September 23, 2020

Tak Rugi Baca: Kenapa Ramai Perempuan Suka Lelaki Kaya?

Seminggu ni kecoh cerita prank viral pecah punggung kononnya seorang perempuan setuju tukar bf untuk RM20k paycheck. Lalu ramailah Si Lelaki yang mengecam perempuan-perempuan jenis tidak setia hanya kerana RM20k tadi. Aku malas nak cerita perihal selebriti lakonan sebenarnya. Hari ini aku nak cerita pasal situasi bukan personaliti. Sebelum itu, aku minta yang dah baca sampai ayat ini, aku bagi warning dulu sama ada kau baca next para dan terus habiskan ataupun kau terus back off tak payah baca terus selepas noktah ini. <— noktah yg ni lah.

Bukan apa, penat juga nak layan komen orang yang baca paragraf pertama terus bersilat menjadi “pejuang” konon. Penat melayan orang-orang yang “Cepat Klimaks”, cerita belum habis baca, dah nak conclude.

First aku nak cakap, perempuan mata duitan ialah perempuan yang layak kena tinggal. Tapi hari ini, aku nak cerita kenapa perempuan jadi mata duitan? 
.
Perempuan hari ini suka cari lelaki yang berharta tapi disalahanggap sebagai “Mata duitan”. Bukan perempuan sahaja, Pak Mak mertua pun kalau anak bawa gadis bawa balik calon, pusing ikut mana soalan wajib akan kena tanya — “Sekarang kerja apa?”. 

Untuk apa soalan tu?

Aku dah 15 tahun buat kerja-kerja jaga anak-anak yang mak bapak berantakan bercerai dan hilang dari radar sampai anak tidur bawah “jambatan” merempat sini sana. KEBANYAKAN dan aku ulang lagi…KEBANYAKAN kes rumahtanggan berantakan ialah disebabkan LELAKI MALAS. 

Mainly, laki jenis kaki game, kaki tikam nombor, kaki mesin, kaki ponteng kerja sampai diberhentikan kerja, kaki lawan boss, kaki sailang orang dan banyak lah. Bangun tidur tengah hari, orang dah pergi kerja sini sana dia masih pakai kain pelikat baru nak gosok gigi. Sebagai majikan pun, aku biasa sangat hadap perangai lelaki jadi pekerja. Kalau position yang serius aku jarang letak trust pada staff lelaki sepenuhnya sehinggalah mereka ni dah lama dah terbukti loyalty dan komitmen. Biasa bagi pada perempuan. Kenapa?

– Mereka setia
– Dengar kata
– Kurang melawan
– Mudah nak urus

Zaman ini, zaman semua benda pakai duit. Laki tak kerja dan isteri kerja kuat ni dah jadi lazim dalam masyarakat hari ini. Laki sibuk main game (adalah yang buat duit main game tapi banyaknya yang tak buat apapun) dan perempuan kena bekerja cari rezeki bawa balik rumah, makan sama-sama tanggung laki dan anak. 

Akhirnya, dari cerita-cerita ini semua menyebabkan si gadis kalau boleh memilih, baik dia memilih yang lebih diyakini. Saya tak bercakap tentang artis yang kena prank tetapi bicara ini secara menyeluruh tentang fenomena gadis-gadis cari laki kaya. 

Sebenarnya bukanlah nak yang kaya sangat pun, tapi cukup ada kemampuan untuk memenuhi keperluan asas. Tapi kalau yang jenis handbag mesti beli di Pavilion dan tak mahu pakai jenama dari Lazada, itu baru confirm Gold Digger. Kalau sekadar mencari some sense of income security kau gelar Gold Digger juga, kau yang kena check your brain guys. 

Ini cuma common sense, tak perlu bawa ke parlimen untuk dibincang di kalangan “bijakpandai”.

Ladies, sebaik-baik nak cari pasangan BUKAN KERANA HARTA-NYA DALAM BANK. Harta tu nanti you kikis lama-lama habis. Lagi-lagi kalau you kikis harta bf yang jenis “Papa Kasi”. Bila you dah kahwin tak kan semua masih nak harap “Papa Kasi”. SEBALIKNYA HARTA yang terbaik yang you kena cari ialah harta yang ada dalam dada laki tu. Itulah AGAMA. Tapi janganlah semua bajet cari ustat lepas ni, tak larat semau ustat main kahwin 4. Harta dalam dada itu kalau lagi diguna, akan semakin kaya dan tidak habis-habis. KENAPA?

KENAPA CARI YANG BERAGAMA?

Kerana kalau betul BERAGAMA PASTI MEREKA RAJIN BERUSAHA. Kalau dah rajin usaha confirm!! mereka boleh kaya. 

Kalau tidak kayapun, pasti tidak melarat. Kalau jenis beragama tapi seolat 23 jam sehari yang ni pun lari jauh-jauh. Apa contoh terbaik lelaki yang beragama kalau bukan nabi sendiri? Adakah nabi berteleku sahaja atas sejadah dari malam ke malam seterusnya?

TAK.

Nabi seorang perancang ekonomi, pakar siyassah, pemimpin daulah Islamiyah, komandan peperangan, pendidik, negotiator, diplomat dan macam-macam lagi. Agak-agak…Nabi ada masa untuk pening kepala

Agak-agak nabi ada lebih dari 24 jam ke sehari? 

Ladies, tak salah you nak pilih laki berduit tapi nanti you landing atas laki orang itu dah biasa. Kenapa? Sebab laki yang tak berduit ni biasanya terkait dengan sikap kurang berusaha dan selalunya kalau kahwin pun jadi single balik. 

Gais, jangan salahkan nasib. Aku juga pernah ada gf Gold Digger yang pernah tinggalkan aku masa aku tengah struggle nak up. Aku pun syukur dia tinggalkan aku masa tu. Sebab itu aku dapat isteri yang ada hari ini dan bersama aku dari aku susah dan baru nak up. Itu cerita dulu, benda bisnes bukannya boleh bukak hari ini, esok dah boleh beli Lambo, nak beli Lembu pun belum tentu cukup pitih. Last-last dia lari ikut orang tua pakai Mercedes. Itu hak dia memilih. Tapi last-last cuma jadi perempuan simpan tepi jer. 

Pesanan akhir saya, untuk lelaki. Kita usaha bekerja bersungguh-sungguh. Kalau semasa kita berusaha dan kita tak kaya lagi gf kita nak cabut lari, kau kena syukur kerana gf kau tak sabar dengan proses kejayaan yang mesti kena lalalui kepayahan. Tapi kau akan jumpa gadis yang percaya kau bukan kerana harta kau tetapi kerana kecekalan kau. Sebab kau rajin berusaha, gadis tahu mereka in a good hand. Tapi kalau hari-hari tengok Netflix yang bil pun perempuan bayar, maka kau ialah sejenis yang lelaki yang wajib ditinggal.

Aku buat kelas FREE ajar bagaimana orang nak buat bisnes siap buat Telegram Channel NotaSaifulNang.com FREE dan kau tahu tak yang subscribe 80% perempuan? Lelaki kat mana? Kalau aku buat kelas tu berbayar, terus mungkin lelaki jadi 2% yang lain semua perempuan. 

Untuk gadis, cari lelaki yang BERAGAMA kerana yang beragama PASTI rajin usaha. Cari ustat-ustat yang hari-hari meratib atas sejadah tak kerja-kerja itu juga bukan kategori beragama. Kategori lelaki beragama WAJIB MENUJU AL-FALAH (Hari-hari dengar azan kan?). Tapi kalau berteleku sekadar berjubah dan berjambang masih belum secara praktis dikira beragama lagi. 

Kalau slow sangat nak faham, aku direct sikit – Cari laki yang RAJIN BERUSAHA DAN CEKAL TAK PUTUS ASA. Walaupun hari ini kau lihat dia susah dan struggle, kau kena tahu yang kerajinan dia itu tak akan biarkan kau dan anak-anak kau nanti tidur bawah jambatan. Jangan nak harap sangat kahwin terus dengan orang kaya dan akhirnya jadi bini spare. Sebaliknya, kahwinlah dengan orang yang rajin kemudian usaha sama-sama untuk kaya. Baru you akan rasa puas jiwa raga. 

To all of you gais, ada sebab perempuan cari lelaki berharta sedikit. Kerana mereka jauh memikir masa depan anak dan keluarga dia nanti. Cuma tak perlulah berlebih-lebihan. 

TOLONG HAFAL SIFIR DI BAWAH

Rumah itu keperluan tetapi nak rumah dengan view KLCC itu KEHENDAK. 
.
Kereta itu keperluan tapi kalau nak Lamborghini itu KEHENDAK. 
.
Makan itu keperluan tapi kalau hari-hari nak makan di Menate, Chakri’s Palace dan Victoria Station itu KEHENDAK.
.
Pakaian itu keperluan, tapi kalau kau expect Michael Ong, Rizaman Ruzaini, Putra Aziz, Jovian Mandagie yang buat baju kau pergi pasar itu namanya KEHENDAK. 

Jangan keliru antara keperluan dengan kehendak. Kalau sekadar keperluan nak dicukupkan, seorang Pak Guard juga layak dapat rumahtangga bahagia dengan isteri secantik Mira Filzah. Kalau nak diturut sangat KEHENDAK, kahwin dengan Tony Fernandes pun belum tentu cukup harta. Melayani KEHENDAK macamlah minum air laut, lagi diminum semakin haus.

Jom laki semua, kita berusaha. 
Gadis semua, kita usaha sama-sama
Nak kaya, kita usahakan sama-sama
Tak best main tumpang kaya orang ni, bila orang ungkit kita juga yang jadi HOT.

There are real Gold Diggers out there yang layak kena kecam. For the rest, mereka cuma mencari some sense of security dan hanya melaksanakan HAK mereka untuk memilih. Kalau lelaki boleh memilih perempuan yang besar sana besar sini, kenapa perempuan tak boleh pilih lelaki yang besar income untuk sedikit menjamin masa depan mereka?

Think about it gais. 
Share if you agree and disagree.

Karya asal: SAIFUL NANG
Lelaki Yang Bersyukur Kena dump dengan Gold Digger.

Kredit: *Gambar ini hiasan semata-mata kerana cantik gadis ni. Tapi Mira Filzah pun cantik juga. Foto dari Budiey

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Tak Rugi Baca: Kenapa Ramai Perempuan Suka Lelaki Kaya?

  1. hehehehe, perempuan bukan lah nak cari lelaki yang kaya raya tapi lelaki yang ada komitment dan kesungguhan membina keluarga, yang rajin usaha, rajin kerja… bukan yang cuma tahu bangun tengahari lepas tu mintak duit kat bini buat beli rokok.
    Laki maacam tu memang patut kene tinggal, zaman sekarang kita tak boleh hidup cuma dengan cinta… cinta tu tak kemana, sebab kita kalau lapar tak boleh makan cinta tapi kene ada duit untuk buat beli makan

  2. A good write up about how women should first value themselves and then look for the right man whom can take care of them for the rest of their live.

    Like you have mentioned, faith and religion is very important.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *