Esok aku cuti panjang.
Rezeki kali ini, bawa anak-anak dan isteri untuk terbang ke satu tempat yang dihajati oleh isteri sebelum ini. Trip ke Hong Kong tahun lepas pun masih segar diingatan. Manis. Gambar-gambar pun tak sempat dicuci lagi. InsyaAllah kali ini pun satu lagi kenangan indah terukir dalam hidup kami.
Kali ini, pengalaman aku pasti berbeza sedikit. Biasanya, setiap kali terbang ke mana-mana destinasi, akan ada ‘saudara’ atau kawan-kawan yang hantar aku ke airport.
Kali ini aku akan drive sendiri ke KLIA2. Jadi, benda penting yang perlu aku tahu adalah di mana nak park kereta di KLIA2? Dah tu, nak tahu kadar bayaran letak kereta di KLIA 2, bukan daily tetapi ‘long term’
BAYARAN KADAR LETAK KERETA PARKING RATE KLIA 2.
Katakan aku akan letak kereta aku dari hari Rabu sampai hari Ahad. Jumlah yang aku perlu bayar ialah RM46+RM46+RM46+RM20+RM= RM178 sahaja! Pada aku berbaloi masih berbaloi jika aku menggunakan servis teksi airport atau UBER/Grab..bukan sekadar daripada segi harga, tetapi juga untuk keselesaan & fleksibiliti..
Nanti aku sambung lagi, esok nak kena bangun awal ni..hehehe
Ebook Pilihan: Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya
Dapatkan Segera: https://bukulali.onpay.my/order/form/EBBMAK/JMR
Berita baik kepada yang bercuti melalui KLIA.
Parking Murah KLIA kini hanya RM10 sehari/kereta.
Lokasi dekat airport 10m (12 mins), Tempat selamat, ada penjaga, berpagar dan cctv. Memang murah sangat
Maklumat Tempahan:
https://pkpshop.com/ParkingMurahKLIA.asp
Contact:
http://wasap.my/60123036203
cara bayar dia cuma bayar di mesin parking jer kan….lagi satu tak kesah kan nak letak di blok A atau di blok B
Parking kete 3 hari kat klia2… Masih 46.00 ke sehari
Parking kete kat KLIA masih 46 hengget ke satu hari… Cadang nak Park 3 hari bermula 23 hingga 25 Dis ni
mohon nasihat better parking di klia2 atau ambil grab untuk ke klia, nk g bercuti 4 hari.
Kalau tak ramai, better amik Grab..
Kereta tu maksudnya semua jenis kereta ka termasuk van semua?
Uish mahal juga parking KLIA ya. Betul la kata JMR, memang better naik grab-uber lagi.
Tapi mungkin kena tengok keperluan dan kesesuaian juga. Kalau van, ramai-ramai atau rumah duduk jauh dari airport, mungkin sesuai letak kereta.
Mahal jugak kalau park kereta kat KLIA2 tu… saya pun kalau nak ambik flight, pergi naik bas je ha3
Tak pernah lagi tinggal kereta lama lama di sana.
Selalu tinggal dengan mak ayah je
Kalau ai pun prefer perkhidmatan Grab dan Uber je.
Dah balik Malaysia ke tuan, takkan masih sempat blogwalking masa becuti. 🙂 Haha
udah balik tuan..balik kerja la plak haha
selamat melancong bro. biasa saya akan park di putrajaya terus sebab lebih murah. hehehe
selamat melancong tuan..
semoga terus happy dan selamat hendaknya..
aamiin
Terima kasih tuan..dah balik ni hehe
Selamat pergi dan pulang tuan, selamat bermusafir. Semoga pulang membawa hikmah perjalanan.
Doakan yang baik baik untuk kami di Malaysia sebab doa orang musafir makbul
Terima kasih Ibu Zaid..insyaAllah
Kadar bayaran parking KLIA dah naik kan. Kalau parking lama lama mesti botak kepala nak bayau
tu la..boleh tahan gak. kalau lama2, better naik grab/uber je kan