Balik kampung merupakan aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak aku, sama juga seperti aku dan isteri. Bagi Dayyan dan Danish, balik kampung bererti mereka boleh “have fun” di tepi pantai, bermain pasir pantai atau mandi air terjun. Namun, untuk tiba di kampung, kami perlu menempuhi perjalanan sejauh lebih 400km, atau memandu selama 7 jam atau lebih .
Alah biasa, tegal biasa. Aku memang dah terbiasa dari awal. Satu, sebab dari sekolah lagi aku dah ulang-alik Trg-KL, dua, mungkin sebab aku selalu travel jauh dan mengambil masa panjang.
Alhamdulillah, isteri dan anak-anak juga sudah biasa dengan rutin bulanan ini. Pada yang tak biasa, perjalanan lama sebegini memang membosankan dan sangat memenatkan bagi ‘driver’. Ada beberapa tips yang selalu aku amalkan semasa perjalanan jauh sebegini, terutama untuk keselesaan anak-anak.
1# Bawa Air Mineral.
Sebagai pemandu jarak jauh, air mineral sangat penting untuk kekalkan kesegaran badan. Takde air mineral pun tak kisah, air kosong atau air masak biasa pun boleh. Lagi banyak aku minum air, lagi kerap aku akan berhenti untuk ke tandas.
Setidak-tidaknya, aku ada masa untuk refresh dan pastikan circulation darah dalam badan aku baik. Ye la, nak berjalan dari kereta ke tandas pun kena ambil beberapa langkah juga kan.
2# Bawa Makanan Ringan
Ini tugasan isteri aku sebelum hari perjalanan. Ye, makanan ringan memang tak elok, itu jika dimakan selalu. Sesekali tak pe kan. Kegemaran aku adalah Nachos atau Pringles. Koko Krunch atau jajan ringan lain biasanya standby untuk anak-anak.
Selain itu, bila aku memandu melalui kampung-kampung pada waktu pagi, aku suka berhenti di gerai-gerai atau kedai kampung yang menjual kuih-muih. Bolehlah bungkun untuk dimakan semasa dalam perjalanan.
3# Rancang Tempat Persinggahan
Dari KL ke Trg, aku ada 2 pilihan jalan. Sama ada memandu menggunakan LPT2-Kuala Terengganu-Besut, atau menggunakan jalan Bentong-Raub-Gua Musang-Besut. Sepanjang perjalanan menggunakan dua dua jalan pilihan ini, ada banyak tempat makan best.
Biasanya aku akan rancang awal-awal, tempat makan menarik yang boleh dicuba. Sambil menjamu selera, bolehlah aku rehatkan badan sebentar sebelum teruskan perjalanan.
4# Sediakan Aktiviti Untuk Anak-anak
Anak-anak akan cepat bosan bila asyik duduk je semasa menempuhi perjalanan yang jauh. Jangan lupa bawa sedikit permainan mereka, atau sediakan puzzle untuk mereka selesaikan ketika dalam perjalanan. iPad adalah pilihan terakhir yang aku sediakan untuk Dayyan dan Danish. Download siap siap kartun atau game yang tidak memerlukan sambungan internet.
5# Teman Berborak Semasa Memandu
Aku boleh steady memandu sepanjang 12 jam perjalanan sekiranya ada teman yang boleh dijadikan teman berborak di sebelah. Tapi tak ramai yang boleh bertahan. Isteri aku pun biasanya akan minta izin lelap mata. Bila isteri aku dah refresh, aku ajak sambung berborak.
Biasanya, topik-topik yang diborakkan lebih kepada tentang perancangan hidup kami. Dan bila dah sampai di destinasi, perancangan dan idea yang dijana semasa perjalanan akan hilang begitu sahaja..hahaha
6# Air Tenaga
Sediakan air tenaga seperti Redbull untuk kekalkan tenaga. Aku jarang minum air tenaga. Segelas nescafe panas sudah memadai bagi aku untuk teruskan perjalan selama 5 jam seterusnya.
Ini adalah 6 tips persediaan aku untuk pemanduan jauh. Ianya lebih kepada diri aku dan anak-anak. Lain orang, lain keupayaan diri mereka kan. Kereta dalam keadaan terbaik itu pun betul, tapi lebih melibatkan persediaan dari segi teknikal. Tu pasal aku tak masukkan dalam senarai tips di atas.
Mungkin kau orang ada idea dan cara tersendiri, bolehlah dikongsikan di ruangan komen di bawah ini ye.
tambah satu lagi.
Standby ubat demam kanak2. hihj
Anak2 I kalau travel, mudah sangat kena sun stroke. Suhu badan naik mendadak
info sgat2 membantu.. air masak sgt penting. lagi2 musim panas ni…terima kasih,
betul sgt.kalau ada anak kecik wajib bwk mainan dia kalau x mmg meragam je manjang dlm kete
tak sanggup amni
nk hadap kerenah dia lagi haha
last2 sama2 stress dggn anak haha
Have a pleasant trip back to your kampung. If travelling with children memang kena buat persediaan sebab nanti mereka merengek on the road hah lagi pening.
Haaaaa long distance travelling….memang membosankan…bukan setakat anak2…maknya pn boleh bosan dan kematu punggung berjam2 dlm kereta….4tahun pengalaman setiap 2 minggu ulang alik seremban – penang cukup meletihkan…kalo bonda n ayh…akan berhenti jika rasa ngantuk n tido sebentar atau berhenti makan sbb bonda selalu lapar dlm perjalanan….jajan jgn kira…utk bonda sorg pn berpuluh ringgit ayhanda kena kuarkan…hahahaha…dlm kereta??…dh mcm dlm rumah…ada selimut ada bantal 3,4 biji…penat duduk didepan, bonda pindah ke seat belakang baring sambil tido…itu laaa tips serba sedikit..
Thanks for the useful tips. Will use when i go on a long road trip next time.
Cx memang sediakan keperluan anak² dulu yg penting. Huhu. Setiap seorang kena ada botol air masak sendiri 750ml. Hehe. Mana² pergi mesti wajib bawa. Kalau tak bawa, mak dia bising hahahahaha. Bagus tips ni tau. Travel jauh² mmg kena ada perancangan yg teliti supaya tak tertinggal brg penting. Thanks for sharing
Semua persediaan yang disenaraikan memang saya dan suami praktikkan. Sebab perjalanan jauh ni macam macam boleh jadikan. Memang saya akan teman suami bila dia memandu, kalau dah mengantuk minta izin dia nak tidur dulu. Sebab tak tahan mata ni nak tahan ngantuj.. hahaha
Banyak benda kena consider bila nk berjalan jauh. Tambah2 kalau kita sbg pemandu. Banyak aspek kne dititikberatkan selain hal kereta.
Kitorang kalau balik “kampung” kat KL dari Penang, persediaan senang je. Keluar lps magrib, makan, naik kereta anak2 masuk car seat, tido terus. So jalan straight je la kami. Haha.
Perjalanan yang jauh, memang memerlukan persediaan yang rapi. Terutamanya kalau ada anak kecil, sebab dorang cepat bosan. Tapi bab teman berbual tu, saya surrender la ye. Sebab saya tak boleh jalan jauh, mesti tertido dalam kereta.
Bawa air mineral mmg penting. Sebab perjalanan jauh memanjang dahaga. Tapi sediakan aktiviti utk anak perlu juga takut anak bosan kan
Perjalananan jauh memerlukan kecergasan minda dan fizikal serta kesegaran tubuh. Klu dah biasa xjd masalah.
Air & jajan wajib ada. Rawlins pun suka bekalkan air paip/ air suling dalam gelen/ botol besar dalam kereta just in case kereta panas ke apa ke kan. Lagi satu, wajib ada DVD movie just in case tak larat and nak tido sekejap kat memana R&R kan…sambil layan movie dalam kereta
kena pastikanmood dan kesihatan mereka semua tip top..kalau tak sihat susah nak berjalan kan…mak plak kalau ke laur negara…