Tanah Aina sinonim dengan keindahan resort di dalam hutan terutama kepada pencinta alam. Resort Tanah Aina memang terkenal dalam industri pelancongan negara, satu resort yang didirikan di dalam hutan dengan fasiliti bertaraf dunia ditambah dengan deruan air sungai yang mengalir jernih dengan ikan-ikan berenang tenang tanpa dicemari arus kemodenan bandar.
Setelah berjaya mengukuhkan jenama ‘Tanah Aina, kini Tanah Aina Cafe by Farhana’s Oven dibuka sebagai tempat persinggahan kepada peminat-peminat makanan barat dan juga timur yang mementingkan cafe berkonsep santai. Dekorasi dalama di Tanah Aina Cafe bercirikan alam semulajadi dengan susun atur perabut yang kemas dengan sentuhan warna-warna alam di setiap sudut. Kedengaran menarik kan?
Alhamdulillah, hujung minggu lepas, aku berpeluang menghadiri ‘Gathering Blogger Day‘ yang menghimpunkan lebih kurang 20 blogger Malaysia untuk sesi beramah-mesra dengan pemilik Tanah Aina, Yg Berbahagia Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil. Lokasi cafe ini adalah di Wisma Tanah Aina, Shah Alam.
Di Wisma Tanah Aina, selain daripada Tanah Aina Cafe, terdapat juga Fitness Centre dan juga dewan yang boleh ditempah khas untuk majlis-majlis persendirian.
Tanah Aina Cafe bukan sahaja menyediakan masakan tempatan, tetapi juga masakan yang bercirikan masakan antarabangsa. Paling penting, cara ramuan dan sajian yang digunakan di sini berasaskan bahan-bahan yang segar dan tidak menggunakan sebarang MSG di dalam masakan mereka. Lebih sihat dan tetap sedap kan.
Alhamdulillah, kami dihidangkan dengan pelbagai hidangan yang lazat dan dihidangkan sendiri oleh pemilik Tanah Aina Cafe ini. Dari menu pembuka selera hinggalah ke pembasuh mulut, semua sedap-sedap dengan ‘presentation’ yang sangat menarik.
Aneka juadah pemanis mulut.
Nasi Goreng.
Spaghetti
Italian Pizza
Nasi Lemak dan rendang.
Special Tea Set – Congkak
Komen ikhlas ni, setiap hidangan yang aku makan ka Tanah Aina Cafe ni sangat sedap. Kena dengan selera aku. Harga lak amat berpatutan, berbaloi dengan rasa, kuantiti dan tempat yang disediakan. Memang ‘recommended’ untuk korang datang, bawa famili ke sini. Nak celebrate birthday pon boleh, nak wat family gathering pon boleh, nak dating kat sini pon syiok !
Kurangkan gula dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman.
Alamat Tanah Aina Cafe:
Wisma Tanah Aina, No.1, Jalan Mesra 1, Taman Mesra Batu 3, Shah Alam, Selangor.
Tel: 603-5524 3258
Tanah Aina Cafe ini diusahakan oleh Puan Seri To Puan Shariffa Sabrina Syed Akil serta dibantu oleh anak perempuannya sendiri iaitu Farhana.
gamabr makanan diatas membuat aku jadi lapar.. makan-makan
Sedap nya makanan tu, buat ku berliur 😀
Takde MSG? Wah bagusnya…jarang la.nak jumpa restoran tak guna msg dalam masakan kan?
Semua makanan nampak sedap sangat. Nak sangat cuba Nasi Goreng Lesung tu..
memang teringin nak pegi sini, dah letak dalam vision board
nnti leh try nsi gorg lesung tu. nmpk menarik.. hehe..
Cantiknya gambar makanan yang bro snap.. Rasa macam berada di sana join sekali dengan blogger-blogger femes ni… 😉
thank you bro..skali-skala berkumpul memang syok.
tengok gambar makananya pun dah nampak sedap..inikan pulak kalau dapat makannya..mesti sedap…hehe
hehe kalau dapat makannya, mmg kenyang perut la jawabnya hehe
sedapnya tengok makanan dia…nak kena cuba nie..:) thanks for the sharing..:)
boleh cuba..bw famili or detim dgn yg tersayang hehe