Mali’s Corner: Nasi Lemak Ayam Sedap
Seminggu sekali pekena nasi lemak ayam sedap, ok la kan. Kalau hari-hari melantak nasi lemak, alamaknya mendadak la tahap kolesterol memanjat naik. Almaklumlah, bukan sahaja nasi yang bersantan lemak, tapi sambal, telur goreng dan ayam gorengnya juga sama ajer.
Hujung minggu kali ni, aku kembali lagi ke Mali’s Corner yang terletak di Platinum Walk, Setapak, berhampiran dengan uptown Danau Kota. Agak lama dah aku tak menjamu selera di sini, mahu 5,6 bulan kot.
RM6.50 sahaja untuk nasi lemak ayam goreng berempah dan telur mata. Cukuplah sekadar mengisi perut sebelum pusing-pusing di uptown, leh bakar kalori sedikit sebanyak kan.
Sedikit tentang Mali’s Corner ni. Hanya terdapat dua menu utama sahaja, nasi lemak & char keow teow. Air lak ada bermacam-macam, u name it, awek-awek kat kaunter akan sediakan. Oh ye, rasanya ada satu lagi cawangan Mali’s Corner ni, terletak di Taman Bunga Raya. Ada yang cakap, nasi lemak kat sana lagi sedap, dan waitress pon cun-cun..ahakz..
Bagi aku, yang kat Mali’s Corner, Platinum Walk ni pon dah kira sedap berbanding kat tempat-tempat lain. Lain orang, lain anak tekaknya, iya idok?..So, kalau nak tahu, better cuba sendiri. Kan?:-)
Teman dulu memang selalu makan kat Mali’s Corner kat Taman Bunga Raya..memang kaw..ramai jugak teman rekmen kat member2 dan sanak saudara..feedback baik !..tapi rasanya kat Bunga raya lagi sedap dari platinum dan pekerja deme lebih ramah dan mesra alam..
mali’s corner PW dah tambah tempat makan. dorang sewa bangunan yg sebelah kiri.
mama: mama dtg KL nnti gurl blnje.. 🙂
dah lama tak pg sejak grad dulu..memang sedap la ayam goreng dia.
kebelakangan ni asyik tayang makanan yg best2 je..bila nak ajak mama makan kat sana ..hikk..hikk.air liur dah kuar ni !!!…