Bangkitlah, Belajarlah Dulu Ilmu Pelaburan
Setuju tak jika aku katakan, ‘orang kita’ sangat suka sekiranya ditawarkan dengan skim pelaburan yang cepat memberi pulangan lumayan dan sentiasa untung. Letak RM100 hari ini, esok dapat untung RM100. Kalau boleh hari-hari nak untung, goyang kaki dapat untung dan tak nak langsung dengar tentang rugi. Nak belajar lebih lanjut tentang ilmu pelaburan, memang taklah!
Tetapi apabila bercakap tentang pelaburan dalam pasaran saham yang SAH di Bursa Malaysia, ramai yang menggeleng kepala. Mereka akan mula buka cerita sedih kawan-kawan, jiran, saudara mara yang pernah rugi.
Di bawah ini aku senaraikan tiga cerita sedih orang Melayu tentang saham yang selalu didengari.
Cerita 1: Saham Perlukan Modal yang Besar
Pertama kali aku melibatkan diri dalam urusan jual beli saham pada tahun 2003. Aku tak nafikan, pada masa itu, modal yang diperlukan amat besar. Mana tidaknya, minimum kena beli saham adalah 1000 unit (1000 unit = 1 Lot). Katakan aku nak beli saham POS Malaysia. Harga seunit RM0.952 (1 Julai 2003). Maka, aku kena sediakan modal sebanyak RM952.
Itu dulu.
Sekarang, nak labur saham di Bursa Malaysia, minima yang perlu dibeli hanyalah 100 unit. Ini yang ramai generasi sekarang tak tahu. Jadi, takat nak beli saham POS Malaysia, hanya perlu RM0.952 x 100 = RM95.20 .
Jadi, Saham Perlukan Modal yang Besar Atau Kecil?
Cerita 2: Saham Itu Merugikan
Sejak kecil, aku dimomokkan dengan cakap-cakap ‘main saham pasti rugi’. Aku pasti, korang yang sedang membaca ini pun menghadapi isu yang sama. Main saham hari ini, esok rugi. Seolah-olah, rugi itu pasti sebaik sahaja menceburi jual beli saham ini.
“Buat apa kau nak main saham ni, nanti mesti rugi je…”. Aku sebenarnya dah lali dengan ayat-ayat macam ini, terutama daripada mereka yang asyik berfikiran negatif, walhal dia sendiri pun tidak pernah beli&jual sebarang saham di Bursa Malaysia.
Lagi teruk, akaun saham Central Depository System (CDS) pun dia tak pernah ada!
Mungkin ramai yang tidak tahu, ada pelabur saham yang memperoleh keuntungan lumayan dengan jual beli saham? Kenapa dia boleh buat duit dengan saham tetapi ada yang asyik rugi sahaja?
Mungkin juga ada yang belum pasti bagaimana urus niaga saham berpotensi menjana pendapatan lumayan.
Ada dua cara kita boleh buat duit dengan saham.
1- Capital Gain
Unit pegangan kita akan bertambah nilainya apabila harga saham makin naik.
Aku ambil contoh POS Malaysia. 5 tahun lepas aku membeli 10 Lot (1000 unit) saham POS Malaysia dengan harga RM2.54 seunit. Modal kasar yang aku perlukan ialah RM2540 tidak termasuk caj minima oleh investment bank dan brokerage fee bagi setiap transaksi.
Aku sabar. Holding power aku sangat hebat.
Kenapa aku sanggup bersabar?
Sebab aku tahu, servis POS Malaysia ni ditagih oleh seluruh rakyat Malaysia. Tidak kira tua dan muda, tidak kira bangsa, sentiasa beurusan dengan POS Malaysia. Nak-nak makin berkembang bisnes online (trend semasa) makin sibuk mereka buat untung. Makin untung POS Malaysia, makin naiklah harga saham mereka, secara tak langsung, pemegang saham POS Malaysia juga turut untung.
Sehinggalah ke 2 October 2017, barulah aku terasa untuk ‘menikmati’ keuntungan. Jadi aku jual 1 Lot saham POS Malaysia tersebut.
Harga saham POS Malaysia pada 2 October 2017 berharga RM5.24/unit.
Maka, hasil jualan ialah RM5.24x1000unit=RM5240. Jadi keuntungan adalah RM5240-RM2540=RM2700 (tidak termasuk kos transaksi)
Secara kasarnya, Return On Investment (ROI) yang aku dapat adalah 106%!!
Ramai yang tidak tahu, KWSP turut melabur dalam saham POS Malaysia. KWSP pastinya nak melabur di tempat yang boleh bagi untung lebih, kalau tak macam mana nak bagi dividen untuk korang semua kan.
Eh ada yang cakap 5 tahun untuk buat untung tu adalah satu masa yang panjang & memanglah boleh buat untung. Simpan di ASB, Unit Trust & Tabung Haji pun boleh untung!
Ok. Itu cerita 5 tahun lepas. Ini cerita setahun yang lepas.
Pada 1 Mac 2016, aku beli lagi 10 Lot saham POS Malaysia dengan harga RM2.06 seunit. Harga unit naik ke RM5.24 pada Oktober 2017. Cuba kira berapa ROI yang aku buat untuk saham POS Malaysia ini?
ROI = (RM5.24-RM2.06)/RM2.06 x 100% = 154% dalam masa setahun setengah!
Jadi, saham itu pasti merugikan atau berpotensi buat untung?
Ada banyak lagi saham-saham syarikat berpotensi tinggi memberi pulangan lumayan yang selalu kita gunakan produk syarikat mereka.
Tiap-tiap bulan kita membayar bil eletrik? Kenapa tak nak beli saham Tenaga Nasional Berhad?
Tiap-tiap Hari Raya, kita beli baju baru, seluar di Padini, kenapa tak nak beli saham Padini Holdings?
Kita bising harga petrol naik tiap-tiap bulan, kenapa tidak kita beli saham-saham syarikat minyak&gas seperti Petron atau Sapura Energy?
2-Dividen
Ada syarikat memberikan dividen kepada pemegang saham mereka berdasarkan performance perniagaan mereka. Dividen diberikan dalam bentuk tunai atau pun unit saham. Syarikat untung lebih, maka lebihlah dividennya. Ada syarikat yang memberi dividen setahun sekali, ada yang beri 2 tahun sekali atau mungkin berkali-kali. Ini juga merupakan pendapatan pasif untuk pemegang saham, pendek kata, duduk diam diam pun boleh buat untung!
Ini contoh pemberian dividen oleh syarikat logistik terkemuka Malaysia, Tiong Nam Logistic Holding pada tahun ini. Aku hanya mula memegang unit pada bulan September 2015. Terima kasih TNLOgis sebab hampir setiap tahun, syarikat ini memberi dividen kepada pemegang saham mereka.
Oh ye, kalau nak tahu, saham yang kita pegang ini, samada harganya turun atau naik, dividen tetap akan diberi. Best ke tak best? Banyak lagi.
InsyaAllah, simpan lagi 10 tahun!
Jadi, betul ke tak yang jual beli saham ni asyik merugikan?
Cerita 3: Saham Adalah Haram
Selain itu, jual beli saham sering kali dikatakan haram, haram, haram. Tahukah korang, di Bursa Malaysia sahaja, 74% kaunter merupakan saham patuh syariah. Boleh semak di Bursa Marketplace sebelum membeli.
Namun begitu, harus diingat, berjual-beli saham secara membuta-tuli juga dianggap ‘judi’. Jadi, pelabur saham perlu tahu sebab kenapa mereka membeli saham, bukan sekadar meneka harga. Analisis dari segi Fundamental (FA) dan Teknikal (FA) juga perlu dilakukan sebelum membeli saham. Inilah gunanya ilmu pelaburan saham!
Paling penting, mereka perlu tahu saham yang dibeli adalah patuh syariah.
Banyak jerrr saham patuh syariah yang selalu korang guna produknya dalam kehidupan harian. Contohnya, Ajinomoto yang digemari sebagai penambah rasa dalam masakan.
