Atas komitmen kat benda lain, maka terabailah blog JMR ni selama seminggu..maafkan saya..
Straight to the point, terabai di sini, tak bermakna terabai di dunia realiti..dalam masa seminggu yang lepas, banyak kejadian pahit+manis yang telah dilalui.. pahit tolak di tepi luh, jom terus ke cerita hepi & fun..
Cerita hepi..dijemput untuk menyertai geng-geng blogger lain ke Laser Tag Tournament yang dianjurkan oleh Speak Out Loud, bertempat di War Zone e@Curve..haha terubat gak rindu nak bersosial dengan geng blogger selepas terlepas peluang untuk join sekaki Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network..
First time bermain laser tag, memang teruja. Almaklumlah kat kampung aku tak la game jenis ni dolu dolu. Oh camne main laser tag eh? Sebenarnya, laser tag ni seakan-akan paintball, bezanya cuma devices yang digunakan mengeluarkan cahaya laser, dan markah dikira selepas cahaya laser tersebut terkena pada point-point tertentu di pakaian pihak lawan. Nampak senang kan, tapi series shit, S.E.m.P.U.T dowh!!!
Medal dan piala yang dipertandingkan. Menyesal tak bergambar awal-awal, ingatkan boleh bawak pulang sekeping, tapi memang in ur dreams lah..
Team Tiger..aummm!!
Finalist pada kali ini. Hebak hebak sungguh..nak nak Cik Epal tu, nampak lemah lembut tapi top scorer..pftt..
Juara untuk episod kali nih. Fuhh macam tak percaya dengan kehandalan Cik Epal !! Nasib baik tak sempat fight ngn group diorg… kalau tak, masaklah geng geng tiger..hahaha..
** sekali sekala join aktiviti berpeluh gini memang menyihatkan, untuk tubuh badan dan juga social life bagi mereka yang bergelar blogger. Good Job Speak Out Loud! Dan terima kasih juga untuk tajaan makan+tempat dari e@Curve & Laser War Zone !:-)
Salam kenal.. Blog cik epal membawaku ke sini 🙂
nanti lawan nerf dgn bby plk ye.. 🙂
Memang sonok kan main game nie…. aku 2 hari baru hilang lenguh satu badan penangan laser tag nie…
hehehe,betul la..memang semput..
walaupun tak la besar mana pun “medan perang” tu..
hehe..