March 28, 2024

Sujud Syukur

Alhamdulillah…Sekadar perkongsian yang aku rasakan perlu untuk readers pada pagi ini.

Sujud syukur dari segi syarak ialah suatu sujud (sujud terima kasih) yang dilakukan oleh seseorang ketika mendapat nikmat atau terhindar dari bencana.

Kenapa perlu Sujud Syukur?

Sujud Syukur dilakukan sebagai tanda syukur dengan nikmat daripada Allah, diberikan kemenangan oleh-Nya, selamat daripada bencara, beroleh sesuatu rezeki yang menggembirakan. Sebagai hamba-Nya, patut baginya sujud sekali tanda berterima kasih dan bersyukur kepada Allah taala..

Syarat-syarat Sujud Syukur(mazhab syafi’e&Hanbali);

1- Suci daripada hadas besar atau kecil.

2- Mengadap kiblat.

3- Menutup aurat.

Rukun Sujud Syukur;

1- Berniat untuk sujud syukur.

2- Takbiratul ihram ketika hendak sujud.

3- Satu kali sujud.

4- Memberi salam sesudah sujud.

Hukum Sujud Syukur di dalam SOlat?

Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali bahawa sujud syukur tidak dibenarkan dilakukan di dalm solat kerana ianya termasuk dalam katogeri sujud di luar solat. Apabila dikerjakan maka solatnya dianggap batal kecuali dalam keadaan jahil atau lupa.

Hukum Sujud Syukur pada waktu yang dilarang.

Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku sebab-sebab yang membolehkan mengerjakan solat sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.

Jom layan video tentang Sujud Syukur dari Ustaz Azhar Idrus.:-)

Dalam pada kita berniat untuk Sujud Syukur, perlu diingat pasal bidaah Sujud Syukur. Islam itu mudah. Jadi, marilah sama-sama kita bersujud syukur dengan nikmat daripadaNya. Contohnya; kan awal-awal tahun ni ada kenaikan gaji/bonus dan jumlah yang dinaikkan itu tidak diduga besarnya kan..Alhamdulillah…

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Sujud Syukur

  1. salam. saya nk tanye. kita ikut mazhab syafie kan, antara syaratnya kena suci dari hadas untuk sujud syukur.
    kalau dalam situasi seorang perempuan tu tengah hadas besar, ada pula sesuatu peristiwa atau berita gembira yang menyenangkannya, dan dia teringin untuk sujud syukur. apakah hukumnya ya?

    yang ni saya baca dari satu artikel tapi tidak dinyatakan samada mengikut mazhab mane2 atau sumber mana2. “Tidak disyaratkan juga mesti suci daripada hadas dan menghadap kiblat. Tetapi jika bersuci dan menghadap kiblat adalah lebih afdhal.”

    syukran 🙂

Leave a Reply to cintazulaikha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *