December 9, 2024

Tak Rugi Baca: Tenang Di Penghujung Usia 30-an

Tenang Di Penghujung Usia 30-an.

Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang ‘temper’ selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting.

Asyik melenting sahaja!

Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.

Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun. Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Tahun Ujian Bertalu-talu.

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene ‘repair’ sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah kerana;

ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia.

Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’ 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa?

Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Baik kan Allah.

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.

Please share it to save more people out there.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Tak Rugi Baca: Tenang Di Penghujung Usia 30-an

  1. betul tuh, saya di uji dengan masalah kesihatan masa umur 36, masa tu memang struggle sampai saya rasa giveup sampai rasa dah nak mati jelah. Tapi perlahan-lahan kita muhasabah diri kita redha alhamdulillah boleh terima, ini ujian buat saya. Tahun ini masuk 38 tahun, saya lebih rilex, malas nak marah-marah macam masa muda. Kadang kalau nak marah aiyan pun saya lebih pada senyap je, lebih kepada buat tak nampak. cuma kadang tu terkeluar jugak lah suara singa nih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *