September 26, 2020

Tak Rugi Baca: Kisah Selepas Pemergian Abam Bocey

Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

IKTIBAR DARIPADA PEMERGIAN ABAM BOCEY

Iktibar daripada kematian Abam Bocey ( Syed Omar) , kelihatan ribuan menyolati jenazahnya, mendoakan serta menyebut kebaikannya. Arwah rapat dengan para asatizah, pandai menghormati orang lain terutama ilmuan, menyintai dan berbakti pada ibunya.

Dalam grup wassap kawan-kawan PAS menceritakan sikap Abam yang suka hadir dalam program jemputan PAS walaupun tahu bayarannya kecil berbanding jemputan lain. Sikap suka men ceriakan orang lain dan tidak berkira.

Semoga kebaikan ini sebagai bekalan arwah dialam sana. Ramai pula hari ini kawan-kawan asatizah meletakkan gambar mereka bersama abam Bocey dan menceritakan kebaikan arwah. Rasanya inilah solat jenazah anak seni paling ramai dalam sejarah negara kita.

Perkongsian Daripada Ustaz Salehhuddin Nasir

Saya bersama dengan izin allah dapat menyembahyangkan jenazah abam Bocey. Bersama saya ialah us Haslin Bollywood,Us Fadil Nor,Us Syed Kadir Aljofri,us Syed Norhisham Padang,Imam Muda Asyraf,Pu Amin dan pu Jo dan ramai lagi para ulamak yang turut hadir.

Saya kehairanan memikirkan amalan apakah yang Abam Bocey lakukan dalam hidup nya hingga begini Allah muliakan hari akhirnya.Ribuan manusia termasuk rakan artis yang hadir.Semua berwajah hiba dan simpati dan tidak putus mendoakan.

Jumlah yang hadir lebeh dari seramai solat jumaat.Bahagian dalam,luar,kiri dan kanan masjid penuh sesak.

Saya merenung dan mendapati ada beberapa perkara yang abam Bocey lakukan dalam hidup. Pertama beliau tidak pernah meninggalkan ibu nya.Menjaga dan mentaati nya. Kedua beliau sentiasa mendampingi ustaz dan para ulamak. Ketiga beliau rajin bersedeqah.

Sabda Nabi saw:Ambil lah contoh orang yang telah mati di kalangaN kamu.

Cerita Ali tentang abangnya, Abam Bocey.

Ali beritahu dia tak mampu nak mandikan jenazah arwah Abam. Sebelum ini dia yang mandikan jenazah arwah anak dan arwah ayah tapi dia tak cukup kuat untuk mandikan jenazah arwah Abam.

Ketika keluar dari bilik jenazah ada 40 anak-anak sekolah agama duduk depan bilik jenazah. Bila Ali perhatikan sorang-sorang, dia kenal inilah anak-anak yatim yang arwah tanggung.

Pernah berapa kali arwah minta Ali hantarkan duit belanja pada anak-anak yatim tersebut.

“kau tolong hantarkan duit belanja adik-adik aku, diaorang nak sekolah”

Dekat rumah arwah ada dua pusat Tahfiz yang mendapat bantuan daripada arwah.

Arwah selalu bank in duit kepada ramai orang yang minta bantuan. Saya pernah tegur supaya dia check dulu takut ditipu. Arwah kata kalau diaorang tipu nanti diaorang jawab lah pada ALLAH.

Saya pernah makan dengan arwah di kedai mamak. Selesai makan dia panggil mamak suruh kira semua sekali yang tengah makan kat kedai tu. Bukan sekali arwah buat macam itu tapi banyak kali. Bukan empat lima orang tapi sangat ramai. Kita pun tak terfikir nak buat macam arwah buat. Jutawan pun belum tentu buat macam tu.

Arwah memang suka belanja orang makan bukan setakat kawan-kawan, orang dia tak kenal pun dia belanja.

Paling hebat arwah taja aktiviti dakwah seorang pendakwah bebas di Pahang. Saya tahu pun bila PU Azman beritahu kami setelah arwah meninggal.

Ini antara kebaikan arwah yang saya tahu.
Kematian yang sangat dicemburukan.

Semasa di hospital Selayang ramai sangat staff hospital yang datang ziarah. Ada seorang peminat datang dari Taiping datang ke hospital nak ziarah arwah.

Ketika kami balik dari hospital jalan jem dari tol Gombak, saya sangka ada kemalangan rupanya terlalu ramai yang datang ziarah arwah di masjid.

Semasa nak angkat jenazah dari van ke bilik jenazah berpuluh-puluh orang nak tolong angkat. Ada dapat sentuh jenazah dengan jari pun sudah puas hati. Semuanya saya tak kenal.

Saf pertama yang solatkan arwah bukan orang-orang biasa tapi ustaz-ustaz terkenal bukan sorang tapi ramai.

Itulah rezeki arwah Abam.

Sampai hari ini tak berhenti-henti peminat datang ziarah arwah di rumah dan kubur. Yang datang dari seluruh pelusuk negara.

Berehatlah Abam. Kami mendoakan mu

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Tak Rugi Baca: Kisah Selepas Pemergian Abam Bocey

Leave a Reply to umi nazrah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *