March 29, 2024

Cara Bina Hubungan Rapat Ayah dan Anak

Cara Bina Hubungan Rapat Ayah dan Anak

Masa bulan pertama kelahiran anak pertama aku, seringkali aku ‘dipaksa’ oleh isteri dan umi/mertua untuk tukarkan lampin si Dayyan Harith. Pada awalnya aku ‘memberontak’ gak dalam hati, nak-nak terpaksa bangun tengah malam untuk tukarkan lampin Dayyan.

Tambah memberontak, elok-elok tengah dalam proses nak tukarkan lampin baru, baby Dayyan pancutkan kencing dia ke tangan aku. haha.. takkan nak marahkan baby kecil lak kan.

Orang tua cakap, kalau kena kencing dengan anak kecil, maknanya anak tu lebih sayangkan kita. Betul ke tidak, aku pun tak pasti..sabar jelah. Tapi kata-kata orang tua ni ada kebaikannya. Cuma tidak diterjemahkan secara langsung je.

 Cara Bina Hubungan Rapat Ayah dan Anak

Hal menukar lampin oleh ayah, ada sesetengah orang akan mengecam si isteri yang seakan-akan mendera si suami. Tetapi mereka tidak tahu pun apa yang si isteri ini tahu. Ibu dan bapa yang saling bergilir menukar lampin adalah perkara baik yang perlu disokong.

Di bawah ini aku kongsikan petikan status daripada Parenting Consultancy – Noor Afidah Abu Bakar tentang hal menukar lampin sebagai satu cara bina hubungan rapat ayah dan anak.

————

Tahukah anda perhubungan yang rapat antara ayah dan anak boleh diba ina dengan hanya menukar lampin anak sejak hari pertama anak lahir?

3 tahun pertama kehidupan seorang anak adalah waktu kritikal di mana ‘attachment’ sangat diperlukan. ‘Attachment’ inilah yang akan membina rasa percaya (trust) dan hubungan yang rapat (connection) yang berpanjangan (insya Allah) antara ayah/ibu dan bayi.

Ketika 3 tahun pertama, anak memerlukan lebih kurang 5000 kali pertukaran lampin. Jika seorang ayah menukar lampin hanya 20% kali sekalipun, itu sudah memberi 1000 peluang untuk ayah ‘bond’ dan berinteraksi dengan anak. Ayah perlu mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian bayi untuk menukar lampinnya dan bayi pula selalunya terhibur dengan gurauan ayah ketika berinteraksi.

Interaksi yang dibina dari peringkat awal inilah juga yang menjadikan tugas mendisiplinkan anak lebih mudah kerana ‘connection’ telah pun terbina.

Jika menukar lampin pun tidak mahu dilakukan, bagaimana ayah hendak memainkan peranan sebagai pembimbing tingkah laku anak?

Easy peasy.

Syabas saya ucapkan kepada semua ayah yang menukar lampin anak

——————————

InsyaAllah kalau ada rezeki untuk anak ketiga nanti, nampaknya aku kena lebih berusaha untuk menukar lampin dan bersedia untuk dikencing oleh baby nanti. Tugas ayah bukan tugas yang mudah kan?

Ini adalah salah satu Cara Bina Hubungan Rapat Ayah dan Anak. Aku pasti ada banyak lagi cara mudah yang boleh diamalkan untuk merapatkan lagi hubungan ayah dan anak kan. Kalau kau orang ada idea dan tips mudah, bolehlah kongsikan di ruangan komen. Terima kasih!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

31 thoughts on “Cara Bina Hubungan Rapat Ayah dan Anak

  1. Tindakan yang telah bapak lakukan kepada baby Dayyan Harith saya rasa hal yang sangat tepat pak, dan memang diharuskan untuk seorang Bapak/Ayah yang membaca postingan ini untuk belajar menukar lampin si baby apalagi kalau si ibu kurang sehat…Lebih tepatnya ini sangat penting buat hubungan dengan si baby semakin lebih dekat….

  2. Masa yang berlalu takkan berulang kembali kan tuan

    Apa peluang yang ada kita raih semaksimum mungkin

    Sebab banyak kekesalan di hari tua oleh ibu bapa moden, tak dapat luangkan masa dengan anak anak masa 3 tahun pertama

  3. hahha… lucu.. bagi sayasetiap keluarga lain-lain cara diorg untuk merapatkan hubungan sesama sendiri.. ayah menukar lampin anak tu wajib ,, kan nanti ibu sakit.. ayah boleh tolong tukarkan.. macam saya.. masa kecik selalu bantu bapa bertukang.. hehehe

  4. Wow tahniah sgt2. Betul memang perlu sgt attachment ni. Dilatih masa anak2 kecil br anak2 tak rasa gap. Kalau tak semuanya cari ibu. Nanti ada masa ayah yg kecil hati

  5. Part kena kencing masa tukar pampers tu tak leha tahan, hahaha. Apa-apa pun tips parenting macam ni bagus, boleh jadi rujukan saya pada masa akan datang.

  6. My philosophy is that children is the responsibility of both parent. Thus, father plays a role in it too. Changing diapers, bathing the kids, putting them to bed or feeding the kids should not put on a mother’s shoulder only. The father should not be assisting the mother to do all these but, they must & have the responsibility to do all these.

  7. tak susah pun tapi tak banyak yang sanggup buat kan…bagus juga dapat tahu tentang ni,cara bina hubungan ayah dengan anak

  8. Bagus JMR membantu wife jaga anak..rasa taksub plak..apa yg SA perhatikan adik2 ipar SA yg lelaki memang sgt membantu bab tukar lampin ni compare dengan suami2 zaman2 SA..sentuh pun x nak..maybe betul la ckp org tua..anak tu lebih rapat dengan kita bila dh kena kencing kan..contoh dh ada bila anak SA sendiri x rapat ngan ex husband SA..maybe ada sebab lain tp boleh nampak ke tidak serasian di situ..wallahualam

  9. Wah terima kasih atas tips. Walaupun saya masih belum ada anak. Hatta kawin pun belum. Hehehe.

    Tapi orang tetua cakap, sentuhan antara ayah bonda dan anak sejak kecil tu yang membuahkan kasih sayang.

  10. Bapa yg ada anak dan tak pernah merasa kena kencing dgn anak tu mcm tak lengkap je pengalaman membesarkan anak hehee.. ada perkara smpi dia besar kita masih teringat dan buat ketawa sendiri. Masa kecik2 comot, dah besar sikit dah pandai nak melawa dan bergaya.. sayu.. 😀 🙂

    1. kan bro..sesekali kena kencing dengan anak, itu perkara biasa la kan dalam masa menjaga mereka yang masih kecil.

      Lagi pun, dah selalu sangat kena kencing dengan govermen, apalah sangat bila kena kencing dengan anak sendiri, haha

Leave a Reply to Mama Hakim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *