Kalau bercakap pasal burger bakar, mesti teringat Burger Bakar Abang Burn(BBAB). Rasanya BBAB ni antara pioneer dalam industri burger bakar kat Malaysia ni kan..
Sekarang ni, ramai dah tahu yang Abang Burn cuba melangkah lebih jauh lagi dengan memperkenalkan Meatball Abang Bakar..*salute!
Yeah..aku dah berpeluang merasai sendiri nikmat bebola daging yang dicipta khas oleh anak tempatan. Meatball Abang Burn ni didatangkan khas dengan sos Mushroom Brown Sauce, semestinya resipi rahsia Abang Burn..eh siapa Abang Burn ni sebenarnya ek?? *garukepala..
Setiap set Meatball Abang Burn ni berharga RM9.90 dan korang bolehlah telan 10bijik meatball bersama 5 wedges. Meatball ni adalah 100% daging dan ianya adalah homemade..
Burger Bakar Abang Burn ni ada 14 jajahan kat Malaysia ni..eh dah tahu ek? *good.. biasanya, kalau nak menjamu Burger Bakar Abang Burn, aku selalu ke Jajahan Kota Damasara, tapi kali ni, pertama kalinya aku menjamu selera di Jajahan Seksyen 7, Shah Alam..ala, belakang KFC, depan Uitm, tak jauh dari Jakel tu je. Korang pusing-pusing je area situ, kompom jumpa..jajahan ni berkonsepkan ‘restoran/kedai makan’ dengan servis mantap..tak sampai 5 minit, korang dah boleh dapatkan order, tak kiralah burger bakar atau meatball..air adalah berkeupayaan untuk korang refill sampai pancit!
Macamana dengan kebersihan kedai? First class!! dengan setiap crew yang bertugas nampaknya memakai apron, glove, bandana dan juga kasut untuk keselamatan semasa bertugas..safety first okkey..
Wifey aku bukan main syok lagi bermeatball. Katanya, daging meatball ni merasa terasa kesegaran dagingnya.
Okkey, untuk info lebih lanjut, boleh terjah Fesbuk dan website Burger Bakar Abang Burn ni..
http://www.facebook.com/abangburn
http://www.abangburn.com/
Atau pun boleh link ke
http://tinyurl.com/lokasiabangburn
untuk jejak jajahan-jajahan Burger Bakar Abang Burn yang lain di serata Malaysia!
Cer tatap gambar salah satu menu feveret aku di Burger Bakar Abang Burn ni..meleleh tak? heheh..
Selamat Bermeatball!!
gulp! meatball tu mcm best dari ikea jek! haishhh keene try niiii
nampak sedapppp. olaa!!!
bukan nampak..memang sedap bro..hehehe
ye.. kesegaran bau dagingn lembuye yg confirm tiade cmpuran daging kuda.. 🙂
o..,macam inilah super burger yang ramai dibincangkan oleh blogger,
promote nih haha kene try gak laa
sekarang da bole buat burger bakar sendiri… senang dan makan banyak mana.. heee
fuyo terer la datin ni..hehe..nnt boleh ajk membe blogger try hasil tgn datin ni..heheh
bila la dapat pergi makan burger bakar abang burn ni..adehh…
nak try lagi sekali meatball.. dengar kata resepi baru..
try byk kali pon takpe kan..heheh
huik..tetiba jadi duta ni peciter..hahaha
waaaahhh… ada meatball.. mesti sedap dan menarik! meatball ikea pun aku tak lepas lagi.. hehehee
kena try bro..