“Berapa modal minimum yang perlu saya keluarkan untuk pelaburan unit trust?”
Ini adalah soalan popular yang selalu ditanya oleh bakal pelabur. Pada aku, ini normal sebagai seorang manusia. Jawapan kepada soalan ini sangat subjektif.
Untuk membuka akaun dana pelaburan Unit trust ni kebiasaannya RM1000. Namun seperti yang selalu diwar-warkan oleh kebanyaka ejen unit trust, nak melabur dalam instrumen sebegini ni kena ada objektif. Paling penting, kena tahu apa tujuan anda melabur? Jangan main melabur je kerana tengok kawan atau jiran sebelah tengah makan besar daripada keuntungan jualan unit trust.
Nak cerita tentang modal permulaan untuk melabur memang akan makan masa yang lama. Cara yang terbaik adalah, kami sebagai ejen akan duduk bersama bakal pelabur dan tunjuk jalan terbaik cara yang sepatutnya kembangkan duit dengan Unit Trust. Kita buat kira-kira bersama untuk mencapai matlamat asal melabur. Ya, benar. Melabur unit trust ini boleh bermula dengan modal hanya serendah RM1,000. Namun, letak RM1,000 sahaja dengan mengharapkan duit itu berkembang pesat untuk menyara di masa persaraan kita sangatlah tidak realistik.
Jadi amatlah disarankan, pelabur mengumpul unit sebanyak mungkin dengan membuat penambahan pelaburan secara tetap setiap bulan. Tambahan pelaburan boleh dibuat dengan hanya menambahkan RM100 minimum.
Juga amat disarankan supaya pelabur membuat potongan secara berkala/autodebit untuk simpanan ini untuk menjimatkan masa, tenaga, perbelanjaan dan ketenangan fikiran.
Kenapa tidak sahaja pergi ke bank untuk deposit duit? Nak ke bank hanya untuk menambah pelaburan RM100 setiap bulan sangatlah tidak berbaloi. Masa habis dalam perjalanan, tenaga juga terpaksa digunakan untuk ke bank, perbelanjaan minyak dan parking juga kena keluarkan.
Yang paling penting fikiran aman dengan membuat pelaburan tambahan dengan kaedah sebegini. Sebab kita tahu setiap bulan ada penambahan unit ke dalam dana Unit Trust kita. Untuk maklmuman, banyaknya dividen/agihan yang kita bakal dapat itu bergantung kepada berapa unit yang kita dah kumpulkan.
Ini cara pengiraan dividen/agihan dan macamana ia menjadikan dana Unit Trust kita bertambah besar:
Contoh:
Dividen/agihan: 6 sen per unit.
Unit terkumpul: 10,000 unit
Cara pengiraan agihan: 0.06 (sen) X 10,000 (unit) = RM600.00
**RM600 ini akan dimasukkan semula ke dalam dana pelaburan kita dengan membeli unit baru dan ditambahkan ke dalam dana kita.
Contoh:
Tambahan pelaburan (dari agihan) : RM600
Harga unit: 50 sen/ unit
Cara pengiraan: RM600 / 0.05 = 1,200 UNIT
Jadi UNIT terkumpul selepas dividen/agihan : 10,000 (yang sedia ada) + 1,200 (yang dapat daripada agihan)
Jumlah UNIT baru selepas agihan: 11,200 UNIT (sebelum ini 10,000).
Nampak tak cara unit bertambah. Jadi unit ini bertambah dengan 2 cara:
- Dengan adanya agihan
- Dengan penambahan bulanan yang kita buat daripada autodebit bank
Jadi akan ada beza perkembangan dananya sesiapa yang buat penambahan unit secara regular dengan yang melabur sekali sahaja.
Penambahan pelaburan tidak wajib, tapi jika nak dana berkembang dengan lebih cepat kena buat penambahan unit secara regular.
Benda ni kena datang dengan objektif pelaburan kita. Tu pasal, saya nasihatkan kepada bakal pelabur untuk kita duduk bersama, minum-minum kopi sambil draf cara untuk kita mencapai matlamat pelaburan anda. Kita rangka bersama pelan pelaburan yang sesuai dengan kemampuan dan objektif anda.
Baru boleh nampak secara jelas cara instrumen pelaburan ini boleh menolong mencapai pelan perancangan kewangan awak orang.
Masih belum terlambat untuk bermula. Setkan temujanji anda dengan saya hari ini. Boleh contact saya di 017-2101282 atau email jamarbahar@gmail.com .
One thought on “Berapa Modal Minimum Untuk Mula Pelaburan Unit Trust.”