5 CARA BUAT DUIT DENGAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA
Jangan sembang lebih tentang buat duit dengan saham sekiranya LANGKAH 1 di bawah ini korang tak berani untuk bermula.
#1 – Buka Akaun Saham
Dah tahu ke mana yang patut korang pergi untuk membuka akaun saham (CDS)? Yes! Semestinya bukan pergi ke Pejabat POS, tetapi terus pergi ke Bank Pelaburan. Nak pergi ke Maybank Investment ke, Hong Leong Investment ke, Kenanga Investment ke, tak kisah, ikut suka korang. Ini Bank Pelaburan tau bukan bank biasa tu.
Sediakan dokumen sokongan (salinan IC dan bank statement), isi borang-borang yang diperlukan dan serahkan kepada pihak bank.
Akaun CDS akan siap dalam tempoh 30 hari.Kemudian, masa untuk aktifkan ‘Trading Platform’!
#2 – Mula beli unit saham
Dulu-dulu nak beli dan jual saham, kena telefon individu yang mewakili bank pelaburan a.k.a remisier atau dealer. Sekarang ini, sambil baring di atas katil pun dah boleh jual beli saham. Guna apps je.
Jom aku kongsikan langkah-langkah membeli saham mnggunakan platform Maybank Investment Bank.
Buka laman maybank2u.com dan pilih Online Stock. Masukkan ‘Username’ dan ‘Password’, kemudian klik ‘Login’.
Pada paparan pertama, ada beberapa ‘Menu’ disediakan seperti Live Quote, My Account, My Portfolio dan seterusnya. Pilih Live Quote untuk melihat saham-saham yang diurusniaga pada hari ini.
Oh ye, sebelum beli saham, pastikan ianya saham yang patuh syariah. Boleh rujuk tanda bulat kecil di hujung nama saham.
Korang juga boleh menggunakan kotak ‘Search Stock’ untuk mencari nama/kod saham yang ingin dibeli.
Klik ‘BUY’ untuk meneruskan belian saham tersebut.
Seterusnya, masukkan kuantiti saham yang ingin dibeli. Masukkan harga.
Akhir sekali, masukkan Trading Pin/Password untuk mengesahkan belian saham.
Alhamdulillah, dah pun berjaya membeli saham yang menjadi idaman.
Jadi apa langkah seterusnya?
#3 – Disiplin
Trade saham juga memerlukan disiplin yang tinggi. Sebelum membeli sesuatu saham, pastikan ‘Trading Plan‘ dirangka dengan betul. Bilakah sesuatu saham perlu dibeli (Entry Price) dan bilakah saham tersebut patut dijual (Exit Price).
Nampak ringkas tetapi semua ini memerlukan disiplin yang tinggi untuk memastikan korang buat duit dengan saham ini.
#4 – Sabar
Pelaburan saham tidak menjanjikan jaminan keuntungan. Ada masa untung, ada masa rugi. Itu normal. Bila rugi, buat post mortem sebab-sebab rugi. Terus mengkaji dan mengenal pasti saham-saham yang berpotensi memberi pulangan yang baik. Rajin-rajinlah baca berita tentang bisnes, bukan bahagian gossip!
#5 – Cari Ilmu
Secara asasnya kena ada ilmu Teknikal Analisis dan Fundamental Analisis. Daripada 2 ilmu pelaburan ini, barulah pelabur akan lebih memahami pergerakan harga saham. Nanti akan terjawab soalan…
- Saham APA nak beli
- BILA masa yang sesuai untuk beli
- BILA masa yang sesuai nak jual
Seterusnya, barulah pelabur akan nampak lebih jelas bila masa yang sesuai untuk membeli dan pada harga berapakah saham itu patut dijual.
AWAS!
Jika korang dah ada akaun CDS & semangat juang pelabur saham yang tinggi, tetapi tanpa semua ilmu ini, aku pasti usaha buat duit dengan saham akan gagal.
Jadi, sebelum melabur dalam pasaran Saham, adalah lebih baik untuk korang bermula dengan Pelaburan Ilmu untuk Diri Sendiri terlebih dahulu. Belajar ilmu pelaburan saham bukan sekadar nak untung, tetapi juga untuk meminimakan kerugian yang pasti korang akan tanggung..
Bangkitlah, belum terlambat lagi untuk belajar. Kalau korang “ZERO” dan tak tahu apa-apa pasal benda ni aku rekemen pergi belajar direct dengan ikon Bursa Malaysia, Tn Hj Mohd Asri. Seminar dia memang selalu FULL HOUSE, kena daftar awal. Baca-baca juga info dekat portal www.MajalahLabur.com
Seminar Labur MEGA 2017 @KL
Seminar Labur Mega 2017 @ KL pd 18 Nov akan diadakan di Menara MITI.
Ini adalah anjuran bersama Pusat Pungutan Zakat MAIWP & MITI dgn kerjasama BursaMarketPlace.
Nota: Kalau anda rasa bermanfaat, boleh dikongsi dengan yang lain. Kita mungkin tak ada masa menulis begini, tapi kita BOLEH DAPAT PAHALA YANG SAMA DENGAN PENULIS, andai bantu sebarkan kebaikan ini kepada orang lain. Mudah nak kumpul pahala sebenarnya!
forex memang aku tak minat.
banyak benda kena belajar
so..aku tinggalkan.
Ibu minat nak belajar tapi belum dapat lagi
Semoga ketemu juga peluang
peluang banyak.. series banyak ilmu best dlm pelaburan ni ibu..
Wah..menarik ni..btol tu..dri duit byk bhabis shopping je lebih baik melabur..sekat ni simpan kat ASB n Tabung Haji je..
drp dok perabes bershopping mmg jauh baik melabur la kan hehe
Majalahlabur.com ni blog favourite Qiya tau…memang banyak dapat info kat situ…Bukan setakat baca je tapi siap salin lagi tips-tips penting pelaburan saham ni…hehe
blog tu mmg byk ilmu pelaburan..kena rajin membaca je
Macam menarik je kan main saham ni. Mungkin suatu hari nanti saya akan cuba untuk membeli saham. Info yang baik. terima kasih
boleh belajar ilmu pelaburan dulu..pastu boleh mula membeli..makna kata mempraktik ilmu yg dipelajari td hehe
dulu mmg dengar je saham..seriau
tp la ni tau dah apa kebaikan dia..kena saboro
dulu je kan..skang dh steady kan 😉
Dengan ilmu pelaburan yang betul, kerugian dapat dielakkan.
setuju..ilmu saham ni lebih kepada utk meminimumkan tahap kerugian..sbb rugi tu mmg pasti..hehehe
Bagusnya info di sini. Saya dulu pernah berhasrat nak melabur, tapi saya tak yakin sebab belum berguru..sekadar sembang dengan kawan yang pernah melabur saja. Dia ada ajar cara analysis tapi saya rasa tepu sangat..uhu..
insyaAllah lepas ni boleh dalami lagi..sebelum buat percubaan.
Mereka takut dengan kerugian di BSKL, tapi tidak takut rugi ditipu Skim Cepat Kaya. Ada sesuatu yang ‘tidak betul’ dengan hati dan akal mereka ni. Rugi di BSKL sekurang-kurang mendatangkan ilmu. Rugi skim cepat kaya? Kayap jadinya…..
pernah test beli IPO je aritu.saham ni sedap kalau ada modal RM3k ke atas baru rasa nikmatnya kalau kaunter tu naik.kalau beli nak simpan, itu rasanya lebih tenang berbanding nak try intra day 😛
suami ada juga main saham ni, kecil-kecilan. dia kata kena belajar lagi nak bagi terer.
Info yang cukup lengkap dan detail tentang pelaburan saham… seronok membacanya.
Terima kasih Tuan.
Wah, menarik juga info pasal saham ni, insyaAllah one day nak suruh hubby beli saham juga lah
Nanti boleh join hubby trade sama-sama..lagi syok hehe
Tahniah kerana selalu terkehadapan tuan
semoga murah rezeki tuan sekeluarga
Yang penting halal no 1 kan
Baru berkat
Terima kasih. bukan terkehadapan, tapi tak boleh tengok peluang yang ada..hehe