Ting2! Tengah hari tadi saya dapat message dari kawan yang saya namakan R.
R: Salam Man. Free tak? Nak call sekejap boleh?
Aku: Waalaikumsalam. Free jugak lah. Boleh je nak call..
.
Untuk pengetahuan semua, R berjawatan TETAP untuk post Senior Project Engineer di company tempat dia bekerja. Disebabkan pandemic COVID-19 haritu,kebanyakan kerja R dilaksanakan secara “Work from Home”.
.
Walaupun R telah melaksanakan apa yang dikehendaki oleh majikannya, contohnya pantau progress project, attend meeting secara talian, follow up dengan contractor dan bla2..Hari ni, R telah menerima 24 hours termination notice daripada majikannya atas alasan ”Under Performing Job”.
.
So, dia call saya nak minta serba sikit nasihat..Rasanya elok juga saya kongsikan perbualan kami berdua. Moga post ini boleh lah dijadikan sedikit pedoman untuk rakan2 di luar sana.
.
Saya: Herm…termination notice yang kau received tu ikut notice period dalam employment contract kau ke?
R: Kalau ikut offer letter, 3-months notice.
.
Saya: OK. Apa basis company kau cakap yang kau underperform?
R: Boss aku cakap project aku delay.
.
Saya: Dalam termination notice yg ko received. Ada state “under performing due to Project delay” ke?
R: Tak ada.
.
Saya: Tapi kau dah buat semua apa yang exactly Boss kau suruh besungguh2? Dah buat habis baik dah? Tak ada tuang sana, tuang sini?
R: Dah bro..Dia suruh aku monitor progress. Aku siap create special task group, buat WhatsApp group. Boleh kata 24/7 sentiasa communicate. Boss aku ada dalam group tu. Ada barang kecik2 macam bolt and nut, aku kuarkan duit aku dulu beli barang. Bukan murah pulak tu, kau tau je lah…Masa PKP haritu, kedai hardware banyak tutup. So, bila demand lebih dari supply. Harga barang mahal sikit lah…Just nak make sure project jalan. Aku beli jugak..Sekarang lepas PKP, project dah start pickup balik walaupun slow.
.
Saya: Orait. Nampak dah kesungguhan kau tu. OK, aku nak mintak kau jawab soalan2 aku ni..Jawapan dia either ADA atau TAK ADA je…
R: Soalan apa tu?
.
Saya: Faktor penyumbang kepada project delay ni terlampau banyak. Antaranya COVID-19. Or maybe bukan kau yang penyebab delay, mungkin supplier or sub-con kau yang under-perform? Tak pun, maybe juga Client yang lambat respond. Eh, macam2 lagi lah. 1001 malam pun tak habis kalau nak cerita…So, ada Boss kau buat OVERALL ASSESSMENT pasal Project termasuk PANGGIL KAU UNTUK DISCUSSION sebelum company decide kau “under perform”?
R: TAK ADA.
.
Saya: Ada company kau bagi warning letter dulu sebelum issued termination letter tu?
R: TAK ADA.
.
Saya: Kau dah Senior. Kau ada Junior Project Engineer bawah kau?
R: ADA
.
Saya: OK, cukup setakat tu soalan aku. Ikut dari apa yang kau bagitau ni. Nampak macam company kau cuba cari alasan nak terminate kau je. Maybe company kau nak cut cost and nak guna “Junior Project Engineer” untuk perform kau punya role. Tapi ni andaian aku je. Kalau nak confirm, benda ni kena investigate betul2 lah…OK, ini apa yang aku belajar dalam subject HR Management masa aku pursue MBA dulu.
Dalam isu terminate pekerja sebab performance ni. Dia tak semudah A,B,C nak label pekerja “under perform”. Sebelum company nak label pekerja underperform:
1. Company kena buat assessment dulu untuk confirmkan pekerja memang under perform.
2. Kalau confirm pekerja tu under perform berdasarkan assessment yang dah dibuat. Company kena bagi warning letter dulu kat pekerja yg underperform tu. Macam some sort of reminder lah.
3. Lepas dah bagi warning, tapi masih lagi underperform. Company kena provide re-skilling / refreshing training kepada pekerja.
4. Kalau dah bagi warning, dah bagi training. Pekerja masih lagi tak perform.
5. Then, baru lah company boleh issue termination letter.
.
R: Oooo..macam tu ke…
Saya: Yup.Ini semua berkait dengan second chance approach.Majikan kena adil dulu kepada pekerja. Mana tau memang current work need special skills. Company patutnya kena continuosly assess upskilling requirement among pekerja. Anyway, kalau ikut macam kau cakap tadi..Macam tak ada company kau buat benda2 ni kan?
.
R: Haah, tak ada.
Saya: Herm..Kes kau ni kalau naik Industrial Court ada harapan cerah nak menang. Hahaha..So, macam mana? Kau nak discuss dulu dengan company kau ke. Atau kau nak fight naik court? Aku ada je kawan2 Lawyer yang memang dalam bidang “dispute resolution” ni. Tapi kau kena prepare semua bukti yang ada lah…
Kalau kau rasa nak fight. Aku boleh je arrange kau jumpa member aku ni. Kita sembang2 je dulu mintak nasihat. Dalam masa yang sama aku boleh belajar juga..
.
R: Aku try discuss dulu dengan company aku..Bab fight kat court tu, boleh jugak jumpa member Lawyer kau tu. Mintak nasihat on next action.
Saya: Orait. Nanti aku helo2 kau bila kawan aku tu free.
.
R: OK Man. Aku tunggu update dari kau lah. Doakan discussion aku ngan company aku nanti jangan sampai tahap terbalik meja ye. Hahaha
Saya: Hahaha..Kau dah Senior ma…Kau mesti dah expert dalam conflict resolution ni…Macam lah tak biasa nak handle conflict. Dalam Project bersepah2…hahaha
.
R: Hahahaha.. Orait Man. Thanks ye atas nasihat. Assalamualaikum
Saya: Waalaikumsalam
(Saya dan R pun menamatkan perbualan telefon kami)
.
So, kawan2. Kadang2, anda kena tahu proses dan hak anda sebagai pekerja. Bukan main accept je. Jangan ingat semua tindakan Majikan tu betul. Moga segala masalah kita dipermudahkan.
.
Moga bermanfaat😉
.
Note: Post ini juga mengingatkan diri saya sebagai seorang Majikan.
.
Assalam
#IrARB
06 July 2020
Yup, better bincang dulu. Then kalau majikan tetap x mau reinstate, failkan representasi di JPP.
Thanks for sharing this useful information.