March 28, 2024

Cosans Coffee – Believe in Great @ Sunway Pyramid

Sapa peminat kopi tapi dia bukan ‘smoker’?

Ok kita geng..

 

Seringkali, peminum kopi tegar dikaitkan dengan orang yang kuat merokok. Aku tak pasti ‘relate’nya kat mana. Sebab aku ada gak geng yang memang kaki lepak kat ‘coffee house’ sambil menikmati kopi, tapi bukan seorang perokok. hehe..

Ini cerita hujung minggu lepas, selepat tamat sesi projek foto, curi masa sedikit sambil menikmati kopi panas di  Cosans Coffee @ Sunway Pyramid. Kiosk kecil di Lower Ground 1, sentiasa penuh, lagi lagi di hujung minggu.

Sesi mengopi kali ni lebih santai dengan topik pasal foto. Since dua orang lagi tu, office mate aku, kadang-kadang termasuk topik pasal ‘engineering’ business, kerja fulltime kami. Siapa kata engineering & photography takleh ngam kan. Sambil-sambil tu sangat syok menghirup Caffe Mocha. Peminat mocha patut try Caffe Mocha ni. Rasa lebih kuat berbanding mocha biasa. Nak terang macam mana ‘rasa’ tu, aku pun tak reti sangat. Kena rasa + bau sendiri, baru terus ke jiwa. Full stop.

Yang rupa menggelabah tu, ada mashmallow. Bila wife aku tengok, terus excited minta dibawa ke Cosans Coffee gak. Aik, dah lupa kot dia bukan peminum kopi..hehehe..oh ye, pengopi lebih tegar boleh tambah ‘shot’ dengan cas RM2/shot..kalau aku tambah lelebih, konfem takleh tidur sampai ke pagi..

Cosans Coffee ada banyak outlet ie: Sunway Pyramid, Kota Damansara, Bangsar, Paradigm Mall etc. Boleh check di website Cosans Coffee..Outlet dia pun lawa-lawa..better kot dari dok ‘mengopi’ di tempat yang biasa tengok aku dok up dalam social media kan..come on, lari sikit dari skeptikel..asyik-asyik Starbucks, asyik-asyik Coffee Beans kan..hehehe..

‘Coffee House’ camni pun best kan…oh kemmon..

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Cosans Coffee – Believe in Great @ Sunway Pyramid

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *