Restoran Tijaarah Shah Alam, satu lagi restoran yang menyediakan menu masakan barat dengan harga berpatutan dan terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Dah lama aku perasan kewujudan restoran ini setiap kali ke Jakel Seksyen 7, baru kali ini berpeluang mencuba sendiri menu-menu masakan di sini.
Kepada sesiapa yang sedang mencari restoran stik sedap di Shah Alam, aku rekemenkan datang ke Restoran Tijaarah ni sebab kat sini disediakan pelbagai menu stik yang ‘sodap-sodap’ je aku nampak. Dan yang paling penting, dijamin HALAL!.
Peminat stik pasti tahu, bahagian daging mana yang terbaik dan menjadi kegemaran mereka. Aku? Bukan penggemar tegar, jadi aku order mana satu yang berkenan di hati pada hari itu. Tepuk dada tanya selera. Kali ni, aku order Grilled Ribeye dengan cara masakan ‘medium cook’ bersama Blackpepper sauce.
Sambil menunggu menu utama sampai, boleh order menu ‘appetizer’. Ada bermacam pilihan, dan aku order Fried Onion Ring untuk kali. Sedap makan panas-panas. Si Dayyan pun bukan main suka lagi makan bawang goreng ni..hehe..
Lebih kurang 10-15 minit, Grilled Ribeye aku sampai depan mata. Bau dia, pergh! Didatangkan bersama jagung rebus, mix veggie dan kentang bakar. Daging lembut dan paling penting sauce tu mengancam. Lagi banyak sauce, lagi aku suka.
Fried Chicken Chop dengan BBQ sauce untuk wifey. Boleh tahan besar saiz ayam kat sini. Sidenya adalah jagung, kentang goreng dan coleslaw. BBQ sauce tu memang terbaik dengan rasa yang berbeza berbanding tempat lain.
Suasana di Restoran Tijaarah Shah Alam ni memang sesuai dijadikan port untuk bersantai bersama famili. Ruang restoran pun luas. Masa aku ke sini, ada Live performance oleh seorang brada, siap boleh request lagu lagi tu.
Burpp…jangan lupa, makan tu disudahi dengan Alhamdulillah….
comey jagung tu die buat camtu.
suka bab makan nak kalu itu menu pertama kali di cuba heee.bismilah..dah selesai ucapkan alhamdulilah.tapi ramai yamg melupaknnya ahai..
comey jagung tu die buat camtu…yang lain-lain buat rase nak ngap terus…
Bestnya bro…. jika pergi ke Shah Alam bolehlah cuba-cuba masakan di situ. Nampak menarik je makanan di sana. Terima kasih bro berkongsi info.
ohhh tidakk..
jagung tu nampak menarik beb.
aik jagung gk yang bro tgk..haha
Awali dgn Bismillah, dan di akhiri dgn Alhamdulliah. Siipp Lahh, cocok banget prinsip nya. Agar di berkahi apa apa yg diterima
InsyaAllah boleh bawak wife makan kat sini nanti
good husband bro ni..besar ganjaran bg makan isteri sedap2 kan hehe
BACA SAMBIL PEJAM MATA..hahahaha…!! padahalll….terliur liur !
lps ni leh repeat diner cni lgi.. tggu adik leh mkn nnti la.. cian kt die tgk je.. huhu
boleh gak tu..kesian baby danish telan air liur je haha