October 28, 2020

Menu sedap di Yama G Fusion Sushi Japanese Restaurant, Palm Square Jaya One

Kepada peminat makanan Jepun, aku cadangkan untuk mencuba kelainan dan menu unik di Yama G Fusion Sushi Japanese Restaurant. Terletak di Palm Square Jaya One, milik pasangan suami isteri dari Pantai Timur, menyediakan menu masakan Jepun seperti aneka sushi dan juga masakan tempatan.

Yama-san merupakan chef masakan Jepun di Yama G Fusion Sushi Restaurant dengan pengalaman lebih 28 tahun. Setiap ‘signature dish’ nya memang menarik dan mempunyai rasa yang unik dan sedap.

Yama G Fusion Sushi Japanese Restaurant menyediakan ruang makan yang agak luas. Indoor dan outdoor. Sesuai untuk sesi lepak-lepak. Nak-nak esok kita dah mula berpuasa kan, sambil berbuka puasa di sini, lepak-lepak dengan membe, seterusnya solat Terawih berjemaah kan.

Yang aku boleh cakap, banyak giler menu dan juadah berbuka di sini. Bagi yang tak leh ‘telan’ sangat Japanese food, jangan risau, masakan tempatan Malaysia pun dah mampu buat korang bersandar kekenyangan. Check it out list panjang giler Menu Ramadhan Buffet 2015 Yama G Restaurant di SINI. Tempat makan sedap di Palm Square Jaya One.

 

 

Salmon martini.

 

Cheers!! Eh of koslah baca doa makan dulukan. Ruang santai di luar ni best. Sambil borak-borak, sambil tengok gelagat pengunjung di Palm Square Jaya One ni.

 

Yang ni sedap. Aku dah lupa nama apa. Tapi sangat ‘recommended’.

 

Salmon sushi. Satu kapal n, insyaAllah aku boleh habiskan. hehehe

 

 

Mango Waikiki Roll. Kat dalam ada salmon segar, avocado & kat atas tu adalah mango. Sedap sangat hoi.

 

Edamame..ni antara hidangan feveret orang Malaysia. Aku panggil petai Jepun..ala-ala snack kan, kunyah kunya dah telan..hehehe..

 

Nama menu ni, Eiffel Towel. Kenapa nama tu? Jangan tanya aku, ini signature dish Chef Yama. Comel je kan. Bahagian atas aku bagi diorang makan, base dia aku makan..sangat sedap  & fresh salmon sushi yang kat bawah tu..slurppp….

 

Salmon sushi terbaik!

 

Baru betul peminat tegar fusion sushi..bersusun amik menunya kan..semua nak try..korang yang datang masa berbuka kat sini, pon boleh try satu per satu menu kat Yama G Fusion Sushi Japanese Restaurant ni..

Alamat Yama G Fusion Fusion Sushi Japanese Restaurant:
E-81-1, Palm Square, Jaya One 72A, Jalan University, Petaling Jaya, Selangor.

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

18 thoughts on “Menu sedap di Yama G Fusion Sushi Japanese Restaurant, Palm Square Jaya One

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *