April 28, 2024

Kenapa Perlu Tambah Unit Pelaburan Ketika Market Down?

“Bang, market tengah drop ni, masa terbaik untuk topup unit trust..”

Pasti ramai pelabur unit trust yang pernah mendengar ‘skrip’ di atas ni ketika pasaran saham dunia atau Bursa dalam keadaan ‘downtrend’. Ada yang memandang remeh atau tidak ambil kisah ketika mendapat cadangan ini. Sebaliknya, mereka akan menepuk dahi sebaik sahaja pasaran membuat lantunan yang lebih kuat menuju ke ‘bulan’.

Ya, kesan terhadap pelaburan unit trust tidaklah hanya pada satu situasi sahaja, namun ianya tetap memberi kesan berdasarkan situasi semasa.

Jika ada pelabur yang tanya pendapat aku tentang langkah yang perlu diambil ketika market down, skrip di atas juga menjadi jawapan tetap aku. Kenapa?

Aku ambil contoh pencarum KWSP yang menggunakan peluang melabur menggunakan akaun 1 KW$P. Mereka dibenarkan membuat penambahan pelaburan setiap 3 bulan. 

Berbalik kepada cadangan untuk topup pelaburan ketika market down, pasti mereka ingin mengetahui manfaat & kelebihan yang mereka perolehi jika memilih untuk membuat penambahan investment.

Merendahkan Cost Average

Skrip seperti di atas yang selalu pelabur dengar ketika market down sebenarnya sangat praktik dan memberi impak positif yang hebat jika pelabur mengambil tindakan yang tepat. Ini juga adalah satu strategi dalam pelaburan unit trust dikenali sebagai Ringgit Cost Down (RCA). Tindakan membuat pelaburan tambahan di kala market tengah down pasti akan dapat merendahkan kos per unit pelabur. Pendek kata, semakin rendah kos per unit semakin tinggi potensi keuntungan yang bakal diraih oleh pelabur.

Contohnya kos per unit pelaburan Ali adalah 30 sen seunit. Harga semasa adalah 26 sen seunit. Jika Ali membuat penambahan investment pada harga semasa 26 sen seunit, purata kos per unit pelaburan Ali akan menurun dari 30 sen menjadi 28 sen. Dengan ini, prestasi akaun pelaburan unit trust pelabur A dapat diperbaiki.

“Adakah anda sedang mencari homestay murah milik muslim di Melaka atau Cameron Highland?”

Ali akan memperolehi keuntungan apabila harga pasaran melebihi 28 sen.

Apa akan jadi pada pelaburan unit trust sekiranya Ali tidak melakukan apa-apa tindak?

Pastinya kos per unit pelaburan Ali kekal tinggi iaitu 30 sen dan hanya akan untung jika harga pasaran melebihi 32 sen seunit.

(Nota: Pernyataan di atas hanya contoh secara kasar. Kiraan lebih details bergantung kepada pegangan unit semasa dan unit tambahan)

Jadi wajar pelabur mengambil peluang dan kesempatan membuat penambahan pelaburan ketika market down bagi merendahkan kos per unit pelabur. 

Market yang jatuh pasti akan naik semula. Sebab trend pelaburan unit trust bersifat kitaran. What goes down will definitely go up.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *