October 6, 2024

Tak Rugi Baca: Nasihat Untuk Isteri Bila Suami Minta Izin Kahwin Lagi.

“20 tahun perkahwinan bukan masa yang singkat. Pahit manis dilalui bersama susah senang. Saya banyak berkorban untuk suami dengan mengeluarkan duit modal memulakan perniagaan sehinggalah maju. Akhirnya begini jadinya. Sungguh tidak sangka. Bukan mahu mengungkit tapi rasa terkilan dengan keputusan yang dibuat ini. Bila saya marah-marah, dia ugut mahu ceraikan saya. Anak-anak semua tahu dan mereka sangat sedih.”

Ini antara luahan yang terkesan dalam diri aku apabila membaca perkongsian di FB SuzyHoney. Aku juga seorang suami, aku juga punyai seorang isteri. Soal jodoh ini sangat misteri. Jika aku ego tetapkan aku hanya cintai isteri aku pada hari ini, belum tentu pengakhiran jodoh kami seperti yang dirancang.

Pada aku, jika jodoh tambahan datang buat si suami, ikutlah langkah-langkah yang terbaik. Biar adil dan gembira bagi semua pihak. Jangan bagi derita untuk pihak lain sedangkan kita bergembira.

Aku suka dengan perkongsian tersebut kerana ia adalah idea atau persediaan kepada si isteri sekiranya berlaku ‘sesuatu’ yang tidak disangka. Ini pesanan dariada SuzyHoney buat kaun isteri.. Serta kepada semua wanita di luar sana yang sedang bertarung dengan ujian sebegini.

Ini 6 pesanan ikhlas buat kalian:

#1 PERBANYAKKAN ISTIGFAR MENGINGATI ALLAH SWT

Adik sayang akak, hanya kepadaNya jua kita kena mengadu sesungguhnya. Andai sudah takdir terimalah dengan hati terbuka. Pasti ada hikmahnya buat awak dik. Memang tiada isteri yang mahu berkongsi kasih dengan orang lain. Namun, jika itu yang sudah ditulis oleh Allah, kita sebagai hambanya tidak boleh menolak takdirNya. Bertenang. Hanya itu jalan yang pasti.

#2 SIAPKAN “TABUNG RAHSIA”

Sebagai wanita mesti ada “Tabung Rahsia”. Maksudnya wang simpanan sendiri. Kumpullah setakat mampu sedikit demi sedikit sampai jadi bukit. Dengan wang ini kita buat persiapan boleh hiburkan hati dengan membuat perkara yang mendatangkan faedah. Kita boleh adakan “me time” dengan melancong atau mencantikkan diri ke. “Revenge in a good way” bak kata orang putih. hehe! Ini mesti akan mengembirakan kita sedikit sebanyak. Juga boleh digunakan jika ada emergency.

#3 BERIKAN MASA DAN RUANG UNTUK DIRI SENDIRI

Isteri harus berikan masa dan ruang diri sendiri. Janganlah terlalu bersedih sampai rasa down dan merasakan hidup ini tak berguna. Lihatlah seluruh kehidupan sekeliling kita. Ramai orang di luar sana punya masalah yang lagi besar dan rumit. Kita hanya dijentik sedikit sahaja ujian.

#4 YAKIN PADA HIKMAH

Sebenarnya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Allah dah permudahkan urusan kita sebagai isteri pertama dengan memberi laluan kepada orang lain iaitu isteri kedua. Biarlah isteri kedua menjaga suami dan kita akan lebih banyak masa untuk bangun Tahajud tanpa gangguan dan boleh rehat sepenuhnya. Kita boleh hadirkan diri ke kelas-kelas agama . Tugas kita sebagai isteri jadi lebih ringan tau!

#5 BERBINCANG SECARA BAIK BERSAMA SUAMI

Berbincang dengan suami untuk berlaku adil dan memberikan hak sebaiknya. Berterus terang juga apa yang kita mahukan sebagai pihak isteri. Demi kesejahteraan rumahtangga dan anak-anak. Emosi anak-anak perlu di jaga supaya tidak mengganggu proses pembesaran mereka.

Banyakkan berkomunikasi dan jadilah pendengar yang baik. Secara umumnya wanita mendapat kepuasan dalam perhubungan dengan cara bercakap-cakap. Apatah lagi untuk isu sesensitif poligami, isteri sangat berharap suami memahami perasaannya yang amat berliku, berat dan sukar diterjemahkan. Bila isteri dapat meluahkan, ia sangat meringankan perasaan yang bercampur baur.

#6 MOVE ON

Untuk mengelakkan rasa sedih dan sakit hati, tak perlu kita nak mengingati apa yang terjadi. Move on dan teruskan tugas sebagai seorang isteri dan ibu secara ikhlas dan sebaiknya . Kita akan kumpul pahala. Hidup bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat tau.

Pasti ada ganjaran terbesar untuk kita yang sentiasa bersabar. Allah sentiasa ada bersama bersama hambaNya.

Perkongsian Asal: FB SuzyHoney,

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

2 thoughts on “Tak Rugi Baca: Nasihat Untuk Isteri Bila Suami Minta Izin Kahwin Lagi.

  1. bagi saya, ujian setiap orang berbeza-beza, tahap kesabaran seseorang pun tak sama…
    saya pernah cakap kat suami saya masa awal kami kahwin dulu, kalau dia ada hati nak cari bini lain, beritahu saya awal-awal senang saya nak fikir berapa nafkah bulanan yang saya nak minta, kot la minta nafkah sebulan rm3k dan rumah sebiji, lain-lain tu gasakla nak kawin lain ke apa… yelah kalau ada hati nak kawin lain, kene lah kukuh kan kewangan tu kan…. heheheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *