Nak makan menu masakan Barat dengan harga bajet, memang banyak tempat boleh pilih. Cuma, nak cari tempat yang menyediakan menu sedap dengan persekitaran yang best, itu yang mencabar.
D’One Steak Restaurant Shah Alam.
Satu lagi restoran yang menyediakan masakan barat dengan harga yang berpatutan. Terletak di Seksyen 7 Shah Alam (berdekatan dengan Restoran Hakim), antara tumpuan penduduk sekitar Shah Alam untuk menjamu selera setiap minggu.
Variasi Menu yang terdapat di D’One Steak Harga berpatutan. Lagi best kalau setiap menu atau menu ‘panas’ ada gambar untuk lebih menyenangkan pelanggan imagine rupa menu untuk pilihan mereka..hehe
Mixed Steak
Sebab malas nak fikir pilihan mana yang terbaik, daging ke ayam, aku pilih Mixed Steak ni. Ada grilled chicken & beef steak. Sos blackpepper kasi lebih. Roti bun tu kalau kasi yang lebih lembut, mesti lagi sedap..haha..dan langkah yang sihat bila gantikan artifical fun fries dengan kentang real sebijik..hehehe..overall, menu yang tidak mengecewakan..
Chicken Cordon Bleu.
Chicken Cordon Bleu pilihan wifey. No judge a book by its cover. Nampak simple, tapi bila ko potong chicken chop tu, meleleh keluar melted cheese..wow! Aku cuba semulut, then tambah lagi dan lagi..haha aku suka sebab cheese tu tak masin sangat. Sesetengah tempat, cheese tu agak masin dan muak.
Fish and Chip.
Sempena Bajet 2016 yang baru dibentangkan, bajet aku kini turut berubah. Dah masuk umur 2 tahun setengah ni, Abang Long Ayyan dah pandai demand menu dia sendiri. Tak share lagi, tak cukup katanya. Untuk trip kali ni, Giant Fish and Chip untuk dia. Mungkin nampak besar sebab biasanya 2 kepingan fish chip, kali ni jadi satu. Aku suka dengan mayonis masam-masam manis tu. 1/4 Abang Long habiskan, baki lain, ddy&mmy yang setelkan..
Sekali-sekali pekena menu segini, ok la kan. Kalau selalu, agak tidak bagus terutama untuk perkembangan anak-anak. Ok, noted!
Burpp, alhamdulillah..entri idea untuk korang yang sedang mencari menu masakan barat dengan harga bajet di sekitar Shah Alam!
E-book: Kini, ramai mulai sedar dengan potensi perniagaan makanan..siapa sangka Bisnes Burger yang sebelum ini hanya dipandang sebagai ‘street food‘ mampu memberi pulangan lumayan! Nak tahu bagaimana Buat Duit dengan Bisnes Burger, boleh korek di bawah ni:
smpai sesat2 la jgk nk cri tmpt mkn yg bbaloi ni.. fuhhh..
lama xmakan western food..
nyums!~
saya kalau makan steak ni entah kenapa mesti cepat muak.. tapi bila lama tak makan mesti teringin nak makan. Bila makan mesti tak boleh habiskan sangat
shah alam byk tmpt mkn tp area seksyen 7 tu payah parking..ada kesempatan leh try