cakap jangan ambil apa yang ditawarkan. Terpulang. Lain orang, lain kemampuan. Siapa yang perlu tunai, ambillah. Dalam keadaan yang belum tentu bila berakhir, dari mana kita boleh save the cash, do it. Ye, memang akan efek dalam pembayaran balik nanti, tapi yang penting masa sekarang. Orang kata, kita tangguhkan masalah pada hari ini ke hari mendatang.

Asalkan makanan sentiasa ada di rumah dan anak isteri tidak berlapar.

2# Jimat Cermat

Selama sebulan di rumah, aku pasti banyak benda yang boleh dijimatkan seperti petrol, tol dan makan. Yang pasti, dah takde aktiviti makan di luar. Hanya perlu membeli barang basah dan kering, balik dan masak di rumah.

Makanlah bersama kelurga. Mungkin kuantiti makanan lebih sedikit berbanding bulan biasa, tapi aku pasti, ianya tidak sebanyak jumlah yang perlu kita bayar apabila makan di restoran.

Kita tak tahu lagi tahap gelora ekonomi dunia yang bakap dihadapi selepas setel wabak Covid-19 nanti. Mungkin makin sakit dan makan masa untuk sembuh.

Jadi, sediakanlah payung sebelum hujan lebat.

3# Downgrade Lifestyle

Tujuan asal ‘downgrade lifestyle’ adalah untuk support point no 2 kat atas tu.

Mana perbelanjaan yang boleh dikurang, kita kurangkan.

Jika kos makan untuk makan tengahhari di kedai (office lunch hour) sebanyak RM20 (suami isteri), sebulan tak masuk ofis ni, setidaknya RM400 dah boleh dijimat.

Kos petrol juga memberi satu penjimatan hebat semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini. Jika bulan biasa, katakan aku isi petrol sebanyak RM50 untuk 3 hari (jarak ofis-rumah jauh der). Jadi, aku perlukan RM500 sebulan.

Mungkin selama tempoh PKP ini, aku hanya perlukan RM100, itu pun hanya digunakan bila perlu. Jadi, aku akan jimat lebih kurang RM400. Penjimatan penggunaan petrol kereta isteri pun lebih kurang sama, jadi seisi rumah kami dah jimat RM800 untuk perbelanjaan petrol.

Jika sebelum ini, kita asyik terbeli barangan dapur yang tidak perlu, mungkin kali ini kita terpaksa hadkan untuk barang yang betul-betul perlu sahaja. Makanan segera seperti naget & kentang goreng yang tidak sihat, perlu ditukarkan kepada makanan yang lebih sihat dan boleh dimasak sendiri. Semestinya lebih jimat dan berkhasiat. Dapat kelebihan 2 dalam 1.

Kuantiti lawatan ke McDonald atau KFC juga perlu dikurangkan. Ye la, dah stok barangan basah segar dah ada, buat apa membeli makanan segera seperti itu lagi, betul?. Poket sihat, gaya hidup pun lebih sihat.

Ada yang kata perlu potong ASTRO dan bil-bil tak perlu. Terpulang kepada individu. Contohnya, ASTRO aku dah terminate sejak sekina lama. Kami cuma perlukan Unifi sebagai penyedia internet pantas apabila berada di rumah.

Cuma aku jangkakan bil eletrik akan meningkat disebabkan penggunaan aircond (Danish cerewet asyik nak aircond jer..) etc yang melebihi kadar pada bulan biasa. Tapi tidak perlu dikhuatirkan sangat kerana TNB akan memberi sedikit diskaun sepanjang tempoh PKP ini. Betul tak?

4# Tambah Pendapataan

Lebihan RM2,900 yang kat atas tu janganlah dikira pendapatan ye. Aku ada terbaca someone cakap ada ‘lebihan’ duit tu, trade-lah saham. Ops itu bukan lebihan pada aku. Lebih kepada emergency fund. Nasihat aku, jangan. Jangan sekiranya kau baru nak bermula melabur saham. Kalau dah ada ilmu dan pengalaman, itu cerita lain. Aku malas nak explain lebih, tapi kena ingat, itu bukan duit lebihan..

Ini masa terbaik untuk bina pendapatan dari rumah.

Baca: Peluang Kerjaya di ALC Buss

Aku selalu tekankan kepada rakan-rakan sekerja aku sebelum ini. Walaupun hari ini kita bergaji tetap, sentiasalah cari sumber pendapatan kedua atau ketiga. Tak salah pun. Lagi pun, semasa usia muda la ni kita nak bekerja keras. Eh takdelah bekerja keras sangat pun kan. Work smart. Kita kan di era digital. Tujuan aku, apabila berlakunya musibah seperti hari ini.

Banyaklah membaca artikel-artikel tentang perniagaan online atau cara tambahan pendapatan dengan betul.

5# Sediakan Payung Sebelum Hujan.

Paksa diri untuk buat simpanan setahun gaji. Kita tak tahu bila kita kekal bekerja atau berapa lamakah jangka hayat syarikat dapat bertahan dengan keadaan ekonomi sekarang. Cari back up dan cipta sistem sokongan ekonomi keluarga.

Semoga dipermudahkan urusan semua! Redha. Ini bukan sekadar wabak Covid-19 tetapi juga bakal menjadi wabak ekonomi.

Doakan semoga kita semua tabah dan dimurah rezeki yang tidak putus-putus di saat mencabar ini.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020. Apa Perlu Buat?

  1. mari bersedia untuk hadapi gelombang ekonomi pula..

    downgrade gaya hidup..

    cari cara yang terbaik untuk penjimatan dan cari peluang untuk tingkatkan pendapatan ..

    in shaa Allah..orang berusaha pasti berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *