October 6, 2024

Bufet SELERA KAMPUNG di Geno Hotel Shah Alam. Serius berbaloi!

Bufet SELERA KAMPUNG di Geno Hotel Shah Alam. 

Berbuka puasa di perantauan, pasti terkenangkan saat-saat menjamu selera bersama keluarga di kampung, terutama sekali dengan hidangan lauk-pauk selera kampung yang enak. Kali ini aku berpeluang menjamu selera ala Selera Kampung di Geno Hotel Shah Alam .

Sempena bulan Ramadhan ini, Geno Hotel menawarkan Bufet Selera Kampung dengan variasi lauk-pauk ala kampung untuk berbuka puasa. Ini satu peluang kepada aku untuk menikmati rasa asli hidangan selera kampung yang disediakan khas oleh Chef Jamal Azizi.

Lebih daripada 50 jenis lauk pauk disediakan untuk bufet ini. Ada masakan Melayu, masakan Chinese dan masakan Barat yang pasti membangkitkan selera ketika berbuka puasa.

kambing panggang

Antara menu yang menarik perhatian di Bufet Selera Kampung Geno Hotel – KAMBING PANGGANG! Seronok melihat aksi ‘LIVE’ chef menyediakan potongan kambing panggang untuk pelanggan. Serius sedap, dimakan bersama sos pudina, sos rosemary dan mustard.

Menu utama masakan kampung Geno Hotel: Rendang ayam, daging masak lemak cili padi, ayam masak merah, ikan pari asam pedas, ikan keli goreng berlada, tempe goreng bercili, ayam percik, kari ikan dengan bendi, pajeri nenas nasi tomato, nasi briyani, nasi putih

Rendang ayam dimakan bersama nasi tomato/nasi putih. Ini adalah menu masakan kampung yang sangat popular dan sentiasa dicari.

Bagi mereka yang sukakan lauk pauk lebih pedas, daging masak lemak cili padi ini sangat sesuai. Hirisan nipis daging lembut dimakan bersama nasi putih panas-panas. Dau tiga pinggan nasi pun boleh habis ni.

Kari ikan dengan bendi. Ini antara feveret menu aku di Bufet Ramadhan Geno Hotel ni. Korang patut cuba menu ini bila berkunjung ke sini ok!

Daging blackpepper. Boleh rasa sebijik-sebijik rasa lada hitam..lepas makan, badan rasa panas je.

Satay ayam dan satay daging juga disediakan bersama dengan timun bawang, nasi impit dan kuah kacang.

Bagi aku, ruang makan untuk Bufet Ramadhan di Geno Hotel ini sangat selesa dan bersih. Susun atur makanan/’food station‘ sangat tersusun dan memudahkan pelanggan untuk mengambil makanan. Krew-krew yang bertugas juga sangat mesra pelanggan. Untuk makluman, Geno Hotel adalah hotel bertaraf 4star yang baru sahaja dibuka pada awal bulan ini.

Tak nak makan nasi? Jangan risau, roti juga disediakan. Boleh dimakan bersama mentega atau cicah lauk-pauk lain seperti ‘chicken breast with mushroom sauce‘, kari ikan etc.

 

Pencuci mulut: Kuih seri muka, kuih lapis, kuih ketayap, kuih lopes, bingka ubi, buah melaka, cucur badak, sago gula melaka, agar agar, krim karamel, chocolate mousse, panna cotta in glass, mini red velvet cake, mini chocolate cake, Bread and butter pudding with vanilla sauce, chocolate lava cake, apple crumble, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, bubur cha cha

Geno Hotel

Burpp..alhamdulillah. Bufet Selera Kampung di Geno Hotel ini sangat ‘recommended’ untuk dicuba. Berbuka secara santai bersama rakan-rakan mahupun keluarga.

HARGA BUFET SELERA KAMPUNG GENO HOTEL SHAH ALAM.

Dengan harga RM80.00nett untuk dewasa dan RM40.00nett untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, aku rasa ianya sangat berbaloi dengan kualiti rasa dan kuantiti menu yang ditawarkan. Ruang makan yang selesa. Ruang solat yang luas. Parking untuk visitior juga disediakan.

Untuk tempahan, boleh hubungi Rosihan +6012 5033 564 / Sheila +6012 5033 807 . Bufet Selera Kampung ini akan berakhir pada 30 Jun 2016.

Tempah sekarang ye!

Lokasi GENO HOTEL SHAH ALAM:

Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47600 Subang Jaya, Selangor
Malaysia.
Email: info@genohotel.com
Phone: +603 5033 6666
Fax: +603 5033 6677

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Bufet SELERA KAMPUNG di Geno Hotel Shah Alam. Serius berbaloi!

  1. Pingback: Review Hotel Di Medan . Daftar Hotel Murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *