March 29, 2024

Selebriti Terkenal Malaysia Rugi Dalam Pelaburan Saham. Di manakah Silapnya?

Selebriti Terkenal Malaysia Rugi Dalam Pelaburan Saham. Di manakah Silapnya?

Minggu lepas, kecoh seketika di kalangan pelabur Bursa Malaysia apabila selebriti popular Fatiya Latif ‘tweet‘ tentang kerugian yang dialaminya dalam pelaburan saham satu syarikat minyak&gas. Aku ingatkan rugi 100% sehingga sanggup tweet minta refund daripada syarikat tersebut. Pelik gak tindakan si Fatiya Latif ni.

Mungkin dia tak tahu yang urus niaga saham ni tidak menjanjikan keuntungan, jika tidak kena caranya. Rugi itu pasti.

hehehe

Aku pasti, Fatiya Latif sendiri tidak tahu dan faham kenapa dia ‘sanggup’ beli saham SUMATEC dengan jumlah yang agak besar. Dan aku pasti, harga yang dibeli adalah harga pucuk (harga tinggi). Siapalah remisier/advisor dia ni.

Yang pasti dia tidak mengkaji terlebih dahulu sebelum membeli saham ini, samada dari segi teknikal dan fundamental. Secara analisa fundamental, memang kaunter ini berisiko tinggi. Tambahan pula, ini kaunter ‘penny stock’. Senang didump&pump oleh operator-operator yang suka ambil untung atas angin.

Bukan aku kata kaunter SUMATEC ini tidak boleh untung. Boleh jer. Sebab 2,3 hari lepas aku ada sedikit untung 6.25% dalam masa 2 hari daripada kaunter ini.

KAUNTER SUMATEC

Macam mana nak buat untung sebegini? Senang sahaja.

Kena tahu bila nak beli, dan juga bila nak jual.

Dari segi analisa fundamental, aku tahu kaunter ni barai. Tapi bila dikaji melalui analisa teknikal, aku nampak peluang untuk buat duit. Turun naik harga dalam pasaran saham, itu biasa. Asasnya, nak buat untung, kenalah beli pada harga rendah, dan jual pada harga yang lebih tinggi.

Bagaimana nak tahu bila harga rendah, harga tinggi?

Kena ada ILMU!

Kalau takde ilmu, tapi berani jual beli saham, di sinilah silapnya!

Carilah Ilmu Pelaburan Saham.

Pada aku, menuntut ilmu dunia pelaburan saham adalah langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum mula urus niaga saham bermula. Ilmu pelaburan saham boleh didapati daripada pembacaan buku-buku, blog atau website dan juga seminar-seminar yang diadakan untuk mendidik pelabur tentang jual beli saham dengan betul.

Nak untung dalam pelaburan saham, bukan sekadar kena tahu ilmu teori, tetapi juga kena amalkannya secara praktikal.

Kena berani membeli dan menjual. Kena rasa sendiri untung dan rugi dalam pelaburan saham ni!

PAda pelabur baru, selain hanya sekadar membacai, aku sarankan hadirilah seminar yang dikelolakan oleh mentor-mentor saham yang benar-benar terlibat dalam pasaran saham. Di seminar ini, kau orang bukan sahaja boleh mendapat ilmu pelaburan saham tetapi juga berpeluang mengenali pelabur-pelabur lain.

Seminar Labur Saham 2018 Asri Ahmad Academy

Tidak dinafikan, terlaaaaalu banyak seminat atau kelas-kelas pelaburan saham yang diadakan di negara kita ini. Dalam banyak banyak seminar, Seminar Labur Saham oleh Tuan Haji Asri Ahmad berjaya menarik perhatian aku dan rakan-rakan yang lain.

Baru-baru ini, bertempat di SACC Shah Alam, rakan-rakan blogger telah berpeluang menyertai bakal-bakal jutawan saham ke Seminar Labur Saham 2018. Seminar yang diadakan dari jam pukul 8 pagi hingga ke 5 petang ini sarat dengan ilmu-ilmu pelaburan saham yang wajib diketahui oleh para pedagang saham.

Seminar Labur Saham 2018 Asri Ahmad Academny
Muka Puas Rakan Blogger Dapat Ilmu Mahal Daripada Tuan H.Mohd Asri.

Siapa Yang Patut Hadir Seminar Labur Saham ini?

#1 Untuk kau orang yang dok cakap saham ini hanya untuk orang kaya sahaja. Hei kawan, saham ini untuk semua. Selepas kau hadiri seminar ini, pasti akan terbuka mata dan tahu cara sebenar untuk membeli saham-saham berpotensi tinggi dengan harga rendah.

#2 Untuk yang dok kata saham itu haram, sambil hembus asap rokok dua tiga kepul. Kalau saham itu haram, aku pasti Pusat Pungutan Zakat MAIWP pun tak hingin bekerjasama dengan Asri Ahmad Academy.

#3 Untuk yang tak tahu apa-apa tentang saham tetapi ingin belajar cara buat duit dengan saham.

Pendek kata untuk semua orang~lah!

Seminar Labur Saham 2018 Shah Alam

Seminar Labur Saham 2018 Shah Alam

Seminar Labur Saham 2018 Shah Alam
Formula 7-RM

Apa Yang Dapat Dipelajari di Seminar Labur Saham 2018

#1 Apa Itu Saham?

Ramai yang konpius antara Stock Market(saham), Forex (Dagangan Matawang), judi dan skim-skim pelaburan lain. Selepas menghadiri seminar ini, barulah ramai yang tahu bahawa SAHAM adalah pegangan hak milik satu satu syarikat dalam bentuk ekuiti. Nak bermula labur saham, bukan sekadar tahu tekan BUY atau SELL, perlu juga belajar ilmu pelaburan yang sebenarnya.

#2 Kenapa Perlu Melabur di Saham?

Kerana Pasaran Saham adalah satu ‘lubuk emas’ yang ditinggalkan oleh umat Islam. InsyaAllah dengan ilmu yang betul, kau orang boleh buat untung berganda. Untuk makluman, urusniaga juga merupakan satu perniagaan.

#3 Siapa Patut Melabur Saham?

Sesuai untuk mereka yang bekerja makan gaji tapi masih ingin jana pendapatan sampingan.

Juga sesuai untuk surirumah sepenuh masa yang ingin membantu suami jana pendapatan keluarga.

Juga kepada sesiapa sahaja yang mempunyai ‘duit lebihan’ daripada pendapatan. Duit lebihan ini tidak semestinya dalam jumlah yang besar. Di sini pentingnya perlu tahu apa itu ‘money management’.

#4 Bila Patut Labur Saham?

Saban tahun ramai yang diistihar muflis gara-gara gagal mengawal kewangan diri dengan baik. Guna duit atau kad kredit melebihi kemampuan diri. Sumber pendapatan pula hanya ada satu. Lagi awal golongan ini sedar tentang ‘best’nya melabur dalam pasaran saham, insyaAllah mereka berjaya mengawal perbelanjaan harian dengan baik.

Pelaburan saham juga mampu mendidik pelabur untuk lebih bijak mengurus kewangan.  ‘Disiplin’ dengan setiap perancangan jual beli (Trading Plan) saham sangat penting bagi memastikan pelabur memperoleh keuntungan yang optimum.

Nak tahu apa ‘disiplin’ yang diperlukan dalam pasaran saham?

Kenalah ke Seminar Labur Saham ini..heheh

Buka Akaun CDS

Oh ye, peserta yang hadir ke seminar ini, jangan lupa membawa salinan IC dan penyata bank untuk membuka akaun CDS.

Tanpa akaun CDS, cita-cita untuk buat duit dengan saham tak ke mana, simpan sahaja di dalam poket!

Seminar Labur Saham 2018

Belajar bagaimana meraih pulangan yang luar biasa melalui pelaburan saham secara sah, selamat, mudah serta patuh syariah di Bursa Malaysia. Program ini adalah eksklusif untuk anda yang sentiasa SIBUK tetapi ingin tambah pendapatan ekstra melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia. Adakah anda masih selesa mengharap pulangan 6% setahun sedangkan anda mampu belajar buat sendiri lebih dari itu?

Program ini adalah dengan kerjasama bersama Bursa Malaysia, BursaMarketPlace, Hong Leong Investment Bank, & Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

Untuk semakan Seminar Labur Saham yang seterus, bolehlah layari http://www.asriahmadacademy.com/ untuk keterangan lanjut .

Facebook: Mohd Asri

“Asas Kejayaan Dalam Pelaburan Adalah Melabur Dalam ILMU Terlebih Dahulu!”

 

Credit Photo: umminani.com

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

23 thoughts on “Selebriti Terkenal Malaysia Rugi Dalam Pelaburan Saham. Di manakah Silapnya?

  1. Tertarik dengan ayat ini “Di seminar ini, kau orang bukan sahaja boleh mendapat ilmu pelaburan saham tetapi juga berpeluang mengenali pelabur-pelabur lain.”

    Betul. Komuniti saham dapat membawa seseorang itu pergi lebih jauh dalam pasaran saham.

  2. It certainly comes in handy to know more about bonds and investments, especially when you are serious about making a commitment to one. I could never find a thorough write up about it before so, thank you kindly for this. It was very helpful 🙂

  3. Is a good to get more information what you will invest in especially in bond. Don’t blame the company if lose in investment. There is a time market in a good or bad condition. The best way buy stable and safe investment.

  4. Masa kes Fathia ni, heboh semua group wasap dan telegram suruh ajak fathia masuk group. hahaha

    Waaa JMR anak murid tuan Haji Asri. Saya pun tengah belajar-belajar lagi ni, tak sampai 4 lagi pun. Banyak buat paper trade ja. Sebab modal yang ada diutamakan untuk belajar dulu.

    Sekarang ni fokus saya pada analisis asas dulu sebab tak cukup masa nak study semua teknik. Lepas tu target market pun masih yang kurang risiko macam IPO, ETF dan REIT. Baru ja dapat dapat lepas IPO Dow Jone 50. hahah

  5. huda baru jer bukak akaun CDS, masih baru nak mulakan baby step dalam perlaburan. InshaAllah lepas ni nak join kelas protege kelas pulak, dah ada ilmu baru yakin nak melabur, tak nak la rugi. sayang duit..huhu

  6. Bagus juga ada seminar dan dapat pergi ke seminar saham macam ni, boleh tambah banyak ilmu selain lebih memahami mengenai saham kan..bolehlah diwar2kan pada yang berminat dengan saham 😊

  7. Nape tak hajak. Baca dalam blog ni juling mata kita. Kita dengar Tuan Haji cakap baru faham. Hahahaha. Selalu juga follow dia di social media. Best dan bersemangat. Saham ni seronok utk org yang suka research. Kalau main beli je sebab advisor suruh. Memang rugi la.

  8. I pernah melabur di share market..Tapi kan asyik tak boleh tidor malam je. At the end jual je semua and stick to pnb unit trust like asb and so on. At least I rasa tenang sikit. Yang penting tak rugi.Tak dapat banyak pun tak pe.

  9. Sebelum nak mulakan melabur ni, memang kena belajar. Cukupkam ilmu tentang pelaburan dahulu. Join kelas, beli bahan bacaan sepatutnya. Jangan main ikut orang… bahaya! Orang melabur, kita pun nak melabur. Sedangkan tak tahu pun saham apa dan sebagainya..

    Bagus bila ada kelas macam ni. Kena rebut peluang yang ada!

  10. Betul… Setuju.. dalam pelaburan kena ada ilmu… Tak ada ilmu pelaburan boleh mendatangkan kerugian…

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *