Kerja minyak dan gas.
Ini antara keyword hot yang sentiasa orang cari dalam blog ni walaupun aku dah lama tak update pasal kerja ni. Agak kelam-kabut pengurusan blog JMR23 tahun ni, tak konsisten berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Minggu lepas, seminggu gak tak berupdate sebab terpaksa outstation ke Kertih untuk kerja-kerja ‘commissioning’. Kali ni, aku ditemani seorang lagi project engineer yang masih baru dalam bidang oil&gas ni. Kiranya, ini pertama kali dia jejak kaki ke loji minyak&gas-onshore.
Dari mula Safety Briefing, masuk loji, prosedur, hinggalah demob, macam-macam soalan daripadanya. Bagus bertanya atas keraguan, tapi kalau banyak bertanya, susah gak aku nak menjawab. Senang cerita, ada yang aku jawab secara detail, ada yang aku ‘kencing’ jer..lagi pun tak semua loji minyak&gas sama, lain tempat lain prosedur, lain tempat lain situasinya..kena belajar ikut pengalaman gak kan…janji kerja cepat selesai..haha..
Apa-apa pun, good job bro! Berjaya setelkan dalam masa yang ditetapkan tanpa punchlist.
Kerja ni memang tak senang. Susah. Panas. Bahaya. Anytime loji ni boleh terbakar, meletup atau pelepasan gas-gas berbahaya sekiranya cuai Tapi satu je pesan aku kat team mate aku, BERSYUKURlah, sebab masih ramai lagi budak-budak graduat engineering yang ingin menceburi bidang oil&gas ini.
Lagi satu, bidang ni bukan hanya perlukan kudrat fizikal, tapi juga daya berfikir dan cara setel masalah. Cara mengadap client dan menangkis/menjawap setiap persoalan yang kadang-kadang ko akan fikir “apa soalan bodoh ko tanya ni bai?” dengan bijak, antara softskill yang tak pernah diajar di universiti.
Teringat kenangan aku masa awal-awal menceburi bidang minyak&gas ni dalam tahun 2008 dulu..Teruja! Sebulan tak jumpa bini masa tu perkara biasa. Lagi banyak hari bekerja, lagi bagus. Selain gaji tetap, setiap hari dapat elaun tiga angka. Nak-nak masa claim, nampak banyak angka kosong kosong kosong kosong kat belakang tu..hahaha..tapi sampai satu tahap, bukan itu yang aku cari, tapi MASA BERKUALITI BERSAMA FAMILI.
.. -bukan hanya pada wang ringgit, tapi juga pada kelapangan masa bersama keluarga..Alhamdulillah…
kerja orang kaya! kehkehkehkeh… 😉
bos yg kaya lebih..
Ya betul tu!… Ramai kawan saya berhenti daripada bekerja OFF Shore, kemudian memilih untuk bekerja sebagai kakitangan kerajaan disebabkan ingin menikmati kehidupan bersama keluarga…
Kalau nak fikirkan wang ringgit, bekerja dekat Off Shore ni memang best…. Tapi bila bilangan anak dah semakin bertambah, rasa berat nak berjauhan dari keluarga…
Gambar tepi pantai tu memang cantik dan mengasyikkan…
hehe sambil makan, sambil snap gambar bro.