Sapa peminat kopi tapi dia bukan ‘smoker’?
Ok kita geng..
Seringkali, peminum kopi tegar dikaitkan dengan orang yang kuat merokok. Aku tak pasti ‘relate’nya kat mana. Sebab aku ada gak geng yang memang kaki lepak kat ‘coffee house’ sambil menikmati kopi, tapi bukan seorang perokok. hehe..
Ini cerita hujung minggu lepas, selepat tamat sesi projek foto, curi masa sedikit sambil menikmati kopi panas di Cosans Coffee @ Sunway Pyramid. Kiosk kecil di Lower Ground 1, sentiasa penuh, lagi lagi di hujung minggu.
Sesi mengopi kali ni lebih santai dengan topik pasal foto. Since dua orang lagi tu, office mate aku, kadang-kadang termasuk topik pasal ‘engineering’ business, kerja fulltime kami. Siapa kata engineering & photography takleh ngam kan. Sambil-sambil tu sangat syok menghirup Caffe Mocha. Peminat mocha patut try Caffe Mocha ni. Rasa lebih kuat berbanding mocha biasa. Nak terang macam mana ‘rasa’ tu, aku pun tak reti sangat. Kena rasa + bau sendiri, baru terus ke jiwa. Full stop.
Yang rupa menggelabah tu, ada mashmallow. Bila wife aku tengok, terus excited minta dibawa ke Cosans Coffee gak. Aik, dah lupa kot dia bukan peminum kopi..hehehe..oh ye, pengopi lebih tegar boleh tambah ‘shot’ dengan cas RM2/shot..kalau aku tambah lelebih, konfem takleh tidur sampai ke pagi..
Cosans Coffee ada banyak outlet ie: Sunway Pyramid, Kota Damansara, Bangsar, Paradigm Mall etc. Boleh check di website Cosans Coffee..Outlet dia pun lawa-lawa..better kot dari dok ‘mengopi’ di tempat yang biasa tengok aku dok up dalam social media kan..come on, lari sikit dari skeptikel..asyik-asyik Starbucks, asyik-asyik Coffee Beans kan..hehehe..
‘Coffee House’ camni pun best kan…oh kemmon..
Wow…. menarik ni…. rasanya aku nak buat trip jjcm untuk coffee shop only jee
JMR…bestnya minum coffee tp betul la..dah cantik2 macam tu syg plak nak minum ha…
Nak minum pun sayang la macam ni..hias bukan main cantik lagi
selalu tgk facebook kopi hias2 mcm u, tu sayangnya nak minum
sy suka panas je, kalo dah sejuk mcm x lalu 🙂
recently ko dok pancing pasal kopi je. tau la tengah ‘bujang’ hehe
Presentation kopi tu nmpk sgt menarik…
Oohh….ya…saya pun peminat kopi…..